Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Nov 10, 2016

HONEYBULAN ke KRABI PART 2

Aktiviti pertama kami di Krabi, kami memilih utk Trip Elephant Trekking,Emerald Pool,HotWater Spring. Bagi relakss2 dulu main sungai,tengok nature... Esoknya baru start Pulau! Yeehaaa.... Tour guide yang bawak kami dan group lain utk tour seharian ni akan terpacak di HOTEL kami pada jam 8.30pagi. Korang tolong jangan buat janji melayu bila dok Thailand ni tau, kalau dia cakap 8.30 dia jemput, 8.20 kaw kena ada sebab mereka sgt ON TIME atau terawal dari time, kami namakan janji thailand, hahahaha! Dia akan pick up orang2 yang akan join trip ni kat hotel memasing. Masa tu kami ada dlm 13 org satu van thailand! Okay lah.. dapat kenalan dgn orang luar...





Perjalanan pertama kami ke Hot Water Spring, ermm kat malaysia pun hade ni.. hahaha.. Kecik je tempatnya and bila sampai tu rasa macam ermm... Tak pe lah tak nak mandi lah.. sebab SEMPIT dan orang ramai dlm satu kolam tuh.. Iza memula macam malas.. tapi bila tgk port ok.. so terjun lahh 20min duduk dalam kolam air panas tuh. Hihi.. Settle main situ kita terus ke Van balik, utk ke next destination Emerald Pool.. 




Untuk ke Emerald Pool ni, kita kena berjalan kaki dalam 15-20minit [bergantung pada kelajuan anda berjalan] Jauh jugak rasa, sebab nak sampai ke puncak tu baru jumpa Emerlad Pool. Sebelum sampai ke Emerald Pool ni, kita akan jumpa dengan Clear Pool dulu. Subhanallah 1st time tengok air sungai warna jernih clear! Nampak anak2 ikan dalam kolam tu.. Nampak rumput2 dalam air tu jelas! Bila sampai je kat Emerald Pool, rasa whoaaa.... sungai warna hijau! Warna dia cantik... ^_^ teruja nak mandi dalam kolam hijau tuh. Dia hijau yang jernih. Tapi nak masuk ke kolam tu kena hati-hati sebab jalan sangat licin batu-batu dia licin sebab ada lumut. Bermandi-manda lah kami selama setengah jam kat situ.. Dah la time ni hujan datang tiba2! Tapi kita tak berlari berteduh pun, mandi aje lah.. hahahaha..

 Wuuu... Elephant you look so sexy!! hahaha..

 Husben kita bagi Gajah makan, beraninyaaa... Iza mmg tak lah! :D

Next, kami di bawa ke Elephant Trekking! Serius ni paling best giler dalam aktiviti seharian kami. First time wey naik Gajah... Kaw rasa? Hahaha... Kembang kecut je rasa perut ni, neves menunggu turn nak naik gajah! Ye lah macam2 pikir. hahaha... Mula2 gajah tu bergerak, haihh tak payah cakap lah... penat! sebab bila dia berjalan... badan kita pun mcm dah duduk kat mesin ngurut tergoyang2 badan ni, penat sbb kena ikut rentak dia jalan tuh!. Tapi lama sikit ok, bila dia jalan slow-slow.. Tebal kulit gajah ni, pandai and dengar kata pulak tu. Cute sgt! Feeling time dia masuk air tu, aduduuu terasa macam nak jatuh! Hahaha, nasib laki haku yg kat sebelah.. Memang ku cengkam habiss laah.. :D 


Ni kami diberi peluang duduk kat kepala gajah tu, tapi sorry lah iza tak berani. Hahaha.. Laki haku jelah posing situ yeh.. :D


Selesai aktiviti kami hari tu, balik Hotel mandi dan uruskan diri... Malam tu kami dinner restoran seafood di Aonang [A-Hud]! Kebanyakan restoran seafood kat sini, semua jual ikan hidup bila nak masak baru dia ambil. Memang Fresh habiss lah! Harga ok lah untuk 4 orang makan dengan lauk yang banyak cenggini. Paling win Siakap Steam tu! rasa masam2 pedas kuah dia tuh, memang terbaik ! Lepas makan seafood ni kan, kami berjalan ke Aonang Street ni, sambil mencari Yaminlah Pancake yang kebanyakan review dari blogger cakap pancake Yaminlah ni sedap! Wusssh, tahu tak masa type ni teringat-ingat rasa pancake tu! Alahaiii sedapnyaa Nutella peanut, Nutella Banana, Eggs Cheese... huhuuu... Kenapa malaysia tak ada makanan street macam tu? T___T 

 Bajet macam mana pun duduk Krabi, kena TRY satu kali makan besar SEAFOOD ye, kalau tak rugi lerrr...

 RESTORAN A-HUD SEAFOOD kat Aonang Street, harga semua ni tak silap dalam 1,800THB :P


 Boleh cari Yaminlah pancake di Aonang Street hujung2.. Hahaha tak tahu nak describe! Korang waze lah kalau nak cari.. Tapi kedai ni tutup pukul 9.00malam ye! Siang tak jumpa kedai ni,.. Dia start petang kul 4.00pm macam tuh kalau tak silap.

 Pancake in the making !!

 Whoaaa nak menangis tengok ni! Terliuqq sekarang.. Huhu...

Bila dah seharian berjalan kan, jadi kami cari lah mana foot massage murah2 kat sini, bagi manja2 kan kaki... Korang kalau datang Krabi, wajib taw pergi massage dia murah dan selamat insyaallah... :P 200THB je foot massage kat sini.. Sedap pun sedap! Tapi pedicure tak yah lah kat sini, tak suggest lah... Huhu..

 Gelap sikit, biasalah bilik massage romantik! Hehewww.. Lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan yerr... ^__^

Kat area Aonang Street ni banyak pub, so bila jam 10malam kat sini, kedai semua dah tutup melainkan PUB2 yang ada... So, balikk lah and tidurrr... Esoknya kami nak ke Phi-Phi Island pulak, wuuhuuu super Excited!! sebab 1st time iza nak snorkelling ni, and 1st time naik speedboat main laut pulau ke pulau. Tak pernah mandi laut sedalam 10meter & pakai life jacket. Hehehe... Tu nanti iza cerita kat PART 3 lah ye sekali dengan last aktiviti kami di Krabi iaitu pergi ke 7 islands. Maybe PART 3 entry akan lebih panjang. Hehehe.. Stay Tuned ;)




Salam Sayang,

IZA.NALIA

Nov 9, 2016

HONEYBULAN ke KRABI PART 1



First of all, Iza nak minta maaf lah sebab ngam2 sebulan balik dari Krabi baru nak update cheriter di blog! Hehehe..  Tak ade masa lah dik non! Ni pun nak tulis, bila FREE kejap kat hp je... Nnt kat PC baru kita edit semua then POST !.

Ok, sebelum diteruskan bercerita.. Iza nak bagitahu yang trip ke Krabi ni 2 couples tapi kita tak ambil pakej bulan madu yang ditawarkan. Kita hanya ambil pakej biasa je utk 4 orang. Tapi ada yang tak percaya sebab bila tengok bilik wow! Ni bukan percutian bajet ni.. And memang macam pakej bulan madu !

Okay korang.. ni memang bukan percutian bajet okay, Iza dan suami berhabis jugak laa dgn percutian ni.. Jadi, utk yang memilh percutian bajet sila jangan baca blog ni. Hahaha.. I'm not budget people.. serius tak reti berbudget2.. 


Ni lah pakej yang kami ambil. Sebenarnya pada mulanya kita tak nak ambil pakej, konon nak travel backpackers sendiri2, cari hotel sendiri2. Kesudahnya, masa matta fair Mar'16 hari tu iza gan husben pun pergi lah tengok2. Nak dijadikan cerita, kami ni pun belum berbulan madu lagi sejak kahwin. Eh tak caya ke? Hahaha.. nampak banyak berjalan, tapi sebenarnya berjalan banyak balik Kota Bharu je.. Hehehe... Kakngah iza baru kahwin Mei'16 hari tu so dia pun nak berhoneymoon. Jadi, iza cakap lah gan husben eh ok lah pakej ni tak yah pikir dah letak je deposit ! Hehehe.. Masa ni flight dah beli.

Kami ambil pakej AF TRAVEL, Kami pilih Aonang Princeville RM408 untuk 3 malam dan tambah lagi satu malam RM170 Total RM 578 untuk seorang! Dan Hotel kasi kami FREE antara sewa motor/massage/cash. Kami pergi masa musim hujan iaitu awal October, jadi semua pakej di Krabi semua murah2 sebab bukan peak season! Agak kechewa lah jugak datang time ni sebab hujannnn je manjang! Tapi kelebihannya kami tak burn! hahaha... Bersyukur pun ade, sebab cuaca tak terik, berjalan pun berangin je.. Hahaha. Cuma sakit sikit time ke island hopping, tu nanti kita cerita...






Ni lah bilik kami yang kami tempah dengan pakej travel agency di Malaysia masa matta fair hari tu.. Agak terkejut bila masuk, sebab dapat family room! Besarr giler. huhu...



Sampai je kami flight pagi di Krabi, terus kami di pick up oleh Travel agency di Krabi Airport utk teruskan 1st aktiviti kami... Melawat bandar Krabi, melawat Tiger Cave, tempat ternakan ikan marine ape ntah namanya.. melawat kedai cenderamata and di beri makan lunch di sebuah restoran...Dia bawa berjalan half day tour (include dlm pakej dgn agency malaysia) sampai time utk check-in hotel.




Ni dia Tiger Cave, tapi NO TIGER ye.. hahaha Banyak Monkey aje.. :D 


 Tak pasti nama tepat tempat ni, tapi something namanya marine lah. Tengok ikan2 cute,besar2 pelik yang di bela...

 Bandar Krabi tak besar mana pun... Malam sunyi !


 Misi membeli simkad Thailand. Hotel ade wifi, tapi biasa lah kami nak internet sampai ke pulau sana nanti. hihihi...

Lepas check in,aktiviti kami bebas dan kami dah tak bergantung pada agensi tu lagi... Next kena cari agensi utk aktiviti di Krabi pula, island hopping/elephant trekking etc... Tapi ! Haa.. iza jenis tak suka dah sampai baru mencari ! Memang haku dah siap2 cari dah agensi Krabi dari malaysia lagi sebelum pegi hari tuh... Atas bantuan my BFF Liya yang dah pergi dulu sebelum Iza... Thanks Ya !

Antara agensi yang kami dah survey, memang agency ni paling murah! Deal melalui whatsapp dari malaysia.. Sampai Krabi, ptg tu kami jumpa dia baru buat bayaran.. Boleh search FB : The Dream Garden Tour. Nama owner yang kita deal tu Ms.Kik! Kita sampai krabi tu ade survey jugak harga2 agency lain, kat sana memang bersepah agensi2 utk tour2 pulau ni.. Tapi kami punya habis murah dah kot,malas pikir... Korang kena pandai2 kaw kaw pujuk org tu mintak murah tau,lagi2 kita org Malaysia... 


Adudu lawak tengok laki hakuu pakai helmet thailand tuh.. hahahaha..


Petang tu kami ke Pasar Malam Krabi di Krabi Town! Pakai motor yang hotel kasi sewa FREE tu 2 bijik.. ingat tak jauh ke Aonang ke Krabi Town? Jauh jugak dlm 20km. Tapi atas bantuan waze dan husben iza and husben kakngah memang mat motor! So, tak ada masalah lah dgn kami... redah jee walau jauh. Hahaha and tak sesat.. sampai dah boleh hafal jalan. :P





Kami dinner di sini ! Pasar Malam Krabi Town...


Pasar Malam dia sangat bestt waa cakapp luu... Tolong la pergi hari minggu je pasar malam dia ade! Murah dari Aonang! Kat sini korang beli lah ole2 utk kengkawan, tshirt krabi etc... Iza borong tshirt sedondon Krabi tu kat Pasar Malam ni lah.. Sampai terlupa nak beli cndermata krabi! Menyesal sgt... Terpaksa beli kat Aonang.. Hmmm.... Makanan street dia,macam biasalah cari yang HALAL.. And korang kalau terhengen sgt nak air kelapa Krabi, belilah di Krabi Town sebab kalau beli kat Aonang cekik darah boleh beli 2 biji tau harga dia kalau cari kat Town! Kat aonang jual 50TBH kat Krabi Town jual 20/25TBH je sebijik..




Secara ringkasnya, untuk hari pertama kami banyak sight-seen,shopping,settlekan urusan pakej2 aktiviti di krabi. Tunggguuu PART 2, iza akan bercerita aktiviti kami yang pertama iaitu ke Elephant Trekking, Emerald pool, Hot water spring. Harga pakej ni seorang 900TBH. Nantikan sambungan yer... ;) 


DAY 1 - Arrival Day, Relaks, Shopping.
DAY 3 - Phi-Phi Island Hopping
DAY 4 - 7 Islands [Sunset]
DAY 5 - Check out, balik Malaysia...


Walau kemana anda berada, Vitamin Shaklee jangan lupa ye.. Lagi lagi pergi negara orang/melancong,WAJIB makan vitamin ni WAJIB ada!!.. ;) Untuk kekalkan tenaga sepanjang berjalan, untuk menguatkan anti-bodi dalam badan. Alhamdulillah, ikhtiar bersama shaklee kami berempat tak demam/selsema/batuk lepas balik... Happy living with Shaklee!!




Salam Sayang,

IZA.NALIA