Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jun 27, 2018

NASI LEMAK SEDAP & TERBAIK DI KOREA ???



Nasi Lemak di Korea? Eh?... Ada kee??...  Selalu kalau pergi negara orang ni, susah nak cari makan.. Betul? Lagi-lagi yang jenis tak boleh makan makanan luar.. mesti tekak melayu tekak malaysia, nak nasi mesti cari nasi.. Tak reti nak makan makanan Korea & ragu-ragu.. Haaa selalu dengar macam tu, kalau orang kita pergi travel luar.. Masalah utamaNya mesti bab Makan! Hehehe... Betul tak?.. Tapi kan sebenarnya rugi lah korang kalau dah pergi negara orang tu tak cuba makanan dekat sana.. Macam mana tekak melayu sekalipun, korang kena cuba jugak makanan korea! Baru lah betul... Melancong sambil melihat dan merasa culture mereka..



Okay! Untuk yang nak ke korea, atau yang sekarang ada di Korea.. Ada berita baik untuk korang nih! Haaa.... Siapa yang tercari-cari Nasi Lemak di Korea?... Sekarang tak payah susah-susah dah nak cari bahan nak masak sendiri bila travel ke Korea tuh! Siapa yang study dekat korea ke yang kerja dekat sana rindu dengan Nasi Lemak Malaysia ni.. Haa ni Iza nak share info sikit.. Korang dah boleh makan Nasi Lemak dekat Korea tau!! Weeee.... Bestnyaaa! Tak payah nak teringin-teringin lagi eh sebab Nasi Lemak pure hasil tangan orang melayu kita dah ada di Korea!!





Korang melancong dekat Korea?? Nak order Nasi Lemak ni pun boleh.. Weyh! Tengok gambar pun dah terliur sangat... apatah lagi rasanya! Kalau korang stay dekat Itaewon.. Haaa memang langkah kanan lah sebab Kak Sri owner kepada Nasi Lemak D'Seoul ni based dia di Itaewon.. So korang nak beli 1 pun Kak Sri hantar (Serius lah, orang nak hantar kaw nak order 1 je? cukup kee?? Please lah korang akan menyesal! Paling2 pun order lah 2/3 untuk makan sorang! Hahaha).... Tapi misal kata korang stay luar dari kawasan Itaewon, minimum pembelian kena 4-5 bungkus yea.. Kalau jauh?... Perjalanan nak ke tempat korang tu dalam 1-2 Jam menaiki Subway? Haa minimum kena ambil 15 bungkus simpan makan sampai esok okay? ^_^ win win situation.. Kalau nak kuantiti sedikit je boleh lah korang pick up sendiri dengan Kak Sri dekat Itaewon.. Tak ada masalah, cumanya kena lah whatsapp dulu Kak Sri yea.. Takut Nasi Lemak dah habis atau tak provide hari tu..

Sedang nak delivery Nasi Lemak, ni bukan geng plastik hitam tau! Memang plastik korea macam tu, Hahahahaha.. Bukan sebab seludup makanan bulan puasa :P


Nasi Lemak D'Seoul ni ada jugak agent agent di sekitar bandar korea ni, cuma kalau korang nak lebih details area agent yang ada di kawasan tertentu, boleh refer dengan Kak Sri sendiri yea.. Dia akan bagi korang info agent area mana yang berdekatan dengan tempat stay korang.. Memudahkan kerja korang nak beli Nasi Lemak ni...Tapi untuk trip-trip yang nak datang bawak rombongan and nak order Nasi Lemak ni dalam 40-60 bungkus, boleh direct terus dengan owner Kak Sri yea, mudah nak bincang harga.. Insyaallah, puas hati rombongan korang pasti happy dapat makan nasi lemak di korea !!





Harga untuk sebungkus Nasi Lemak D'Seoul ni dalam 8,000 won sebungkus sekali di provide sudu untuk terus ngap.. Lauk?? Macam biasa lauk nasi lemak, cuma specialnya ada ayam crispy bagi setiap pembelian Nasi Lemak.. Wahhh sekali ayam tau ! Kenyangg.... tengok gambar pun dah terliur, time tulis ni pun dah berbunyi perutt!! argghhh macam nak dapatkan sekarang jee.. Hahahaha... 

Sambal selalunya diasingkan, supaya nasi lemak tahan lebih lama & korang yang tak suka pedas boleh letak sendiri banyak mana sambal nak.. So mudah kan?..


Untuk special order atau apa apa boleh booking order dengan Kak Sri, insyaallah Nasi Lemak ni tak akan mengecewakan korang yang berada di Korea.. tak kisah lah tengah bercuti ke, tengah study atau bekerja... Selamat Makan Nasi Lemak.... Kalau nak order kena bagitahu Kak Sri, dapat info pasal Nasi Lemak ni dari dari Blog Iza, insyallah sambal lebih :P Hahahaha... ( Marah Kak Sri nanti :P )

Ini lah Ownernya Kak Sri dan anak-anak




Artikel penuh kisah Kak Sri ni ada ditulis oleh Harian Metro, korang boleh baca dekat web tu kalau nak kenal lebih rapat dengan Kak Sri.. Ye lah mana tahu korang ni ragu-ragu nak order Nasi Lemak dengan Kak Sri, haa boleh baca artikel tu untuk info lanjut... 






Contact Kak Sri melalui whatsapp : +821076489897
Follow Instagram Nasi Lemak D'Seoul : @nasilemak_dseoul



UPDATE : 13 Oct 2018, Untuk pengetahuan semua, Nasi Lemak D'Seoul telah mempunyai restoran sendiri di sekitar Myeondong, jadi kalau korang nak walk in dan terus makan makanan Malaysia, selain Nasi Lemak... Korang boleh terus datang ke Kedai Nasi Lemak D'Seoul ni ya, boleh contact nombor Kak Sri dan minta location kedai dia semasa korang dah di sana... Lebih mudah lah sekarang travel ke Korea! Makanan Malaysia pun dah ada restoran.....









CREDIT INFO : Kak Sri IG @nasilemak_dseoul , Harian Metro 



Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 

[KOREA] ITINERARY di Seoul Musim Salji [4 th Day]



Lama peminat blog iza yang search pasal KOREA menanti sambungan itinerary kami di Seoul travel sendiri... Ceittt ade ke peminat blog nih??.. :P
Minta Maaf sangat sangat bagi siapa yang menanti entry pasal korea... Insyaallah slow slow iza cerita yaa.. Bagi siapa yang tak sabar nak tahu next activity kami, blog direct email iza untuk dapatkan itinerary...

Tengok tu, liya dok sibuk buat SnowMan

Okay! Untuk hari keEmpat ni santai santai je.. Kami plan untuk main salji tebal sikit!.. Hahaha bukan la tebal mana, sekadar nak build a snowman jer.. Kena cari park yang boleh kita main berbola salji/Slide tube (Tak puas dekat Everland) hahaha... Asalnya sebelum kami decide nak pergi Ttukseom Hangang Park ni, kami decide untuk pergi ke Dragon Peak yang terletak di Pyeongchang.. Ala area sukan olimpik 2018 hari tu.. Perjalanan nak ke sini dalam 2 Jam jugak dari bandar Seoul.. And bila kami research kebanyakan orang macam kena bermalam di sana sbb perjalanan jauh & kalau nak patah balik tak berbaloi main salji tebal sekejap je.. Kalau lambat nanti kena tinggal bas.. Dah tak pepasal kena bermalam di sana.. Kawasan ni pergunungan, jadi salji lebih tebal dan siapa nak main SKI boleh ke sini...Memang tempat dia..  So entry ni iza tak cerita pasal pergi ke Dragon Peak ni ye, sebab kami tak pergi.. Kalau korang nak pergi make sure duit kena spend banyak sikit dari bajet kami and research transport yang betul ke sana..

Permandangan bila sampai turun dari Subway Station

Ni bila kita pusing belakang, subway tu belah atas

ShaSha tengah beli tiket nak masuk

Banner dia tulis tarikh Park ni dibuka sempena winter time


Jadi, kami tak jadi ke Pyeongchang atas faktor masa &  jimat duit.. hehehe... Kami pun decide untuk main salji di area hangang park!.. Yeyy.. boleh lah sis dari tak de!.. Hahaha... eh! Happening jugak ok main salji kat sini, siap boleh buat snowman tau.... hahahaha... Asal tempat ni kalau bukan time winter ialah swimming pool.. So bila winter, air tak ada tapi salji yang menutupi kawasan pool ni.. jadilah kita boleh main salji tebal sikit dari yang ada kat bandar2... Tiket nak masuk sini dalam 6,000 won tapi kena tahu park ni buka dari pertengahan bulan Dec sampai pertengahan bulan Feb sahaja.. So pandai pandai plan yer..





Semua sibuk berposing dengan mini snowman hasil tangan hasliya.. 

Nak naik atas tu, nak main tube slide


Cara nak pergi Ttukseom Hangang Park ni?.. Senang je... Dari hotel kami LINE 4 kami kena stop di station Dongdaemun HCP LINE 2 untuk transit ke Konkuk Univercity LINE 7 and line ni yang akan bawa kita sampai ke station Ttukseom Park Resort direct !!.. Kiranya naik subway kena ada 2 line transit.. (Ini pengiraan dari tempat kami menginap) Sampai station boleh Exit 2/3 and korang akan nampak Park ni dekat sebelah station je.. Subway LINE 7 ni dia berada di atas.. bukan bawah tanah..

Dah main salji puas puas tergolek baring, tergelincir bagai... Hahaha.. perut sudah lapar... Jom makan lunch! Makan lunch bawak sendiri ok.. Haa jimat sangat.... Liya and shasha masak and packing bekal konon konon picnic lah dekat park ni.. Hahaha.. Nasib tak kena halau!.. Kita makan nasi goreng sejuk!! Hahaha.. weyy sejuk pun sejuk lahh... janji kenyang! 1st time makan nasi yang macam baru keluar dari peti ais.. Hahahaha tapi sedapppp pulak!!.. Alhamdulillah...




Serius nasi tu sejuk !! Tapi sedapp je layann makan.. Hahaha


Lepas makan, kami decide untuk ke Ewha Women Univercity! Antara tempat wajib dilawati bila sampai korea.. Sebab kawasan ni ada jualan jualan macam dekat Myeondong! Shopping laa ape lagi.. Then uni ni memang senang keluar masuk, dibuka untuk tourist datang untuk ambil gambar.. Building dia cantik and kalau siapa sambung belajar sini kopak duit shopping kosmetik jee.. hahaha...


Cara nak pergi Ewha Univercity ni dari Hangang Park, naik balik subway LINE 7 tu turun ke Konkuk Univercity Station utk naik subway LINE 2 then turun ke station Ewha Univercity Exit pintu 2/3 pintu yang akan jumpa DAISO bawah tanah.. Sampai station jalan sikit.. sepanjang jalan tu boleh laa nak cuci mata dengan kedai kedai yang ada kat situ.. Hehehe...

Singgah Daiso, beli heatpack ni lagi.. Sana benda ni sangat berguna

Beli coffee dekat area Ewha University


Tempat wajib ambik gambar kalau sampai ewha university ni tau!


Balik bilik, makan meggi dulu... Sementara nak ke Namsan..


Hari dah nak malam... Dalam itinerary kami show akan pergi ke Itaewon, tapi kami tak pergi.. Hahaha.. ramai orang malaysia kebanyakannya akan stay di itaewon sebab kat situ banyak makanan halal and ada masjid itaewon.. Kira kalau nak jumpa ramai orang kita, boleh ke sini ya.. Kami decide balik hostel dulu untuk alas perut sikit then keluar balik untuk ke Namsan Tower! Nak ke Namsan Tower ni dari hostel kami hanya naik bas jer.. Sebab tu alang2 lalu hostel, singgah lah kejap makan meggi ke apa ke bagi alas perut.. sebelum nak keluar balik untuk ke namsan tower.


Tengok tu muka kesejukan! Tengah tunggu bas nak ke Namsan Tower

Untuk sesiapa yang stay dekat hostel yang kami stay ni, boleh la refer cara nak pergi Namsan Tower ni dekat entry iza ni.. Kalau tak, korang try research lain ok.. Okay, siapa yang duduk dekat Star Hostel Myeondong Family ni, korang kena tahu depan jalan besar hostel ni ada Daehan Cinema, depan tu ada bustop and kitaorang tunggu bas dekat bustop tu la.. Ingat tau tunggu kat bustop tu tunggu bas no.02 jangan salah bas, kang berjalan satu seoul.. hehehe... Bas ni akan bawa kita sampai ke kaki bukit namsan tower, tempat perhentian bas.. Lepas dah sampai tu boleh jalan sikit untuk ke puncak namsan tower.. Tak de mendaki sangat, okay je... Murah pun murah naik bas! Kalau naik gondola dia apa semua tu mahal sikit.. tp terpulang kat korang macam mana nak pergi... Tapi ada je yang stay area myeondong ke atau berdekatan, yang nak ke Namsan Tower ni dia akan naik bas dekat bustop ni, dia datang dengan subway turun Chungmuro, sebab memang tempat ni port paling dekat nak ke Namsan Tower.. So, research lah macam mana yang memudahkan korang ok.. 

Yeayy dah sampai Namsan Tower view malam..

Tempat wajib posing, kerusi bukan patah! Memang macam tu eh..

Kunci lah kekunci cinta korang kat sini.. Banyak sangat !


Dekat Namsan Tower ni ikut lah korang nak buat apa, macam kami sampai sini dah gelap.. So kami hanya jalan jalan dekat sekitar kekunci cinta namsan tower je.. bergambar.. tak naik pun dekat deck atas tu.. Ada caj lain nanti kalau naik sekadar nak tgk permandangan bandar Seoul... Siapa datang sini, iza sarankan korang beli kunci mangga siap siap dari malaysia dekat DiY tue.. murah banyak!! Sekadar nak ada moment lah korang tinggalkan dekat Namsan Tower ni, kunci la mangga kekunci cinta tue.. Jangan beli kekunci ni dekat Namsan ni tau.. Mahal gilakk.. Hahaha...

Masa kitaorang dok kat puncak tu, jangan cakap lah sejuk dia... -15'c weyh!! Sejuk malam di namsan tower rasa nak tumbuk orang je sebab benggang kesejukan.. Hahaha.. nak ambik gambr pun ade takde mood je.. sebab sejukkkk.... Hahaha.. Tapi still gagah kan diri jugak untuk bergambar and capture moments2 dekat atas tue... Time duduk puncak ni dapatlah tengok pemandangan malam di bandar seoul... Haihh rinduuu!!..

View dari puncak kekunci cinta Namsan Tower

So hari pun dah lewat malam.... Kami pun tak pergi mana-mana dah terus balik je dengan menaiki bas yang sama terus sampai depan hostel kami... Kena balik rest tido awal, sebab esok selepas subuh dah kena bertolak untuk ke Nami Island.. perjalanan jauh sikit.. Itu kita cerita next entry okay... Insyaallah.. Thank You..




Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :