Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Nov 29, 2019

Program Komuniti McDonald’s santuni rakyat Kelantan




"Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan, melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu"


Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya, McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Pasir Pekan. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.



Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Kelantan untuk tahun 2019 kepada (kanan) Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, pegawai zakat Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , sambil disaksikan oleh YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan. 

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.



McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.


"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.



Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah.

Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kelantan untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.


Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.


Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Setiap pelatih akan menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma sepanjang program latihan tersebut. 


Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,400 kanak-kanak dari 48 sekolah di seluruh negeri Kelantan akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.


(kiri-kanan) Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO; Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Kelantan yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,400 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 48 sekolah di serata Kelantan akan menerima pek ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.





RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.

Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.






Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.




Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/







Salam Sayang,

IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 

Jun 25, 2019

Rawatan Moden bersama E-Genki



Bila cakap pasal SPA atau pusat mengurut ni mesti orang perempuan terutamanya akan excited dan yang paling nak ambil tahu dulu jika ada sebarang promosi atau urutan terkini. Setuju tak? Hehehe.. Bukan apa, sebab orang perempuan ni kan kudrat dia lebih banyak di gunakan sepanjang hari, lagi-lagi orang yang berkerja yang dah berkahwin dan mempunyai anak. Mana balik kena urus rumah lagi, kat tempat kerja kena urus kerja lagi kan?. Jadi tempat spa dan mengurut lah terapi untuk kaum wanita relaks dan renggangkan semula urat-urat.




Baru-baru ni iza berpeluang untuk merasai urutan tradisional china yang dimoden kan di Healthland Sri Petaling, E-Genki ni adalah strategik partner bersama Healthland, jadi korang kalau nak dapatkan treatment ni jugak, korang kena pergi ke cawangan Healthland yang ada servis E-genki ni je tau, nanti iza share outlet yang ada servis ni.




E-Genki, salah satu terapi yang menggunakan kuasa elektrik untuk urutan di bahagian bahu ke atas, dengan urutan ni ia dapat mengesan segala sakit yang ada pada badan kita. Nama pakej ni Bioelectric Therapy + Tradisional Chinese Massage. Paling rasa teruja, therapist dia sendiri orang yang diimport dari negara China untuk buat terapi ni. Menarik kan? Mula-mula rasa takut nak try, sebab ia berkait dengan electric. Tapi once dah try, memang rasa sedap dan lega sangat. Dia bukan urut dengan electrik yang kuat, dia hanya arus elektrik yang halus je.. Then tangan therapist tu akan urut bahagian belakang kita, tapi kita dapat rasakan ada electrik halus yang lalu di bahagian urutan dia.




Magicnya urutan dia, dia boleh tahu kita ada sakit apa, apa saluran darah kita sangkut dan sebagainya. Hanya urutan di bahagian bahu dan ke atas, dia dah boleh tahu kita ada sakit apa. Ye betul, dia cakap iza ni selalu pening kepala dan sometime boleh datang sakit kepala. Sebab dia cakap, time dia urut di bahagian tengkuk nak ke kepala tu, dia rasa saluran darah di bahagian tu macam tak lancar, sebab tu masa dia urut iza time tu, iza rasa sakit sikit. Agak sukar nak komunikasi dengan local people from china ni, tapi ada orang tolong translate kan kat iza semula, so no problem with that.




Lepas dah sejam, menjalani rawatan bioelectric therapy with chinese massage ni, iza try 45 minit untuk mud balm treatment pula. Wah yang ini, iza bagi tahu korang.. siapa yang badan dia penuh dengan angin, then selalu suka sejuk je.. korang akan rasa panas lain macam dengan treatment yang ini. Hehehehe.. Therapist tu akan sapu mud hitam ni di belakang badan kita, mud ni panas yer.. dia sapu kat belakang. Then dia biarkan selama 45 minit dia suruh relaks dan tidur. Memang rasa dia macam kita sedang ada dalam sauna, berpeluh satu badan. Dia tarik semua angin-angin sejuk dalam badan kita dan badan kita akan rasa ringan lepas tu. Iza ada sikit rasa panas, sebab iza tahu badan iza ni banyak angin sejuk, ye la penggemar ais kan.. then aircond lagi sepanjang hari. Mana tak nyer.. Hehehehe..






Selepas selesai rawatan selama 2 jam ni, therapist tu pesan jangan mandi dan minum air sejuk selama 2 jam, kalau boleh elak kan lah sebab badan baru nak baik, tetiba masuk lagi benda sejuk.. Not good kan.. Hehehe.. So far, layanan therapist dia sangat baik dan dia sangat concern tentang kondisi badan kita. Memang rasa nak repeat lagi nanti. Badan sangat ringan lepas buat treatment E-genki ni. Dia hidangkan pula dengan air Alfalfa, selalu pergi spa orang kasi green tea kan? Hehehe, ni lain, dia kasi alfalfa drink..





Apa kelebihan urutan E-GENKI ni ?

- Ia dapat memulihkan serta memperbaiki peredaran darah dalam badan kita
- Ia juga dapat memulihkan sel serta saraf-saraf dalam badan kita
- Sistem penghadaman kita pun dia ada sentuh dalamm treatement ni.
- Meningkatkan anti keradangan
- Menghilangkan rasa letih/lesu badan
- Paling best dia dapat melegakan rasa stress dan sakit kepala.




Iza ada voucher RM100 off untuk sesiapa yang nak try E-genki treatment ni.. Haa kat atas tu ada harga pakej dia, korang just topup je duit sikit dan pakai voucher ni as discount lah. Tapi hanya valid di outlet Healthland Sri Petaling sahaja tau, dan date expired 8/8/2019. Siapa nak, meh PM iza di FB/IG okay..


Bagi sesiapa yang nak cuba treatment E-Genki ni, korang boleh set appointment terlebih dahulu pada outlet di bawah :

- Healthland Taman Desa
- Healthland Sri Petaling
- Healthland Setapak
- Healthland Desa Park City
- Healthland Taman Segar
- Healthland Aman Suria
- Healthland Setia Alam



Untuk maklumat lanjut korang boleh click link video ni : E-Genki
Atau boleh direct ke Facebook : E-Genki


Selamat mencuba... Pasti puas hati dan nak repeat lagi !!!.



Terima Kasih sudi membaca, Thank You Healthland Sri Petaling for this E-Genki Service,
#KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari
#eGenki #eGenkiWellness #LetsBegenki





Salam Sayang,

IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 











Feb 12, 2019

Seronoknya buat facial di Skin Valet Bangi !


Haa.. hai korang!.. Entry kali ni iza nak share tentang baru-baru ni iza ada pergi buat rawatan muka di Spa yang terletak di bandar baru bangi, iaitu Skin Valet !.. Ni bukan pertama kali iza pergi buat facial muka di spa-spa, sebelum ni pernah juga pergi di tempat lain, tapi tak tahu kenapa di Skin Valet Bangi ni rawatan dia dan cara penyampaianya mengenai rawatan yang kita ambil ni jelas. Selain itu, mereka juga ada bercerita tentang tips penjagaan kulit muka dan fungsi setiap apa rawatan yang mereka apply pada kulit kita. Seronok lah kan, tak ada lah kita ni tadah je muka kita, tapi tak tahu apa yang mereka tengah buat.


So, iza nak share sedikit apa proses yang iza lalui sepanjang buat rawatan muka di Skin Valet Bangi tempoh lalu. First of all, untuk korang plan nak buat rawatan di sini, korang kena set appointment dulu dengan doctor/beauty consultant mereka. Lebih-lebih lagi kalau plan untuk pergi pada hari Sabtu/Ahad, lagi lah korang kena buat temujanji sekurang-kurangnya seminggu awal. Iza hari tu pergi sini hari Ahad, Alhamdulillah nasib baik ada slot untuk iza pada hari ahad, sebab kebanyakannya memang penuh selalu!





Sampai je iza di Spa ni, reception akan tanya sama ada kita ada buat temujanji atau belum. Jika sudah, dia akan memberi kita 1 form untuk di isi, details tentang kulit kita yang kita tahu kot ada allergic, then dia tanya pengunaan skincare kita apa dan sebagainya. Form ni mereka akan simpan untuk rujukan akan datang, dan sebagai rujukan untuk mereka tengok tahap kesihatan kulit kita. Selesai je isi maklumat dalam form tu, kita akan dipanggil untuk berjumpa dengan doctor/beauty consultant bagi membuat proses skin analysis, korang kalau datang tak payah pakai makeup tau, bazir nanti kena lap. Part check kulit muka dan consultation ni yang best! Bayangkan selama ni tengok muka depan cermin, helok je kan.. Haa sekali dia scan, hambikkk malu nak mengaku itu kulit muka sendiri. Hahahaha.. Jangan ingat kulit muka yang bersih putih tu tak ada masalah ya.. Dari mata kasar nampak cantik, tapi hakikatnya mungkin pori besar, pigmentasi banyak, white/black head beranak pinak.. Hahahaha… benda ni akan effect pada kita bila usia kita makin meningkat.



 






So, hasil dari analisis scan kulit muka iza dengan beauty consultant ni, dia cakap kulit iza kategori kering dan pori-pori terbuka besar di area dahi. Fuhh masa tengok 3D pori-pori tu memang jelas besar dia terbuka.. Itu nasib baik iza bukan jenis kaki make up, cuba bayangkan yang kaki make up? Then tengah pori tu membesar? Tak cuci muka betul-betul pulak? Dah tersumbat kulit muka, itu yang menyebabkan jerawat naik dengan jayanya.. Semasa sesi consultant ni, dia ada bagitahu bahawa pengunaan sunblock tu sangat penting pada kulit muka, tak kisah lah kita duduk dalam office dan tak jumpa matahari sekali pun, tetapi sunblock memang sangat penting! Rugi buat treatment mahal-mahal, rugi jaga kulit muka hari-hari tapi bila keluar rumah tak pakai sunblock! Kita kena jaga kulit muka kita dari sentiasa terdedah dengan sinaran UV, dan sinaran UV ni bukan sahaja sinaran yang terhasil dari matahari, ia juga sinaran dari lampu-lampu yang kita duduk dekat office/bilik tu.. Haa sinaran itu juga akan effect pada kulit kita kalau kita tak cover dengan sunblock. Serius iza cakap, ilmu ni iza baru tahu dari consultant Skin Valet Bangi. Memang terbaik! Sejak dari tu, memang akan pakai je sunblock. Tahu tak, effect muka sentiasa terdedah tanpa protection sunblock akan jadi apa? Ia akan menyebabkan jeragat pada kulit kita dan effect ni akan nampak bila usia kita meningkat, kalau lebih teruk ia akan menjadi kanser kulit. So, beauty consultant ni suggest, kalau nak cari sunblock cari yang SPF50 yer, dan tolong pakai hari-hari sebelum korang apply any make up.


Penjagaan kulit muka harian kita ni step dia bermula dengan cleanser, serum, toner, mosturiser dan akhir sekali ialah sunblock. Then lepas tu, korang nak pakai bedak 10 inch ke makeup 15 inch ke, terpulang lah… Hahaha.. Serum sebaiknya cari yang mempunyai vitamin C, dan untuk mereka yang berkulit kering seeloknya kurangkan penggunaan toner sebab toner akan menyebabkan kulit bertambah kering. Kulit kita ni, kalau berminyak sangat pun akan mudah naik jerawat, kulit kering pun mudah naik jerawat. Jadi, yang better is keep maintain kulit sentiasa moist. Average usia yang dah 30 tahun keatas, akan mengalami masalah jeragat iaitu pigmentasi. So, bila dah naik usia tu, kena rajin buat treatment. Consultant ni cakap, jeragat susah hilang… Ianya hanya boleh dipudarkan sahaja dengan cara selalu buat treatment di spa-spa. Tetapi yang susah jaga ialah jerawat. Hehehehe.. Seronok, macam-macam tips iza dapat dari beauty consultant di Skin Valet Bangi ni, korang akan rasa teruja sangat dan akan rasa lebih hargai kulit muka sendiri lepas dapat tahu semua ilmu dan nasihat dari beauty consultant ni.








Selepas selesai sesi consultation, iza kena tunggu dalam 5 minit untuk ke bilik rawatan di tingkat atas. Seronoknya spa ni, semua kakitangan dia perempuan islam, so korang boleh bebas dan yakin bila berada dibilik rawatan. Selain itu, kemudahan surau pun disediakan di Spa ni. Masuk je bilik rawatan, rasa tenang je dengan lampu yang malap dan kebersihan bilik rawatan itu sendiri. Iza disuggest untuk buat rawatan pakej Oxyderm dan Aqua Peel since beauty consultant cakap kulit muka iza kategori kering. So, iza buat rawatan ni dalam 1 Jam 30 minit macam tu.





Sepanjang rawatan di buat, therapist tu akan inform apa step yang dia nak buat, apa yang dia apply. So, kat sini yang kita akan faham setiap rawatan yang dia buat. Therapist yang buat treatment kat iza, dia tanya kalau urut bahu/scrub tengkuk kena pakai kain dia. Seronok treatment sini, sambil dia nak cuci kulit muka kita, dia advanced kan sekali dengan dia urut and relaks kan tengkuk kita dan cuci sekali bahagian leher ke dada which is so relaxing! Bahan-bahan yang mereka gunakan adalah dari produk keluaran doctor isma sendiri, iaitu owner untuk spa ni. Proses treatment ni, dia akan cuci kulit muka, then dia pasang wap panas pada muka untuk buka segala pori-pori, then dia sedut kotoran. Iza paling suka part dia sedut kotoran pada kulit muka tu, memang nampak dalam air tu banyak sangat kotoran yang disedut, puas hati segala blackhead/whitehead dia sedut. Selepas kotoran dah disedut, dia letak serum pada kulit muka untuk rawatan, kemudian iza teruskan dengan proses rawatan oxyderm iaitu bagi oxygen pada kulit muka. Jangan tak tahu yer, kulit muka kita sekali sekala perlukan oxygen juga untuk kesegaran. Lepas dah buat facial ni, rasa kulit muka ringan sangat dan bersih sangat, memang puas hati dengan servis di Skin Valet ni.





Korang kalau jauh dari area Bangi, Skin Valet ni ada beberapa cawangan lain antaranya di Ampang, Ipoh, Rawang, Johor Bharu, Damansara, Shah Alam dan sebagainya korang boleh check direct di HQ Skin Valet iaitu di Bangi ni. Waktu operasi hanya dari jam 10pg sehingga 7pm sahaja, jangan lupa book slot anda dahulu sebelum datang tau!..  Jom ramai-ramai ke Skin Valet Bangi, korang memang akan rasa puas hati dengan servis yang diberi!... Iza pun nak pergi lagi ni.. seronok sangat lepas buat facial treatment dengan Skin Valet Bangi. Thank You Skin Valet, semoga terus success sebab treatment korang memang terbaik..  Sebelum korang habis membaca, meh iza share gambar-gambar suasana di Skin Valet Bangi ni bersama harga pakej-pakej yer.. 












Terima Kasih sudi membaca, Thank You Skin Valet Bangi,
#KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari






Salam Sayang,

IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal