Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Nov 10, 2016

HONEYBULAN ke KRABI PART 2

Aktiviti pertama kami di Krabi, kami memilih utk Trip Elephant Trekking,Emerald Pool,HotWater Spring. Bagi relakss2 dulu main sungai,tengok nature... Esoknya baru start Pulau! Yeehaaa.... Tour guide yang bawak kami dan group lain utk tour seharian ni akan terpacak di HOTEL kami pada jam 8.30pagi. Korang tolong jangan buat janji melayu bila dok Thailand ni tau, kalau dia cakap 8.30 dia jemput, 8.20 kaw kena ada sebab mereka sgt ON TIME atau terawal dari time, kami namakan janji thailand, hahahaha! Dia akan pick up orang2 yang akan join trip ni kat hotel memasing. Masa tu kami ada dlm 13 org satu van thailand! Okay lah.. dapat kenalan dgn orang luar...





Perjalanan pertama kami ke Hot Water Spring, ermm kat malaysia pun hade ni.. hahaha.. Kecik je tempatnya and bila sampai tu rasa macam ermm... Tak pe lah tak nak mandi lah.. sebab SEMPIT dan orang ramai dlm satu kolam tuh.. Iza memula macam malas.. tapi bila tgk port ok.. so terjun lahh 20min duduk dalam kolam air panas tuh. Hihi.. Settle main situ kita terus ke Van balik, utk ke next destination Emerald Pool.. 




Untuk ke Emerald Pool ni, kita kena berjalan kaki dalam 15-20minit [bergantung pada kelajuan anda berjalan] Jauh jugak rasa, sebab nak sampai ke puncak tu baru jumpa Emerlad Pool. Sebelum sampai ke Emerald Pool ni, kita akan jumpa dengan Clear Pool dulu. Subhanallah 1st time tengok air sungai warna jernih clear! Nampak anak2 ikan dalam kolam tu.. Nampak rumput2 dalam air tu jelas! Bila sampai je kat Emerald Pool, rasa whoaaa.... sungai warna hijau! Warna dia cantik... ^_^ teruja nak mandi dalam kolam hijau tuh. Dia hijau yang jernih. Tapi nak masuk ke kolam tu kena hati-hati sebab jalan sangat licin batu-batu dia licin sebab ada lumut. Bermandi-manda lah kami selama setengah jam kat situ.. Dah la time ni hujan datang tiba2! Tapi kita tak berlari berteduh pun, mandi aje lah.. hahahaha..

 Wuuu... Elephant you look so sexy!! hahaha..

 Husben kita bagi Gajah makan, beraninyaaa... Iza mmg tak lah! :D

Next, kami di bawa ke Elephant Trekking! Serius ni paling best giler dalam aktiviti seharian kami. First time wey naik Gajah... Kaw rasa? Hahaha... Kembang kecut je rasa perut ni, neves menunggu turn nak naik gajah! Ye lah macam2 pikir. hahaha... Mula2 gajah tu bergerak, haihh tak payah cakap lah... penat! sebab bila dia berjalan... badan kita pun mcm dah duduk kat mesin ngurut tergoyang2 badan ni, penat sbb kena ikut rentak dia jalan tuh!. Tapi lama sikit ok, bila dia jalan slow-slow.. Tebal kulit gajah ni, pandai and dengar kata pulak tu. Cute sgt! Feeling time dia masuk air tu, aduduuu terasa macam nak jatuh! Hahaha, nasib laki haku yg kat sebelah.. Memang ku cengkam habiss laah.. :D 


Ni kami diberi peluang duduk kat kepala gajah tu, tapi sorry lah iza tak berani. Hahaha.. Laki haku jelah posing situ yeh.. :D


Selesai aktiviti kami hari tu, balik Hotel mandi dan uruskan diri... Malam tu kami dinner restoran seafood di Aonang [A-Hud]! Kebanyakan restoran seafood kat sini, semua jual ikan hidup bila nak masak baru dia ambil. Memang Fresh habiss lah! Harga ok lah untuk 4 orang makan dengan lauk yang banyak cenggini. Paling win Siakap Steam tu! rasa masam2 pedas kuah dia tuh, memang terbaik ! Lepas makan seafood ni kan, kami berjalan ke Aonang Street ni, sambil mencari Yaminlah Pancake yang kebanyakan review dari blogger cakap pancake Yaminlah ni sedap! Wusssh, tahu tak masa type ni teringat-ingat rasa pancake tu! Alahaiii sedapnyaa Nutella peanut, Nutella Banana, Eggs Cheese... huhuuu... Kenapa malaysia tak ada makanan street macam tu? T___T 

 Bajet macam mana pun duduk Krabi, kena TRY satu kali makan besar SEAFOOD ye, kalau tak rugi lerrr...

 RESTORAN A-HUD SEAFOOD kat Aonang Street, harga semua ni tak silap dalam 1,800THB :P


 Boleh cari Yaminlah pancake di Aonang Street hujung2.. Hahaha tak tahu nak describe! Korang waze lah kalau nak cari.. Tapi kedai ni tutup pukul 9.00malam ye! Siang tak jumpa kedai ni,.. Dia start petang kul 4.00pm macam tuh kalau tak silap.

 Pancake in the making !!

 Whoaaa nak menangis tengok ni! Terliuqq sekarang.. Huhu...

Bila dah seharian berjalan kan, jadi kami cari lah mana foot massage murah2 kat sini, bagi manja2 kan kaki... Korang kalau datang Krabi, wajib taw pergi massage dia murah dan selamat insyaallah... :P 200THB je foot massage kat sini.. Sedap pun sedap! Tapi pedicure tak yah lah kat sini, tak suggest lah... Huhu..

 Gelap sikit, biasalah bilik massage romantik! Hehewww.. Lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan yerr... ^__^

Kat area Aonang Street ni banyak pub, so bila jam 10malam kat sini, kedai semua dah tutup melainkan PUB2 yang ada... So, balikk lah and tidurrr... Esoknya kami nak ke Phi-Phi Island pulak, wuuhuuu super Excited!! sebab 1st time iza nak snorkelling ni, and 1st time naik speedboat main laut pulau ke pulau. Tak pernah mandi laut sedalam 10meter & pakai life jacket. Hehehe... Tu nanti iza cerita kat PART 3 lah ye sekali dengan last aktiviti kami di Krabi iaitu pergi ke 7 islands. Maybe PART 3 entry akan lebih panjang. Hehehe.. Stay Tuned ;)




Salam Sayang,

IZA.NALIA

Nov 9, 2016

HONEYBULAN ke KRABI PART 1



First of all, Iza nak minta maaf lah sebab ngam2 sebulan balik dari Krabi baru nak update cheriter di blog! Hehehe..  Tak ade masa lah dik non! Ni pun nak tulis, bila FREE kejap kat hp je... Nnt kat PC baru kita edit semua then POST !.

Ok, sebelum diteruskan bercerita.. Iza nak bagitahu yang trip ke Krabi ni 2 couples tapi kita tak ambil pakej bulan madu yang ditawarkan. Kita hanya ambil pakej biasa je utk 4 orang. Tapi ada yang tak percaya sebab bila tengok bilik wow! Ni bukan percutian bajet ni.. And memang macam pakej bulan madu !

Okay korang.. ni memang bukan percutian bajet okay, Iza dan suami berhabis jugak laa dgn percutian ni.. Jadi, utk yang memilh percutian bajet sila jangan baca blog ni. Hahaha.. I'm not budget people.. serius tak reti berbudget2.. 


Ni lah pakej yang kami ambil. Sebenarnya pada mulanya kita tak nak ambil pakej, konon nak travel backpackers sendiri2, cari hotel sendiri2. Kesudahnya, masa matta fair Mar'16 hari tu iza gan husben pun pergi lah tengok2. Nak dijadikan cerita, kami ni pun belum berbulan madu lagi sejak kahwin. Eh tak caya ke? Hahaha.. nampak banyak berjalan, tapi sebenarnya berjalan banyak balik Kota Bharu je.. Hehehe... Kakngah iza baru kahwin Mei'16 hari tu so dia pun nak berhoneymoon. Jadi, iza cakap lah gan husben eh ok lah pakej ni tak yah pikir dah letak je deposit ! Hehehe.. Masa ni flight dah beli.

Kami ambil pakej AF TRAVEL, Kami pilih Aonang Princeville RM408 untuk 3 malam dan tambah lagi satu malam RM170 Total RM 578 untuk seorang! Dan Hotel kasi kami FREE antara sewa motor/massage/cash. Kami pergi masa musim hujan iaitu awal October, jadi semua pakej di Krabi semua murah2 sebab bukan peak season! Agak kechewa lah jugak datang time ni sebab hujannnn je manjang! Tapi kelebihannya kami tak burn! hahaha... Bersyukur pun ade, sebab cuaca tak terik, berjalan pun berangin je.. Hahaha. Cuma sakit sikit time ke island hopping, tu nanti kita cerita...






Ni lah bilik kami yang kami tempah dengan pakej travel agency di Malaysia masa matta fair hari tu.. Agak terkejut bila masuk, sebab dapat family room! Besarr giler. huhu...



Sampai je kami flight pagi di Krabi, terus kami di pick up oleh Travel agency di Krabi Airport utk teruskan 1st aktiviti kami... Melawat bandar Krabi, melawat Tiger Cave, tempat ternakan ikan marine ape ntah namanya.. melawat kedai cenderamata and di beri makan lunch di sebuah restoran...Dia bawa berjalan half day tour (include dlm pakej dgn agency malaysia) sampai time utk check-in hotel.




Ni dia Tiger Cave, tapi NO TIGER ye.. hahaha Banyak Monkey aje.. :D 


 Tak pasti nama tepat tempat ni, tapi something namanya marine lah. Tengok ikan2 cute,besar2 pelik yang di bela...

 Bandar Krabi tak besar mana pun... Malam sunyi !


 Misi membeli simkad Thailand. Hotel ade wifi, tapi biasa lah kami nak internet sampai ke pulau sana nanti. hihihi...

Lepas check in,aktiviti kami bebas dan kami dah tak bergantung pada agensi tu lagi... Next kena cari agensi utk aktiviti di Krabi pula, island hopping/elephant trekking etc... Tapi ! Haa.. iza jenis tak suka dah sampai baru mencari ! Memang haku dah siap2 cari dah agensi Krabi dari malaysia lagi sebelum pegi hari tuh... Atas bantuan my BFF Liya yang dah pergi dulu sebelum Iza... Thanks Ya !

Antara agensi yang kami dah survey, memang agency ni paling murah! Deal melalui whatsapp dari malaysia.. Sampai Krabi, ptg tu kami jumpa dia baru buat bayaran.. Boleh search FB : The Dream Garden Tour. Nama owner yang kita deal tu Ms.Kik! Kita sampai krabi tu ade survey jugak harga2 agency lain, kat sana memang bersepah agensi2 utk tour2 pulau ni.. Tapi kami punya habis murah dah kot,malas pikir... Korang kena pandai2 kaw kaw pujuk org tu mintak murah tau,lagi2 kita org Malaysia... 


Adudu lawak tengok laki hakuu pakai helmet thailand tuh.. hahahaha..


Petang tu kami ke Pasar Malam Krabi di Krabi Town! Pakai motor yang hotel kasi sewa FREE tu 2 bijik.. ingat tak jauh ke Aonang ke Krabi Town? Jauh jugak dlm 20km. Tapi atas bantuan waze dan husben iza and husben kakngah memang mat motor! So, tak ada masalah lah dgn kami... redah jee walau jauh. Hahaha and tak sesat.. sampai dah boleh hafal jalan. :P





Kami dinner di sini ! Pasar Malam Krabi Town...


Pasar Malam dia sangat bestt waa cakapp luu... Tolong la pergi hari minggu je pasar malam dia ade! Murah dari Aonang! Kat sini korang beli lah ole2 utk kengkawan, tshirt krabi etc... Iza borong tshirt sedondon Krabi tu kat Pasar Malam ni lah.. Sampai terlupa nak beli cndermata krabi! Menyesal sgt... Terpaksa beli kat Aonang.. Hmmm.... Makanan street dia,macam biasalah cari yang HALAL.. And korang kalau terhengen sgt nak air kelapa Krabi, belilah di Krabi Town sebab kalau beli kat Aonang cekik darah boleh beli 2 biji tau harga dia kalau cari kat Town! Kat aonang jual 50TBH kat Krabi Town jual 20/25TBH je sebijik..




Secara ringkasnya, untuk hari pertama kami banyak sight-seen,shopping,settlekan urusan pakej2 aktiviti di krabi. Tunggguuu PART 2, iza akan bercerita aktiviti kami yang pertama iaitu ke Elephant Trekking, Emerald pool, Hot water spring. Harga pakej ni seorang 900TBH. Nantikan sambungan yer... ;) 


DAY 1 - Arrival Day, Relaks, Shopping.
DAY 3 - Phi-Phi Island Hopping
DAY 4 - 7 Islands [Sunset]
DAY 5 - Check out, balik Malaysia...


Walau kemana anda berada, Vitamin Shaklee jangan lupa ye.. Lagi lagi pergi negara orang/melancong,WAJIB makan vitamin ni WAJIB ada!!.. ;) Untuk kekalkan tenaga sepanjang berjalan, untuk menguatkan anti-bodi dalam badan. Alhamdulillah, ikhtiar bersama shaklee kami berempat tak demam/selsema/batuk lepas balik... Happy living with Shaklee!!




Salam Sayang,

IZA.NALIA





Aug 24, 2016

ADVANCED BIRTHDAY untuk IZA :')

HAPPY BIRTHDAY IZA !!



12 OGOS, adalah hari lahir NOOR IZANALIA ZAINAL... Yeahh syukur alhamdulillah, membesar dengan sihat sampai hari ini. Actually nak share gambar-gambar ni semua kat FACEBOOK sebab seronok sangat haihh ada orang buat advanced surprised birthday party untuk kita... Tapi nak buat mini video jugak sebenarnya, tapi busy la haiii tak ada masa sempat nak buat.. Maap kengkawanKU sebab tak credit panjang lebar kat FB. hahahaha... 

Aliya and Shasha my BFF since secondary school ! Dorang jugak geng travel Iza.. Setakat ni, kita dah pergi Bandung,Indonesia dan terbaru ni bulan 5 hari tu plan sepatutnya  pergi Singapore tapi Iza and Faiz terpaksa burn kan tiket tu sebab tarikh tu kakngah kahwin.. Alahaii masa beli tiket awal dulu mana tahu kakngah nak kahwin time tu.. Tak apa lah anggap tak ada rezeki, kira burn lah! And dorang pergi berdua laaa haii... Tak apa buddies! Kita dah plan next trip kita next year! Insyaallah semoga allah permudahkan urusan kita. Tak sabar vacation kita yang ni.. Ke mana? Haaa rahsiaaaa dulu... :P

Nak di jadikan cerita, cik aliya ni memang suka buat surprise birthday party and sama lah dgn cik shasha tu haa... Kisah bermula masa birthday liya Nov/14 kita plan makan-makan then Mar/15 kita sambut birthday shasha kat Bandung. Tapi masa ni biasa-biasa je. Sampai Aug/15 time birthday Iza last year dorang start giler-giler dah nak buat surprise. Then terbawak-bawak sampai sekarang.. hahaha... Dorang pun dah boleh bau-bau yang akan ada surprise! Tapi maybe yang iza ni punya kira last lah kot surprise, lepas ni kita cakap je "Jom dinner, nak sambut birthday" hahahaha... Sebab masing-masing dah boleh bau nak di surprise kan...



NI MASA BIRTHDAY ALIYA YANG PERTAMA KITA CELEBRATE
(NOV/2014)

.
.
GAMBAR BIRTHDAY SHASHA KAT BANDUNG TU TAK JUMPA LAH, 
*Maap buk shasha, puas mencari ngak jumpa!
(MAR/2015)



NI MASA BIRTHDAY IZA LAST YEAR 
(OGOS/2015)



HAA NI MERIAH OKAY! MEMANG KENA TERUK TERKEJUT LIYA MASA NI..
BIRTHDAY ALIYA
(NOV/2015)



TARAAA BIRTHDAY SI COMEL SHASHA, TIME NI TUTUP MATA DIA MASA NAK KE KEDAI NI HAA.. KONON SURPRISE TP DIA NI DAPAT BAU
(MAR/2016)



HERE YOU ARE! LATEST BIRTHDAY CELEBRATION IZA
(OGOS/2016)


Tapi macam mana lah masa birthday iza baru-baru ni, iza TAK BOLEH bau yang dorang ni nak surprise kan... T_T   Ni semua hasil lakonan suami ku Faiz! Dia berkomplot surprise kan I. Mana tak nya, dorang buat surprise advanced kot! Malam birthday kira 11 Ogos dorang buat. Si Faiz ni punya lah dok cakap nak jumpa kawan dia hari ni, kawan dia tu memang dia pernah cakap nak jumpa sebelum ni tapi tak pernah nak jumpa-jumpa. Mula-mula iza malas nak join, sebab dia nak pergi jumpa kawan dia kan. Lepas tu dia cakap dia jumpa kejap je then dia bawak lah iza pergi makan mana nak makan.. WEEEHUuuuu masa tu memang cakap OK jom...

Serius, time tu pikir nak pakai baju kelawar je pergi. Hahahaha.. Tapi sebab naik motor, haku pun pakai lah jeans... Husben tak cakap apa-apa pun pasal pakaian dia cuma cakap ok baguss pakai jeans sbb nak naik motor. Dia cakap nak jumpa kawan dekat Sg.Besi. Okay memang baru-baru ni dia cakap kawan dia ada sana tapi dia tak pergi lagi jumpa. Hmm.. haku punya percaya! 
"Kita pun terfikirlah jugak dalam fikiran masa tu, macam mana kalau dorang buat surprise party kat aku? Eh.. tak kan lah sebab esok birthdayNya.. dorang selalunya lepas, ntah2 lepas aliya balik dari Krabi nanti. Jadinya terfikir yang ok malam ni dorang wish I, I kena bagitahu siap-siap NO SURPRISE PARTY OK..."


Sampai je kat pekan baru Sg.Besi... Si faiz suami ku yang pandai berlakon ni dok mencari kedai STEAK yang dijanjikan sebenarnya... Asal husben cakap jumpa kawan kat mamak! Then sampai mamak dia pergi buat calling jauh sikit dari iza *Dia call shasha rhupenyer! Then faiz cakap, kawan tu duduk kat kedai steak.. Steak mana ea? Iza kan orang situ, jadi tahu lah selok belok kedai kat situ.. Iza pun tunjukkan lah.. Sana tuh... Sampai je depan kedai, iza suruh dia masuk dulu, tengok ada tak kawan tu! Iza dok kat motor, malas nak masuk kot dia tak ada kan.. *Uishh ni memang peluang dia rupanya, iza suruh dia masuk dulu. :D

Dia keluar panggil iza, kata kawan dia ada.. Iza pun masuk lah.. Sekali tengok.. Dua gadis sedang menantikan seseorang datang dok kat meja bersama belon-belon'an dan kek! Awwwwwwww..... haku terkenaaaaaa jugaaaaaaaaa prank ini !!!! Tidakkkkkk...... huhuhu... 


Tu lah cakap, insting tu ade dah.. Cuma macam rasa TAK je.. hahaha pastu tak sangka suami haku pandai berlakon rhupenyaa dah seminggu yang lalu dia curi-curi message dengan shasha kat FB... Hamboi !
Hahahaha... Bahaya ni... :P Lepas settle mini party ni,semua cerita kisah macam mana plan ni terjadi, asalnya nak plan tempat lain lah... Nak merasa kereta baru tapi kereta tu tak dapat on time birthday I.. hahaha... 

Ok akhirnya selesai makan.. snap gambar sembang-sembang! Memang best lah dorang ni... I LOVE BALOONS so muchh!!! I dapat semua ni tau... XD  I letak depan bilik bangun-bangun kita nampak belon.. Tapi belon ni bertahan selama 2 hari je.. Lepas tu gas dia gone. hahaha..

THANK YOU SO MUCH my beloved husben Faiz !!! Kali ni berjaya komplot bersama my BFF.. Hahahaha... 

THANK YOU VERY VERY MUCH to my beloveddd friends Shasha and Hasliya!! Sayang korang ketat-ketat sampai syurga!!! Tak pernah tak sayang tau... Eeeee geraaammm! Hahaha.. and please, no more surprise like this for me... Iols dah tua lah.. Maluuuu.. hahahahaha... :P


Now, iza dah officially 24th weeehuuuu.... Happy Birthday to me on 12 August. Nak tahu hadiah apa yang iza dapat dari merekaa?? Haaa... nantikan next entry yeaa... Hadiahhh paling besar and kaler biru tu yang paling sayang tu.. hihihihi..



IZA 24TH BIRTHDAY CAKE 



MAKE  A WISH IZA !!! ^_^  *Actually ada video liya rakam, tapi malu lahhh...



Shuben Faiz Izzuddin yang selalu support wife and sporting je kawan dgn kawan2 I...



OUR DINNER !!! Thank You korangg.....




Yeahh Gotchaa!! Prank untuk iza menjadi... SUka? :P




SAYANG KORANG DUNIA AKHIRAT !!! Muaahhxxxxx.....





THEY PREPARED FOR ME.. HOW SWEET..... :')




PRESENT FROM LIYA AND SHASHA THANK YOU! Sukaaaaaa......




 Ehemmm..... PRESENT FROM husben!.. Double Triple SUkaaaaa..... ^_^




Salam Sayang,

IZA.NALIA



Aug 18, 2016

Ber'BLOG SEMULA ??

WELCOME TO IZA.NA.LIA BLOG !!


Assalammualaikum w.b.t  
Fuuhhhh..... kembali ke blog semula ye iza! Haa tu lahh baru tahu blogging ni penting, baru tahu blogging ni besttt... Sekarang, dah kembali ke pangkal jalan semula dan berblogging semula! 😌 Semuanya sebabbb??? TRAVELyeayy!!

Iza ada blog sebelum ni?? Yesza! Iza ada blog sejak sekolah menengah lagi.. Rasanya masa tu dalam Tingkatan 2 ke 3 [2006/2007] aktif sampai umur iza 18 tahun. Entah kenapa, habis sekolah je terus dah tak aktif dan buat keputusan untuk DELETE blog tu.. Sedeeyyy lah bila di fikir-fikirkan sekarang, MENYESAL delete blog lama! Situ dah macam-macam cerita ade, lepas tu design semua cantik! Mana tak nyer, masa zaman sekolah kan banyak masa terluang, pandai lah nak godek-godek untuk belajar cara cantikkan blog cara itu ini... 😜

Okay tak apa, setiap perkara yang kita decide tu mesti ada hikmahnya kan, jadi relaksss lahh move on ajee.. hihihi.. Mana tahu blog baru ni dapat lah nafas baru, kalau dedulu blog memang macam budak2 je, entry dia design dia.. Ni lebih matang lah kot.. insyaallah.. Lagi2 tujuan blog ni di tubuhkan sebab nak share dengan orang ramai tentang perjalanan travel iza, suami & rakan rakan :) 

So, insyaallah iza akan sharing sedikit sebanyak tentang travel or isu semasa.. Hope korang follow and keep update yeayy... 



Salam Sayang,

IZA.NALIA