Wah dah hari
keempat di Melbourne ye, diam tak diam ada
berbaki lagi 2 hari je di Melbourne dan esoknya
last aktiviti kami di Melbourne, hmm sedihnya!! sekejap je rasa bercuti di Melbourne ni.. Untuk trip hari ni, kami dah
start untuk shopping! Hehehe 3 hari aktiviti padat jamu mata
tengok keindahan alam, hari ni kita jamu mata untuk
membeli-belah pulak! Yeayyy.... Australia, duit dia memang mahal, tapi barang shopping
dia murah lah! Harga barangan shopping dia
berbaloi, berkualiti dan murah! Tak puas rasanya shopping.. Hahahaha, sebab aktiviti kami hari ni selain shopping, kami akan berjumpa dengan
haiwan-haiwan signature kepada negara
Australia, iaitu
Kangaroo dan Koala... So nak tahu kami kemana untuk hari day 4 kami di Melbourne ni? Jom stay baca sampai habis okay...
Untuk trip hari keempat ni, kami keluar awal untuk ke
Queen Victoria Market, tempat ni memang famous kalau sesiapa
datang ke Melbourne mesti wajib singgah sini untuk cari souvenir dan beli buah-buahan segar Australia!!..
Yes, victoria market !! korang boleh datang sini
seawal 6.00pagi ya.. Dia dah buka, tapi untuk kedai area jualan souvenir buka dalam jam
8.00pagi macam tu, so korang boleh datang awal dan breakfast dulu dekat
American Doughnut yang famous ni!!.. Perjalanan nak ke Queen Victoria Market ni dari apartment kami dalam
10 minit sahaja, ala dekat sangat!! Best sangat tak perlu nak jalan jauh atau nak kena naik tram ke kan.. Oh ya! untuk pengetahuan semua
pasar ni TUTUP pada hari
Isnin dan Rabu tau, so korang jangan datang time hari yang dia tutup, nanti kecewa menangis tak berlagu.. Huhuhu.... Operation hour dia hari biasa
6.00pagi sehingga 2.00ptg sahaja, dan pada hari
Jumaat dia tutup pukul 5.00pm dan Ahad 4.00pm... Sorry ya, kalau datang waktu malam
tempat ni dah tak hidup.. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya..
Memandangkan trip kami untuk ke
Philip Island pada pukul
11.30pagi berkumpul di pejabat tour kami iaitu Extragreen. Jadi, kami decide untuk ke
Victoria Market seawal 6.30pagi.. Kenapa awal sangat? ye lahh nanti kena
kejar masa, 11.30 kena ada dekat office tour tu kan, nanti shopping kelam kabut pulak.. Hahaha,
nak pergi petang? alamatnya
tutup dah kedai.. sebab tour kami sampai malam hari ni... So, kami kena
plan masa baik baik untuk shopping di
victoria market dan untuk pergi ke
Chemist Warehouse.. Haa apa tu Chemist?.. Hehehe
nanti iza cerita ya..
Pagi tu kami santai je berjalan ke victoria market, kami
breakfast donut american yang macam food truck ni..
Famous lah American Doughnut ni!! Macam satu signature pulak bila sampai market ni kena
ambil gambar dengan lori donut ni.. Hehehe... sambil
menunggu kedai souvenir buka, kami
breakfast dulu dan kami tengok jualan buah-buahan segar australia di pasar dia,
bersih dan tenang!...
Dah selesai breakfast, bermula lah
misi mencari souvenir untuk keluarga dan kenalan rapat.. kita pegi kedai jualan
keychain, bag, fridge magnet ni dulu..
Bangla jugak yang jual !! bukan orang local dia.. Hahaha,
so selagi boleh minta murah.. minta lah murah ya!... Best harga dia memang murah... So
jangan risau untuk membeli souvenir di victoria market ini ya.. Dah settled beli barangan
souvenir kecil-kecil ni kami pergi pula mencari
kedai souvenir T-shirt lambang Melbourne atau Australia..
Haa ni best sangat !!.. Nak tahu siapa penjual dia?
Okay, orang indonesia.... Memang lagi best lah boleh cakap melayu lepas tu kaw goreng lah
nak murah kan! Boleh dapat punya, janji
ayat kena manis.. Hahahaha... So, iza suggest untuk
nak cari Tshirt boleh dekat kedai kakak indonesia ni yaa...Kalau siapa jumpa kakak ni,
tunjuk gambar iza dengan dia tu, lepas tu cakap dekat dia...
iza pesan suruh kakak ni"wa epp wa epp" (whatsapp) hahaha... nanti cakap korang kenalan iza,
nanti minta murah lagi tauu!!! Hahahaha...
Dah selesai semua beli souvenir, tiba masa
beli souvenir untuk diri sendiri pulak.. HAHAHA... Kami tak lama pun dekat victoria market, sebab
dah ada target kan nak beli apa... So, dah
dapat semua yang nak.. kami pun berjalan untuk ke
Chemist Warehouse, iaitu kalau di Malaysia kedai ni
macam Guardian/Watson lah.. tapi jauh
lagi best hokayyyy..... Kat sini boleh dikatakan, shopping utama dia adalah
minyak wangi original.. yang harga kalau dekat Malaysia ni
beratus dan beribu tapi dekat
Australia ni murahhhhhhh...... Nasib baik
iza bukan hantu minyak wangi, sekadar beli untuk
souvenir diri sendiri jer.. Tempat ni, selain perfume ada juga benda lain macam
make up, lotion-lotion, vitamin-vitamin.. Sempat juga iza beli vitamin
order dari family, sebab
suggestion dari shasha... Hahaha, sini ada macam-macam jenis vitamin dan
harga dia sangat berpatutan.. Ada barang harga dia kalau hujung minggu,
half price ada yang harga promosi.. Mana tak giler kan?! Kami pergi
Chemist ni dua kali tau, esoknya iza request nak pergi lagi.. Hehehe... Patut lah ada dengar orang cakap
seronok shopping dekat Australia !!.. Hehehe.. Ni belum lagi shopping coklat-coklat dia..
Jam pun dah pukul
10.30pagi, kami kena balik ke apartment kami dah untuk
drop barang-barang beli ni sebab nak
standby untuk bergerak ke Philip Island dan ini
trip terakhir dengan Extragreen.. Hehehe...
Settled persiapkan diri, kami tunggu di depan pejabat Extragreen pukul
11.20pagi, untuk trip ni kami tak tengok ada ramai orang macam trip
semalam pergi GOR ramai, sampai 2 bas kan.. untuk hari ni trip rasanya
setengah bas je, tak penuh pun... Kenapa kami decide
pergi Philip Island dengan trip dan bukan pergi sendiri?.. Sebabnya, harga tiket masuk kawasan tengok haiwan-haiwan ni
pun dah mahal dari bayar trip ni yang dah include entrance fee, so kami memang akan
ambil bajet harga murah lah.. Extragreen sekali lagi
antara yang murah.. so sangat berbaloi ambil dengan
pakej Extragreen.. Kami dapat pergi tengok
kangaroo, Koala dan penguin parade serta menikmati permandangan cantik sepanjang nak sampai ke Philip Island...
(Click sini untuk info trip bersama Extragreen)
Perjalanan dari
Melbourne City untuk sampai ke first stop kami, iaitu
Maru Koala and Animal Park dalam
1 Jam setengah macam tu.. tak jauh trip kita hari ni... Excited
nak jumpa kangaroo untuk pertama kali.. Hehehe.. masuk park ni untuk dewasa
$20 dan kanak-kanak
$11 itu kalau
drive sendiri ke sini dan beli tiket sendiri ya.. Kalau nak kata
berbaloi tak tempat ni? Of cause sangat berbaloi, sebab korang
dapat pegang kangaroo direct !!.. Kangaroo sini sangat jinak!.. Korang boleh
beli makanan kangaroo ni dekat
kaunter entrance fee ni dalam
$2 sebekas then korang suap lah kangaroo ni makan..
Mula-mula takut, dan geli.. lepas tu.. Haaa..
Memang seronok, pengalaman pertama jumpa kangaroo..
kasi kangaroo makan.. alahaiiii tak boleh lupa moment ni... Kami memang
spend masa lama dekat area kangaroo ni, ambil gambar dia, usap-usap dan bagi makan kat dia...
Kangaroo ni memang comel !! Subhanaallah dapat tengok depan-depan
kantung dia letak anak tu... selalu tengok dekat TV je.. hahaha... Memang puas main kangaroo dekat sini,
tak sia-sia untuk datang sini...
Selain kangaroo, ada juga show untuk
Koala, tapi
kami tak sempat nak tengok sebab kami nak
pergi next checkpoint pulak, checkpoint
khas untuk jumpa koala!.. Sebelum kami berangkat, kami
sempat tengok show cara-cara mereka
cukur bulu biri-biri di sini.. Ini pun salah satu pengalaman pertama iza, dapat tengok depan-depan
macam mana dia cukur biri biri tu sampai tak ada bulu dah! Hahahaha.. tebal bulu dia,
menarik show ni.. sekejap je dia cukup pakai mesin dia tuh!..
Dah settled dekat sini, kami pun berangkat untuk ke
Koala Conservation Centre !! Perjalanan dalam
setengah jam je dari tempat tadi.. Kat sini, kita dapat tengok
kehidupan koala sebenar dan dapat
mengenali lebih dekat koala di sini. Koala kat sini dia
bebas hidup tapi dikawal, aduhh awalnya
rasa stress sikit sebab, sampai sampai masuk kawasan dia ni
tak jumpa 1 pun koala, pokok tinggi tinggi... Bak kata tour kami, koala ni sebenarnya
sifat dia agresif dan dia tak suka jumpa manusia, dia akan sorok dan dia malas.. Hahaha.. Kita tengok je
macam beruang comel manja kan, tak sebenarnya dia ganas! Cuma yang dapat tengok dia di dukung tu, ada dekat
sebahagian zoo ada buat tu kan.. yang tu memang
dari kecil dia dah bela untuk
dijinakkan dan untuk dijadikan tontonan...
Bila antara
kami jumpa je koala, mula lah
menjerit... Haaa tu satu.. Haaa tu atas pokok.. Hahahaha macam
jakun sikit !! Eh, memang jakun pun eh.. sebab
mana pernah jumpa ! 1st time jumpa kot, cuma yang ni
tak friendly macam kangaroo tu.. so kena sangat
gigih mencari koala yang main area bawah bawah sebab
nak gambar dia... bukan senang okay! gigih sangat.. huuuhh...
nasib dapat lah jugak.. walau tak seberapa.. Hehehehe...
Comel macam bear! Tapi sombong.. Hahahaha...
Next, last checkpoint kami... Kami sampai di
Philip Island iaitu di Penguin Parade... Yeyy, kat sini kena
stay sampai lepas senja tau.. sebab kat sini semua
berkumpul pukul 6.00pm macam tu sebelum senja sebab nak
duduk di area depan pantai sebab nak
tengok penguin naik ke laut setelah siang harinya kehidupan di dalam laut... Untuk penguin ni, iza
kurang lah jakun sangat macam kangaroo dan koala tu sebab untuk
penguin ni dah pernah jumpa masa pergi Sapporo Japan awal tahun hari tu.... Tapi still
tak boleh tahan tengok penguin ni
jalan terkedek-kedek bila dia naik ke pantai.. Hehehehe.... Lama nak tunggu dia naik,
dah lah gelap lepas tu kawasan tu
staff dia tak benarkan kita ambil gambar and no flash.. So, memang
tak boleh ambil gambar sebab dia nak jaga penguin-penguin tu... Tapi,
iza ada jugak curi curi ambil, masa on the way kami nak balik tu, terjumpa tepi tepi tu.. hahaha...
(camera samsung galaxy note 8)... Bila penguin tu naik kan,
mesti berkumpulan... sama-sama naik.. ada tu nampak dia
naik lepas tu dia patah balik, sebab dia takut! Hahaha, ada lah tu antara penonton buat apa-apa yang
buat dia patah balik ke pantai.. Hahahaha, tapi lawak lah
sebab dia kecik je tapi jalan laju... Hehehehe....ni pengalaman baru, dapat tengok realiti kehidupan penguin macam mana...
Jam pun dah pukul 7.30malam, so kami semua berangkat balik ke
Melbourne City... berakhir trip kami ke
Philip Island hari ni... Kira trip ni,
trip tengok haiwan-haiwan lah... seronok memang seronok!! lagi-lagi yang
pertama kali macam kami ni kan... Hehehe... sampai di city, kami
sempat singgah ke Lot Of The Fries dan tapau makan, bawa balik apartment...
itulah dinner kami... kenyang!!
banyak portion kentang dia, plus iza beli lagi sushi hub tu sebab tak boleh tahan... best sangat
sushi dia gemuk-gemuk... Hahahaha...
Habis dah perjalan kami di hari
keempat ni di Melbourne.... esok last aktiviti kami.. hukhuk, sedihnyaaa dah last... kiranya esok
dah tak ada trip tour dengan company Extragreen... esoknya kami
survive sendiri!! Yeayy, so esok trip kami bermula lah dengan
naik train dan guna myki kad tu... Haaa dah nak hari last last baru pakai tau.. Hahaha...
Jauh jugak perjalanan esok! Tapi kami survive sendiri.. nak tahu pergi mana hari last kami di Melbourne?..
Tungguuuu next entry yaa...
For now, thank you for reading.....
Salam Sayang,
IZA.NALIA
*** Read more about our Melbourne Trip :
DAY 1 : Kami Ke Melbourne Day 1
DAY 2 : Kami Ke Melbourne Day 2
DAY 3 : Kami Ke Melbourne Day 3
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 5
Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin