Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jul 12, 2018

Puas Makan Seafood Di Golok,Thailand




Entry ni khas untuk kaki buffet, kaki steamboat, kaki seafood.. Haa.. Dan kaki ke sempadan Thailand.. Ahahaha... Untuk korang yang datang ke Kota Bharu dengan memandu kereta, tak kesah lah datang bercuti ke, datang balik kampung ke atau sebagainya... Iza ada suggestion tempat yang korang boleh pergi, untuk makan seafood yang sangat puas hati ! Puas hati dari segi, bayaran murah tapi makan macam lebih dari harga tu... Sampai tanya dalam diri, kedai ni untung celah mana? HAHAHAHA....

Biasanya kalau balik Kota Bharu (Rumah Mertua Iza)... Kami laki bini mesti akan bawa balik passport.. Sebab apa? Agak dah mesti lajak masuk Golok punya! Hahaha.. Dah kata laki bini kaki jalan kan... Hehehe.. Korang kalau ke Kota Bharu, sambil berjalan ke Rantau Panjang tu.. Apa kata lajak lah sikit ke immigresen Thailand... Masuk sempadan Thailand melalui Sg.Golok.. Kadang boleh masuk macam tu je, kadang tu korang kena pakai procedure betul lah, isi visa on arrival (VOA) yang biasa kita isi masa atas flight tue... Better isi cara betul lah, supaya tak banyak masalah untuk orang yang tak biasa...

Ada apa dekat Golok ni? Orang luar kalau dengar je Golok, mesti fikir terma Kahwin Lari kan? terma Kahwin dekat golok... Haaa betul tak??... Hahahaha.... Golok ni pekan kecil je, tak ada apa pun.. biasa lah pasar dia jual beras siam, barang-barang siam.. Baju-baju siam etc... Tapi apa yang menarik perhatian kami masa pergi Golok hari tu, adik ipar Iza lah yang jumpa kedai ni, and ajak kami suami isteri join pergi sekali... "Bang Ya - Buffet Sg.Golok" korang boleh check it out tempat ni...




Perjalanan dari Pejabat Imigresen Rantau Panjang (Kira Sempadan Malaysia-Thailand) dalam 3.4KM sahaja sebenarnya kalau tak jem dekat immi 10 minit je dari sempadan tue.. Dekat je.. Cuma kalau nak waze tempat ni belum ada letak checkpoint lagi kot, sebab adik ipar yang bawa hari tu.. So kita ikut je.. Kalau nak exact direction ke tempat ni, boleh tengok FACEBOOK dia, ada location dekat situ then boleh start click direction dari situ  "Bang Ya - Buffet Sg.Golok" Kedai dia betul-betul tepi jalan besar.. Insyaallah senang je jumpa!





Gambar luar kedai Bang Ya, tepi jalan besar.. Kerusi Meja banyak dan luas, 
siang tak ramai orang.. Malam selalu penuh.. 


Tak sempat tukar duit siam??? Tak payah risau, even nak shopping dekat sempadan ni pun dorang terima je duit Malaysia.. 7-Eleven pun terima duit malaysia.. So jangan risau dorang akan kirakan kat korang berapa harga dalam RM bila diconvert dari thai bath. Kedai Buffet ni dia terbahagi kepada 2 hidangan.. Samada korang nak bayar untuk makan yang dia buffet kan (siap masak & ada sikit buffet mentah grill-grill) ATAU korang nak makan buffet tu sekali dengan fresh seafood ? Harga berbeza.. Tapii iza sarankan, dah alang-alang datang dari jauh?.. Nak puas hati ambik pakej seafood terus.. sebab itu lah keistimewaan kat sini.. Harga masih murah tau?!!





Dekat atas ni, bahagian seafood sahaja... Jadi, siapa yang bayar untuk seafood buffet korang dibenarkan ambil seafood disini.. Puas hati sebab seafood dia fresh dan besar-besar.. Makan lah seberapa banyak korang boleh makan, sebab dia akan sentiasa topup.. Nak tahu apa yang selalu dia topup?? Haaa, jawapan dia udang galah tuh!! Sebab dekat kami sahaja, berkilo-kilo ambik udang sahaja... Hahahahaha...




Tengok lah udang ni, bukan udang kecik biasa masuk dalam tomyam tuh! hahaha.. ni udang galah tau.. Besar-besar & FRESHHH.... Ya allah sedapp sangat udang nih!! berapa ekor dah kami telan, lupa dah!!... Sebab memang banyak sangat ambik udang ni.. HAHAHA...  Antara seafood lain, ada ketam, kerang, bamboo lala, etak laut, ikan-ikan, sotong bunga, dan sebagainyaaa jenis kerang siput.. Nanti tengok gambar lah.. Tak kenal.. Hahaha..









Okay, yang dekat atas ni adalah menu-menu buffet yang tersorok ! Hahaha.. ini yang iza cakap tadi.. Siapa yang tak nak bayar untuk buffet seafood, korang hanya boleh makan semua yang dalam tudung saji tu and semua lah yang terhidang KECUALI seafood yang iza tunjuk gambar udang besar-besar atas tue.. Rugi laa siapa ambik yang buffet biasa je, sebab seoul garden pun ada.. Hahaha.. Antara menu yang tertutup dalam tudung saji tu, Segala fishball/sosej yang mentah & goreng, daging & ayam mentah untuk grill, lauk lauk yang dah di masak, laksa/laksam, nasi - nasi, mee - mee, sayur - sayur, roti bakar, ABC, Ais Krim Kelapa, Keropok, even nak kerabu pun boleh buat sendiri... Dan macam-macam lagi makanan yang merujuk kepada Kelantan & Thailand... Tak terhabis nak makan..

Tapi sorry nak cakap siap-siap, kedai ni banyak lalat.. Errr.. Maybe sebab tu dia letak semua makanan dia yang terhidang tu ditutup dengan tudung saji.. Okay lah tu dia tutup semua, tapi bila nampak lalat banyaknya! jadi ragu ragu.. sampai kami tak ambik sangat pun makanan yang dia hidang tu, kami memang totally makan, makanan seafood buffet je.. Hehehe.. Sebab kalau nak ambik yang dia hidang siap tu, kena tengok nampak okay, boleh lah ambil.. Kalau nampak macam dah lama ke, macam tercemar, jangan lah ambik.. macam tu lah... Tapi so far lepas makan di kedai ni, perut tak ada masalah apa-apa... 






Tengok cara bakar dia, pakai arang beb! 100% arang original bawah tu... Old School sangat!  Kaw tahu apa masalah dia?.. BBQ depan mata..?? Panassss nauzubillah... Hahahaha... Kedai tak ada kipas pulak tue.. Sabar je lah yea.. So, tak nak panas.. kami asingkan tempat membakar ke meja lain..



Pinggan-pinggan & segala utensils dia letak setempat macam ni.. 
Semua Self Services ya..


Awwww.... Nampak sedapppp takk??.... 
SukaNyaaa tengok udang tuee, & sepinggan adik beradik kerang..

Kami makan untuk 4 orang dewasa :) Ni 1st round baru... 

Udang Grill, Udang Rebus.. dua dua yummehhh.. isi sangat fresh !!


Suami cakap ni etak laut! Besar wey, puas rasa etak dia... 
Huhuhuww...

Grill daging/ayam pun ada.. tapi iza ambil sikit je.. 
sebab lagi berkenan makan seafood je kat sini...






Ini lah adik ipar iza, amirah ! Suka betul dia membakar tu nampaknyaa.. Hahaha... Ni turn kami bakar-bakar.. lepas tu iza dah tak membakar dah.. suami yang rajin membakar.. panas weyy bara Arang tu.. tak boleh duduk lama depan tu.. Hahaha... Nampak tak??? udang sajaaaa... Hehehehe...



Harga Seafood Dewasa : RM 34.90 @ 269TB
Harga Seafood Kanak - Kanak : RM22.90 @ 169TB
(Seafood tu tak pasti Budak Besar maksud dia besar mana? Hahaha)


Harga yang atas warna merah tu, tu harga yang makan buffet tak ada seafood.. Masa sampai, korang cakap dengan dorang berapa RM hari ni?.. atau sleng klate sikit sebab sana cakap thailand klate.. Dorang masih boleh cakap bahasa okay, jangan risau.. 



Makan dan kenyang, nak sambung lepas solat pun boleh... 
Solat dulu... Surau dia sediakan..



Ni dia letak ketinggian untuk kanak-kanak, tak pasti ketinggian berapa baru dia kira, 
sebab masa tu bawak adik ipar umur 5 Tahun & anak buah 2 Tahun, FREE jee.. 


Kita orang masuk sini pukul 2.00pm macam tu (1.00pm) waktu thailand.. Selangkah je kaki dah masuk sempadan, maka korang akan berada satu jam di belakang dari waktu malaysia.. Hahaha... Kita orang balik pukul 5.00pm macam tu (4.00pm).. Woww lama tak? malu jugak masa tu tinggal kita jee.. tak balik balik, orang yang sampai sama-sama dah balik dah.. berjam-jam duduk situ makan sampai kenyang, relakss.. makan lagi.. hahaha... Waktu operasi kedai ni, 12.30pm (11.30am) waktu thailand sehingga 11.30pm (10.30pm).. So rancang perjalanan anda, better pergi siang sebab nanti ada masalah ape-ape nak cross border balik malaysia kalau malam susah pulak nanti kan?... 


So far kenyang makan kat sini, kenyang udang menari-nari dalam perut... Hahaha, puas hati sebab banyak giler seafood kita bedal tapi sorang RM35.00 je.. Kalah seoul garden! Hahaha.. tapi seoul garden sejuk beb! masak depan mata pun kaw relaks jee.. Ini, masak depan mata nak terbakar muka bara Arang kot.. Hehehe.. Korang sila bawa kipas kecik yang USB tu datang sini kalau nak makan, atau pilih meja dekat dengan jalan masuk tu, supaya dapat angin luar.. sejuk sikit nak membakar.. 


Happy Seafood di Golok !!... Kalau dah berjaya pergi, drop comment tau... Thank You !...




Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


5 comments:

Farhana Jafri said...

Perggghh murah sangat tu, seafood kemain besar memang puas sangat makan! Kalah Seoul Garden

emarieys said...

Kat sini lah nak pergi hari tu, tapi sebab sampai agak lewat kat sempadan..takut tak sempat nak masuk balik...huhuhu...sebab masuk tak bawa passport.

Radhia Razali said...

macam berbaloi makan di situ..semua seafood nampak fresh

Izanalia said...

Farhanna jafri : Cuma tempat ni kurang selesa sikit, seoul garden dalam aircond.. hihihi..

Emarieys : Owh!, tak pe sis boleh cuba pergi lagi.. Yeahh..

Radhia Razali : Sangat sangat berbaloi.. huhuhu...

Lynnnajib said...

g sda semalam.. Gila vavi best sgt.. Sma sprt yg d info.. Cuma panas la ckt.. Aiskrim kelapa mcm kat songkla beb.. Nak repeat bila2