Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Dec 21, 2017

[KOREA] ITINERARY di Seoul Musim Salji [1st Day]

Assalammualaikum and hai untuk semua yang mengikuti blog ni disebabkan posting budget korea yang lepas.. Sejujurnya iza tak sangka hampir 11 ribu ++ viewers posting tu.. Terima kasih banyak-banyak dan minta maaf sebab iza tak update any post after tu, atas faktor kekangan masa. Ok, so untuk posting kali ni iza nak cerita lah sedikit sebanyak jadual perjalanan kami di Seoul, Korea yang lalu. (Harap masih segar diingatan,ngee ngee)

Ramai yang private messages iza di FB ada juga direct di whatsapp bertanyakan tentang itinerary kami. Kalau dapat jual tu, mahu dapat tiket free return ke korea balik, kikiki... Tapi iza kasi FREE jee, korang email je dulu kat iza nanti iza reply email tu with full itinerary.
(EMAIL : izanalia@gmail.com)

Okay jom start with 1st day kami ke korea, perjalanan kami dari KLIA 2 dalam 6 Jam 30 Minit, and dalam dah sampai ke airport incheon tu nak ke hotel dalam nak maghrib jugak lah baru sampai. Kami ambil flight pagi dari KLIA 2 . Di bawah ni jadual perjalanan kami, asalnya jam 8.00am tapi Air Asia inform dia dah re-schedule jadual penerbangan kami di awal kan kepada 7.30am.



Muka Tak Tidur Tapi Excited Tak Sabar nak FLY

Suasana dalam Air Asia X, time ni kan masuk jee flight terus pengsan! 
Ye la semalaman tak tidur... Take off pun tak sedar wey! 
Sedar-sedar kul 9.30am cam tu kot? 2 jam dah flight terbang. Hahaha.. 


Okay, untuk entry kali ni, iza cerita itinerary first day dulu lah eh kami buat apa, so next posting kita cerita hari kedua and berikutnya pulak.. So tak ada lah korang juling mata nak baca panjang lebar kan.. Hehehe.. Ok kat bawah ni aktiviti kami pada hari pertama, tak banyak pun sebab sampai pun dah senja kat Hotel dah malam (Kul 6.00pm cam tu)


Itinerary DAY 1 @ Seoul,Korea

Welcome To Korea, sampai je mesti nampak TV nie..

Settled lalu imegresen dia chop passport masuk and ambil luggage 
muka happy sangat kan? Hahaha 


Kami estimate settled ambil luggage semua selesai dengan imegresen Korea tu dalam 3.30pm cam tu lah.. So misi pertama memang kena cari T-MONEY tu dulu lah... apa tu T-MONEY? Ni haaa t-money macam kat bawah ni.. kalau kita kat malaysia ni orang panggil kad rapid / touch and go haa gitu laa.. So kat korea ni, kebanyakan dorang macam cash-less semua touch touch je senang! Tak cukup duit, topup je.. Sama je kot kan macam kat KL ni..



Untuk beli kad ni kena ada 4,000 won dalam RM 15.20 duit kita (exc:3.80) So masa beli kad ni, dalam dia kosong.. so korang time beli tu topup terus lah berapa won nak ada kat dalam tu, cara nak bajet berapa nak letak, korang kena tengok berapa lama stay kat sana and perjalanan sana banyak tak pakai public transport? Kalau travel sendiri macam kami ni memang kena lah kan pakai public transport je... So, kami bila dah siap itinerary baru tahu lebih kurang berapa nak topup, so kami topup 30,000won = RM114 anggaran pengunaan kat sana..

Keluar je dari airport, terus merasa angin di bumi korea time tu.. Fuhh excited sangat sebab? Tak pernah rasa cuaca sejuk! Masa tu belum snow lagi, just angin sejuk dalam 10'c ada kot! Bercakap mulut keluar asap.. Hahaha itu yang paling excited.. Okay dah jom kita cari platform bas untuk ke Hotel macam yang kita dah plan kat itinerary.

Untuk ke Hotel kami di Seoul ni, kami decide untuk naik Bus Limousine Airport. Ada orang cakap macam mahal, nak jimat naik train dia.. Tapi bagi kami, kami nak mudah! Korang bayangkan.. sampai-sampai nak naik tren dengan bag luggage bapak besar and berat tu? Korang tak tahu nak naik tren kat korea ni kena daki tangga yang tinggi! Fuuhh kalau dapat hotel area subway dia kena transit-transit, lagi menangis kau nak angkut barang-barang tuh! Hahaha.. So jangan kedekut and nak jimat sangat, nanti menyusahkan diri lagi sedih!...  Kami naik bas #6015 bus ni akan turun kat depan hotel kami dalam perjalanan 1 Jam 30 Min macam tu, 15,000 won sehala naik bas ni dalam RM57 duit kita.. But okay lah, kau naik je bas tu relaks je kapten bas tu tolong simpankan bag, bagi sticker no bag korang, and korang just duduk kat dalam bas yang sangat selesa!

Suasana dalam bas! Seat superb selesa... 


Finally setelah dalam sejam setengah dalam bas nak ke bandar Seoul, kami pun sampai di bustop yang berdekatan dengan hotel kami. Alhamdulillah hotel kami sewa tu sangat mudah dengan pengangkutan awam, subway pun dekat sangat! Puas hati gila duduk situ.. Nak tahu cerita pasal hotel yang kami tinggal sepanjang di seoul? Boleh tengok post sebelum ni --> Star Hostel Myeondong 
Dalam maghrib jugak lah kami sampai ke bilik sebab ada insiden salah hotel! Hahaha... Sesat sekejap, dah lah kesejukan.. Tapi tak ada masalah apa, hati sangat gembira kan.. sesat pun senyum! Hahaha.. 


So, selesai urus diri kat bilik.. Solat semua.. Kami pun mulakan langkah perjalanan pertama kami di bandar seoul tu.. Kami decide seperti yang di rancang di itinerary, kami ke Myeondong Night Market. Hotel kami ke Myeondong 1 station je jarak.. Nak jalan kaki pun boleh sebenarnya! Tapi kami tak nak cari masalah kang sesat kan.. Buang masa je, so kami for the first time naik subway di korea ke station Myeondong dari Chungmuro.. Niat nak ke Myeondong night market ni, nak cuci cuci mata dulu, winter coat dia kat sini murah (Jangan percaya, murah lagi kat Namdemun) and try street food dia yang halal... 

Myeondong Street waktu malam meriah !







Antara street food yang iza cuba, harga boleh tahan jugak nih! Biasalahh tempat tumpuan pelancong, kira Myeondong ni kalau kat Malaysia dia macam Bukit Bintang lah.. So, kalau nak kata sekali-sekala tu boleh lah nak berhabis sini.. Myeondong ni kawasan jualan produk kosmetik yang banyak! Kiri kanan tengok kedai kosmetik jee.. Siapa nafsu tak kuat tu, haa pepaham lah.. hahaha.. 




Malam tu kami sempat lah minum-minum lepak kat CAT CAFE area kedai di Myeondong ni, alaa saje nak kenal-kenal dengan kucing korea ni.. Hahaha.. Tak payah kenal lah, sombong semua ni! Atau maybe dia tak tahu bahasa melayu kot. Hahaha.. Ni tak ada dalam itinerary lah, lupa dah macam mana nak pergi sini, tapi tak susah pun nak cari ni, memang sekitar Myeondong tu je..



Yeyy, before balik ke hotel kami posing dulu gambar BFF di Korea pada malam pertama di bumi Korea.. Tak sangka angan-angan jadi kenyataan nak pergi Korea gan BFF.. Hehehe.. Rindu sangat time ni!!


Tak sangka jugak dapat pergi sekali dengan suami.. So, hari pun dah malam.. Kita pun dah penat berjalan, kedai pun banyak dah nak tutup.. Kita pun kena pulang lah untuk berehat, esok perlukan tenaga yang banyak! Nak berjalan and terus berjalan.. Hahaha travel sendiri memang macam ni banyak kena guna kaki.. Time dok berdua dengan suami, ada lah merungut kat dia, cakap.. Bea bila nak ada salji ni? Tak ada pun salji? Sejuk jee?.. Hmm harap-harap esok ada salji dah.. :P Hahahaha.. time ni kita tak tengok pun ramalan cuaca pasal bila salji nak turun.. 

Balik tidur.... Keesokan paginya.... jeng jeng jeng... Allah seperti mendengar rungutan iza semalam tu, and allah terus tunaikan permintaan iza semalamnya sebelum tidur tu.. Hehehe syukur alhamdulillah pada hari kedua kami di korea................ 

Haaa.. bersambunggg yaaa kita cerita next posting hari kedua punya aktiviti ! SANGAT SANGAT excited sebab dapat jumpa nikmat allah yang lain... Nahh gambar untuk hint nak sembang apa next posting.. hehehehe..


Terima Kasih sudi membaca.... 



Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :


1 comment:

Unknown said...

assalam.. sis.. nak tya.. mcm mana kita nak tau mknn sana yg halal n x ye?