Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jan 30, 2017

[KOREA] - 5 Malam di Star Hostel Myeondong Family

 


Anyeonghaseyoo.... Upps, lupa daratan sudah!! Hahaha.... Assalammualaikum...... 

Iza buat post ni sebab dekat facebook hari tu dapat comment dari kawan-kawan FB yang nak tahu berapa kos untuk hotel ni? kat mana hotel ni? Tempah kat mana hotel ni?.. Iza rasa better share semua info ni kat blog ni and semua boleh baca..Maaf ye sebab iza tak reply comment korang kat FB hari tu lepas iza post gambar hotel ni.. Bukan ape, memang niat nak cerita kat blog ni je senang..

Okay, at first kita nak cari tempat penginapan mestilah dekat dengan station subway (LRT) kalau kat KL.. Kedua kita nak yang ade tempat masak/faciliti dapur kalau boleh terus ada dlm bilik, ketiga dekat dgn area shopping2 centre... ^_^

Pada awalnya, nak stay kat area Ehwa Univercity since area situ memang kawasan shopping centre cosmetics, street shop... Tapi, time tu guesthouse yang kami nak tu dah FULL plus kami pun tak serius sangat nak tempat tu memandangkan faciliti dapur dia semua tu kena share dengan guest lain... 

Lepas tu, bermulalah kami mencari melalui AGODA,Booking.com,Trivago and iza suka mencari kat AirBnB cumanya kalau nak book through AirBnB, kalau guest tu nak satu bilik je ok lah.. kalau dua bilik? Satu lagi bilik kena cari tempat lain.. Sebab Konsep AirBnB ni mcm mencari Homestay kalau kat malaysia ni.. 

 

Not bad sebab hampir 100 reviews yang baik2, then 8.5/10 Excellent !

Sampailah ada satu hari tu hasliya, dia search through AGODA jumpa lahh "Star Hostel Myeondong Family" first impression tengok hostel ni, teruja!! Sebab? Semua requirement yang kita cari ada kat situ... Dalam bilik ada faciliti dapur,peti ais,washing machine(walau tak guna) hahaha... Means faciliti dia kita tak share! Suka sgt.. then dapat tahu yang berjalan kaki hanya 1-2minit je nak ke station Subway Chungmuro Line 3/4 EXIT 1(with escalator) lagii lahh daebakk!! 


 


Time ni dok tarik tarik tali lagi.. Nak ke tak nak ke tak.. rate satu malam RM157 jenis bilik Double Studio.. Memandangkan budget kami seorang RM500 utk penginapan 5 malam.. So kami pun decide utk setuju je ambil hostel ni, sebab plus minus bila campur dgn Tax and service charges jadi seorang contribute RM475 macam tu.. Maybe bagi backpackers lain agak mahal, sebab kat korea korang boleh dpt lagi rate satu malam RM80/90 tapi tak dapat la se'selesa mcm kami ni.. hehehe... Total keseluruhan 2 bilik + 5 malam + Tax + Service Charge = RM 1,896.86

 

Ni gambar depan hostel yang SESAT tu !! Hahaha..

Korang jangan salah pilih Star Hostel tau, sebab dia ada banyak jugak cawangan! Ada satu tu namanya Star Hostel Myeongdong Ing ! Yang ni lain.. area situ jugak tapi tak silap dia station chungmuro EXIT 3/4 macam tu.. And faciliti dia tak sama yee.. Nama yang hampir sama tapi tempat yang berbeza fasiliti yang berbeza! Kitaorang masa mula-mula sampai pergi sesat jalan jauh ke Hostel ni la.. adehh.. nama sama tapi hostel yang berbeza! Jenuh tekan no password pintu tu, dah lah sejuk kat luar memang sampai kesudah tak boleh access.. Rupa2nya, salah hostel! Cehh.. rupa-rupanya hostel kita lagi dekatt jee dari tempat airport bas tu turun kan kita.. Cobaaann...

 

Ni kena key in code, baru boleh masuk bilik! 

Masa check-in, memang self service! 2 hari sebelum kita sampai korea, pihak hostel ada email iza and bagitahu nombor bilik and password, nanti check in je sendiri! Seriuss memang sendiri, tak ada makna nak minta kunci ke kad ke.. Cara masuk hostel ni memang kena tekan code yang dia dah bagi tu untuk access kita.. perghh hebat gilerr korea! Time ni berkenan sgt dgn cara masuk pakai kunci code ni.. hahaha.. Malaysia bila nak buat mcm ni.. :P Memula agak kalut nak tekan, sebab ade cara dia.. nak bukak pintu dari dalam pun ada cara taw! Salah tekan berbunyi pintu tuh.. hahaha.. Teknologii sungguh!.. 

 


 


 


 


Okay next, hostel ni tak sediakan tuala besar tau, dia hanya sediakan towel kecil je dalam 4 helai. Then periuk,cawan,pinggan,heater,hair dryer semua dia sediakan.. Yang best hostel ni, dia ada sistem floor warmer maknanya lantai tu kita boleh adjust untuk panaskan/suamkan supaya bilik x sejuk sangat time winter.. not bad! Memang selesa.. Aircond pun ade hostel ni, utk kegunaan time summer. Tv dia ada macam android box tu so kami access youtube je duk bilik tu.. yelah tak faham kalau bukak channel dia.. hehehe.. Wifi memang lajuu and setiap satu bilik ada satu modem wifi ! Best tak?.. hehehe.. Nak microwave,ada sedia kat tingkat 3, yang ni kena share lah.. 


 
Ni lah, bangunan Hostel kami... 

Kalau korang nak datang sini, naik airport bus no 6015 turun dekat bustop Hotel PJ/Chungmuro around 1Jam dari Incheon Airport. Kalau naik subway, pandai-pandai lah cari jalan nak ke Line 3/4 turun ke Chungmuro and EXIT 1 terus jalan 1-2minit dari EXIT 1 tu sampai hostel.. Bertuah sangat stay subway chungmuro, sebab dia ada 2 LINE transfer yang memudahkan perjalanan kita.. alaa kalau kat KL ni kira chungmuro ni macam station Hang Tuah boleh pilih lane Monorail/LRT gitueww... then station bus nak ke Namsan Tower pun depan sini je.. Then Namsangol Hanok Village, tempat tumpuan pelancong ni, belakang hostel kami je.. jalan kaki 5 minit je.. Syok giler! Hahaha... 

Area hostel ni ada 7Eleven, starbuck, Daehan Cinema,Burger King, Popeyes, Sulbing Korean Dessert pun area hostel ni.. best giloss, and nak ke myeondong (syurga shopping cosmetics) hanya 1 station je dari chungmuro.. Nak naik bas pun boleh, sekejap je sampai dah... :) So, kalau iza sampai ke Seoul lagi.. maybe akan menginap lagi disini for sure! Sebab sangat selesa and so valued of money.. 

Kalau ada ape-ape persoalan atau kemusykilan nak bertanya personally, boleh direct tanya iza ye di FB : Iza Nalia atau di Whatsapp.. Terima Kasih sudi membaca... jumpa lagi next entry ;)


 
My Husben before check-out kita ambil kenangan nombor bilik kita..




Sesiapa yang takut tak ada nak guide travel ke korea sendiri?.. Boleh cuba beli NARACARDS nie okay??.. Insyallah tak sesat, follow je kad-kad dia.. Yeyy sekarang lebih mudah nak travel ke Korea !!!... :)




Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 



JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :

2 comments:

Miss Kiwi said...

Salam kak. Bile tnye toiley die ok? Ade paip?

norhidayah nordin said...

Tq. Sgt membantu.