Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Sep 26, 2018

Kami Ke Melbourne Day 1


Tahun ni banyak sangat rasa travel keluar negara... Sampai kawan-kawan FB, family and yang mengenali semua macam.. "Haa nak pergi mana pulak kali ni?" Hahahaha.... Terlalu singkat timing nak pergi ke vacation seterusnya ni, sampai entry percutiaan di Lombok hari tu pun tak settled lagi... Jangan cakap Lombok, Sapporo pun tak share lagi entry! HAHAHAHA... Sabar jer lah... Mesti korang yang dah minta itinerary Sapporo tertunggu-tunggu kan cerita iza.. Maaf ya, nanti iza ada masa iza share entry sapporo... Entry Korea pun, setahun baru siap tau.. ape ade hal.. korang follow je lah blog iza ni, cepat atau lambat je nak buat entry.. bergantung kepada tahap kerajinan.. Hehehehe....




Untuk tahun 2018 ni, mungkin trip ke negara victoria ni adalah trip last iza bercuti keluar negara.. kenapa yakin sangat?.. ye laa dalam list booking details dekat air asia, so far tak ada beli tiket ke mana-mana lagi.. untuk tahun depan pun tak ada lagi.. Melainkan ada yang nak kita bawa berjalan bersama di Korea/Sapporo nanti.. Hehehe.. atau ada yang nak sponser kami laki bini.. uppsss... Start Feb hari tu iza ke Sapporo Jepun dengan myAbe, then March kami sekeluarga ke Padang, Indonesia.. Selang lepas puasa dan Hari Raya.. Julai kami ada couple trip ke Lombok, Indonesia and final trip untuk tahun ni iza and buddies ke Melbourne, Australia pada September awal Spring penghujung Winter.. Alhamdulillah Allah atas rezeki iza dan perlindungan yang kau beri....



Yes! Trip ke Melbourne ni adalah buddies trip!! Alaa senang citer ni trip geng korea dulu.. Hahahaha.... Geng ni kali ni ke Melbourne tau, wuuuu.... Kemain sangat!.. Bila orang dengar pasal Melbourne, mesti orang cakap banyaknya duit ! Mesti orang fikir mahal negara tu berapa ribu lah habis... blaa blaa blaa... kann... Tapi dorang tak tahu betapa struggle Nya kami cari duit tau untuk jadikan trip ni satu kenyataan.. Hahaha.. Alaa, sebenarnyaa tak susah pun nak travel ni, bayaran semua secara berperingkat.. bukan sedebuk terus!.. Contoh beli flight dulu, then 3 bulan sebelum nak pergi book tempat menginap atau kalau tak ada duit lagi.. sebulan nak pergi baru book pun boleh.. then bayar utk add-ons kalau yang naik Air Asia tu.. kan berperingkat kan?.. Tak ada lah rasa sangat.. huhuhu... cuma kena yakin jer, and berani booking awal...





Rate kami semasa travel ni, dalam AUD1 = MYR 3.00 murah time ni ! Bersyukur sangat... Last minute tukar duit, esok nak fly hari ni tukar.. Hahaha Busy sangat!.. Alhamdullilah rate murah... Tengok lah gambar atas tu, duit malaysia bukan main tebal lagi.. lepas dah tukar, nipis jer.. Grrrr, sama macam pergi Sapporo! Hahaha, kalau nak duit lagi tebal, kena tukar duit indon.. dapat juta-juta.. Hahaha... Lepas kami dah tukar duit kan, Maybank dekat Mid Valley tu terus NaN maksudnya dah habis duit Australian Dollar.. Tak pernah pun tukar dekat sini, biasanya kami tukar dekat Mid Valley yang Center Court dekat LG tu, tapi time ni Maybank punya rate paling murah! So, sebab dia sama level dengan money changer lain, kami dapat tengok dulu.. Kami compare, then tukar lah dekat Maybank ni... Alhamdulillah rezeki...


Flight kami ke Melbourne, Tullamarine Airport pukul 10.10 am depart... Tapi biasa lah kalau urusan flight ni, kena awal perginya.. takut ada benda yang tak dijangka kan.. Kami decide ke KLIA2 naik Jet Bas dari TBS pukul 6.30am... Hasliya dah belikan siap siap tiket bas dari TBS ke KLIA 2.. Nak dijadikan cerita pagi tu, iza and husband dari rumah kami di Bukit Jalil nak ke TBS.. nak panggil grab pukul 5.30am... Sekali, grab nyer tak ada! Jenuh tau menunggu.. risau pun ada sebab 6.30am bas dah gerak dah.. ni pukul 6.00am still tak ada lagi grab! Selalu pergi airport pukul 3/4 pagi banyak plak grab!... pukul 6.10am camtu baru dapat grab! Aduh bersyukur sangat... time tu kalut suruh driver tu speed sikit.. Hahaha.. Shasha orang pertama dah sampai TBS... Sampai ngam-ngam pukul 6.30am... Rupanyaa, hasliya pun lambat jugak!.. Hahaha.. memasing kelam kabut... Nasib baik lah bas tu delay 6.45am cam tu baru sampai and gerak!..



Alhamdulillah sampai airport KLIA2 dengan selamat and pergi check in luggage dengan senang hati... Hehehe... berdebar-debar time check in tu takut ada masalah VISA ke tiba tiba kan.. Kami dah apply VISA 2 bulan sebelum fly, berani mati kan beli tiket flight dulu baru beli VISA?.. Alhamdulillah semua dipermudahkan.. visa tak ada apa apa masalah sehari je dah lulus, buat dengan travel agent CAT TRAVEL Kak Siti namanya, siapa nak contact number dia, boleh tanya iza.. tapi cost dalam RM30 yer, siapa yang jumpa cost RM20 jumpa yang lagi murah, dipersilakan berurusan dengan orang lain... Jaga-jaga dengan scammer atau agent uruskan VISA yang FAKE ...



Pukul 9.30 macam tu baru boarding masuk flight... then bermula lah perjalanan kami hampir 8 Jam dalam flight! Kematu aihh... dah lah flight siang.. huhu.. Bangun tidur, bangun tidur... tak sampai sampai lagi... Hahaha lebih kurang sama jauh pergi korea/sapporo.... Dalam flight tu, pramugari kasi declaration form untuk diisi setiap sorang, make sure kena jujur time tulis tu! Kalauu bawak apa apa yang kena declare, sila tick yes... Jangan tipu nanti kantoi kena denda !!..







Pukul 7.50pm waktu melbourne kami selamat mendarat... happynyaa dah sampai melbourne! Tapi berdebar-debar sebab tak lepas lagi immegresen australia yang ramai dok cakap strict and menakutkan tue.... Time nak hadap immigresen ni, kena bersama kumpulan tau.. Misal kata pergi berEmpat, so empat-empat ni kena ada sekali di kaunter... Jangan 2 org pergi toilet sorang beratur belakang lagi 1 lagi yang kat kaunter.. huhu No No No okay... datang bersama... kena declare dekat pegawai immigresen tu sama sama jugak... Baru dia yakin dengan kita.. Lancar je perjalanan kami melalui immi dia, siap ketawa ketawa sebab dia tak reti sebut nama kami.. Hahahaha.. sporting habis lah pegawai tu, nasib baik!! Kurang sikit rasa berdebar tue... Settled scan masuk passport kami, ada lagi 1 saluran kena tempuh.. iaitu Kastam!... ni berdebar jugak.. Kot kena punggah beg ke kan.. Tapi kami memang dah decide untuk tak bawa apa apa makanan dari Malaysia, sebab kami nak elak dari kena masuk laluan declaration. Kalau boleh nak cepat smooth je terus keluar... Lagi  lagi dengar orang cakap ada anjing lah duduk dekat line declaration tu, uishh scarynya! Tapi masa kami sampai.. Tak nampak pun anjing, atau maybe laluan kami ni tak ada anjing.. Yang ada anjing tu belah yang kena declare tu?... Cam tu lah kot?!... Atau anjing ni flight sampai pagi jer? Entah!.. Huhu..



Nak tahu satu cerita, member kami sorang ni si shasha ada tick yes dalam salah satu question di borang declaration tu? Maigad.... Kami terpaksa lalu di declaration lane, tapi nasib baik tak ramai... and nasib baik lepas bagitahu benda yang di declare tu.. dia terus suruh kita keluar.. Hahaha.. tahu dia declare apa?.. Strepsils gula gula sakit tekak tu.. Hahaha.. punya lah dia risau, sampai begitu jujur dia bagitahu kat kastam tu yer.... Hahahaha... Comel betul !..





Alhamdulillah, happy giler sebab semuanya smooth and kami bebas dari semua lane.. Kami boleh masuk melbourne! Yeayy.... Hahaha.... 1st benda kami cari lepas dah keluar dari balai ketibaan tu.. adalah simcard optus!.. Keluar dari balai ketibaan tu, kedai simcard tu belah kanan... Dapat lah beli $10 untuk 5 Hari 5 Gb.. Beli sorang satu.. internet penting hokay! Selain kena inform family... story IG kena keep update.. Hahaha...





.::Nak deal whatsapp dari Malaysia, nak save no dia kena letak (+61) buang zero::.


Okay, settled simcard next kami nak ke airBnb kami di La Trobe Tower !... Macam mana? Asalnya nak naik Skybus, tapi cost dia mahal kalau pergi berempat, better naik uber atau taxi !..Nak naik uber, kena ada credit card!!.. So tak boleh lah nak naik Uber, sebab my credit card pun ada problem time tu! Tak boleh guna.. Time kami nak tanya cost Taxi berapa, ada lah seorang mamat Pakistan ni dia Permanent Resident dah di Melbourne, nama dia Syed! Dia pemandu UBER BLACK and ada jugak servis uber biasa... Kami tanya dia berapa biasa cost taxi ke La Trobe Street? Dia bagitahu nak ke sana ke? Dia boleh hantar, dalam $75 sehala. Kami pun macam eh? ye ke boleh hantar.. risau jugak kalau dia ni tipu ke apa kan.. Sebenarnya dia ni memang Uber, tengah tunggu orang call so dia menunggu... Tiba-tiba terjumpa kami pulak, so rezeki kami lah boleh naik uber pakai cash! Fehh kemain tau dapat naik kereta mewah uber black okay... Hehehe... Naik uber best sebab direct akan hantar ke depan apartment, kalau naik bas banyak tapak kena lalui... Kalau pergi group better naik uber lah atau any private car. Kalau pergi sorang-sorang atau berdua, better jimat naik skybus yer..














Yeayy sampai apartment AirBnb kami terletak di La Trobe Street iaitu di La Trobe Tower, mewahnya rasa duduk sini, moden sangat tempatnya memang selesa sangat. Kami pilih yang ada dua bilik dan ada dapur, senang lah memandangkan trip ni suami iza ikut sekali kan.. Jadinya, kena ambil 2 bilik, siap ada dapur ala-ala ikea.. Hehehe, ruang tamu, ruang makan.. memang selesa!.. Alhamdulillah, perjalanan nak ke Tram pun dekat sangat, dalam 3 minit jer berjalan, nak ke Victoria Market dalam 5 minit jer.. Sangat dekat!.. Harga kami bayar untuk AirBnb ni seorang dalam RM555 untuk 5 malam, kiranya RM2,218 macam tu untuk 5 malam, so far puas hati... Kalau nak lagi murah, kena book lagi awal tau, kawasan ni memang cepat habis AirBnb sebab tengah bandar kan, ni kira murah lah ni untuk kami berEmpat... 












Lepas dah Self Check-in, letak barang semua renggang-renggang badan... Then kami keluar ke pasaraya Coles yang terletak dekat je dengan apartment kami dalam 3 minit jalan kaki jugak! Weehuu memang best tau pasaraya ni, kami beli grocery untuk masak-masak and makan-makan di apartment and di sepanjang kami di Melbourne ni, ye lah mana tak nya kami kan langsung tak bawa apa-apa makanan dari Malaysia, jadi kami beli lah apa yang rasa berbaloi... Korang kalau nak shopping, boleh lah dekat coles ni memang best barangan dia, even maggi malaysia,indonesia pun ada jual tak kat sini.. Jangan convert yer! please jangan convert! hahaha.. ada yang kalau convert rasa murah sangat tapi ada yang kalau convert, kena tutup mata tau! hahaha...






Balik dari pasaraya coles, sempat kami singgah di 7Eleven, nak beli kad myki, kalau kat malaysia macam Touch N Go tu, sebab nak pakai untuk naik train nanti/tram yang kawasan tak Free, harga kad tu $6 then kami topup $10 jer, tak guna sangat okay! Pakai sehari je time Day 5, tunggu aktiviti hari tu.. Hehehe.. Then hari dah malam, kami masak kentang goreng and makan makanan yang kami beli di pasaraya tu, dekat Melbourne ni kedai cepat tutup.. Pukul 9 malam pun dah tak ada, kami dah penat seharian di atas flight kan, malas nak cari makan lain di kedai-kedai.. hari pun dah nak jam 12 malam, so decide masak je kat apartment and makan... Kena tidur awal, standby untuk tour kami esok pagi-pagi.. Nak tahu kami ke mana? and pakai tour apa sepanjang berada di Melbourne? nantikan next entry....



For now, thank you for reading.....






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 


*** Read more about our Melbourne Trip :
DAY 2 : Kami Ke Melbourne Day 2
DAY 3 : Kami Ke Melbourne Day 3
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 4
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 5



Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin,

2 comments:

agen visa australia said...

Thank you for sharing and nice posting!

Mellisa said...

Jarang tengok orang Malaysia melancong ke Australia tak bawa brg makanan, sng tk perlu declare, beli je dkt sana. Sekarang mudah untuk buat visa secara online dengan harga RM20, plg cpt dlm 15 saat plg lama dalam 24 jam atau lebih.