Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Sep 28, 2018

Kami Ke Melbourne Day 2 [Mt.Buller Tour]


Yeyy excitednyer sebab trip untuk hari kedua ni, kami akan pergi berjumpa dengan salji !!! Weeee.... siapa tak kenal, iza kan suka snow!! Hehehe... Kami ke Melbourne sebenarnya dah habis winter, dan baru nak start spring.. Tapi masih ada rezeki untuk kami merasa musim sejuk di bumi victoria dan masih ada rezeki dapat merasa salji lagi tahun nih !!! Yeyy, last time tahun yang sama Feb hari tu main salji di Sapporo kan? Tebal sangat salji sana and kat bandar turun hotel pun dah jumpa, aiyooo puas sangat main salji di Sapporo.. Rezeki pula, tahun ni bulan Sept dapat main salji lagi kali ni di pergunungan Melbourne.. Bukan di bandar ya, bandar hanya merasa suhu sejuk sahaja tetapi tak ada salji akan turun and anda tak akan jumpa salji di bandar even sedang musim winter! Kena pergi ke pergunungan baru jumpa...





So! Kami memilih Mt.Buller sebagai tempat untuk kami kunjungi sebab nak main salji.... Untuk ke sini, kami dah study dah sama ada nak drive sendiri, atau nak ambik private tour atau nak ambil pakej tour campur dengan orang lain... Sorry dear, melbourne tak ada pengangkutan awam macam subway ke, train keluar bandar sampai ke Mt.Buller ni... macam kita pergi sendiri di Korea, Sapporo tu kan?... Tak ada.. mereka hanya ada di bandar je Tram, Train etc.... nak ke tempat jauh dari bandar ni, ramai syorkan drive sendiri ambik kereta sewa etc.... Tapi, kami ada alasan kami sendiri kenapa kami tak nak drive sendiri dan tak ambil kereta sewa. Ramai yang pergi Australia, mesti akan ambil kereta sewa, sebab rasa bebas nak ke mana-mana and public transport australia ni tak meluas. Tapi memandangkan kami ni tinggal di tengah bandar Melbourne, agak tak sesuai untuk sewa kereta, plus kami nak enjoy the trip kasi fair pada semua rehat and layan permandangan... So, its up to you all samada nak sewa kereta atau nak join tour.





Kalau dilihat pada peta Melbourne, Mt Buller ni memang agak jauh dari bandar Melbourne, ada 2 tempat yang kami decide nak pergi and tempat tu jauh ! Kena ambil masa sehari dari pagi sampai malam untuk settled kan trip tu... So, kami dari Malaysia lagi, dah decide nak ambil pakej tour ni.. Extragreen Holidays & Tour .




Actually, kami dah research banyak tour.. and percayalah kebanyakanNya sangat mahal and kalau korang mampu, boleh lah ambil pakej tour tu... Ada orang akan rasa nak ada private tour, ada yang tak kesah nak join public tour ada yang nak drive sendiri lebih adventure.. Kami hanya ada masa 6 Hari di Melbourne dan hanya ada 4 hari sahaja aktiviti boleh dipenuhkan. So, kami pulak trip bajet, kami decide ambil Extragreen and join tour mereka dengan harga yang jauh berbeza murahnya dari tour lain.. Cuma bezanya, kami ni kena ikut tour naik bas, then ada timing schedule tak bebas lah.. Bagi kami, tak pe lah janji dah sampai tempat dituju dah okay dah !!! Jimat banyak tau ambil pakej tour ni..




So, I guess this is Diva Traveler? Hahaha sebab pakai tour? Eh! Tak jugak eh, kami pakai tour untuk 3 trip je, sebab? sangat menjimatkan.. Hahaha.. yang selain ikut trip ni kami survive sendiri jugak.. Tour ni owner china yang menetap di Melbourne, ada tour untuk english dan ada tour untuk chinese language. Time korang nak booking tu, jangan salah book language yer. Hehehe... Dia ada branch di Malaysia, tapi di Sabah...  Yang deal dengan company ni, my bFF Hasliya.. Dia yang tolong deal, since dia pandai cakap cina.. Senang lah dia nak deal, dia call and email staff di Sabah tu untuk book kan.. Kalau nak book sendiri di website dia pun boleh, tapi lagi murah kalau book dengan staff dia and boleh dapat free untuk certain package... Kalau dah ada di Melbourne, nak walk in ke Office dia pun boleh lagi senang, sebab mereka memang nak duit AUD sahaja. Kes kami, bayaran yang kami buat sangat dipermudahkan sebab iza ada kawan yang bantu untuk pakaikan account AUD dia untuk bayar kepada tour tu, then iza bayar MYR lah pada kawan tu.. Hehehe, last minute juga minta tolong dia! Sebab baru teringat nak tanya dia.. Hahaha, kalau tak korang boleh cuba buat pembayaran foreign currency transfer di Maybank2u atau Western Union etc...


Tour yang kami ambil dengan Extragreen Holidays & Tour  :
DAY 2 : Mt.Buller $78 seorang sekali dengan Chair Lift unlimited ride (+$16, sewa 1 toboggan)
DAY 3 : Great Ocean Road (GOR) $45 seorang
DAY 4 : Philips Island $62 seorang (Dapat diskaun sebab ambil package sekali dengan GOR)

Total semua dalam $756 untuk 4 orang kita bahagi 4 seorang hanya $189 = RM567 sahaja !! Kami tak ada apa-apa caj rate/interest card sebab deposit AUD to AUD.. 


Mana nak dapat pakej harga ni untuk 3 destinasi?.. Kami jumpa tour lain, pergi 1 trip sahaja seorang dah $100-150 tengok destinasi.. Huu.. Rezeki lah jumpa yang ni, tak kisah lah by bus pun, kami semua okay je and tak ada masalah dengan trip macam ni... Fun jer... Siapa rasa nak private and mampu bayar lebih, boleh je nak pakai tour lain...









Hari Kedua ni, seawal jam 5.45am sepatutnya dah kena ada di kedai Extragreen tu, sebab tempat berkumpul di situ.. Kami malam tu tidur lewat, ye lah before tidur kami masak untuk dibawa bekal lunch di Mt.Buller... perghh gigih sungguh kan? Hahaha... Masak Spaghetti Bolognese bodo-bodo jer.. Hahaha.. Asal kenyang perut, esoknya.. Sebab kat Mt.Buller tu tempat makan dia agak pricy jugak, ye lah pergunungan kan... Restoran tak halal, sebab biasalah dia served beer.. Jadinya, kami kelam kabut pagi tu sebab dalam 5.30am baru nak turun apartment! What?.. Hahaha... kelam kabut jalan laju nak ke tempat berkumpul tu, dah lah time tu lift buat hal pulak tetibe pepagi tu! Tak boleh scan untuk turun ke G... Aishhh... Stress, cepat cepat kami pakai tangga! Nasib tingkat 7 jer!.. Kedai Extragreen tu tak jauh sangat dari apartment kami, jalan kaki dalam 10minit. Nasib baik Bas dia macam delay pagi tu, jam 6 pagi macam tu baru kami naik bas.. So just nice lah.. Hehehe...




Perjalanan mengambil masa dalam 4 Jam jugak tau nak ke Mt.Buller!! Fehh pergi Cameron dari KL pun tak sejauh tu kot.. hihihi... Ni 4 Jam perjalanan, and kami memang balik hari!.. 4 Jam perjalanan ni, korang boleh lah rehat sambung tidur yer.. Tu yang best ambik tour, kami berempat rehat and fair to each others. Time enjoy sama sama enjoy.. gituu... Serius iza cakap, sepanjang jalan iza tidur and tersedar bila jalan dah bengkang-bengkok! Excited dah nampak salji kiri kanan, weeehuu... scary wey jalan dia !! nampak gaung tu.. perghh.. Siapa berani drive sendiri kesini time salji jalan licin, memang salute la.. Hebat !!.. 














Cuaca kurang baik semasa hari kami ke Mt.Buller ni.. Ermm, hujan sepanjang hari di pergunungan ni... Sadisnya, sebab apa tau.. Sebab tak nampak lah view berada di pergunungan... Gambar berkabus and tak nampak background... Winter Jacket pun basah sebab redah je dalam hujan, berharap hujan salji.. Ehh hujan air yang turun... Hahaha.. Lagi bertambah-tambah sejukk tauu... Tapi tak boleh kalah Sapporo lah! Hihihi.. Kami main toboggan ni kawasan kanak-kanak sebabnya kami bukan nak main sangat pun, asal nak bergambar je.. Hihihi.. Lawak jugak main benda ni, lajuu kalau dari atas.. Siapa rasa nak main, boleh sewa time datang.. Kalau dah plan nak sewa berapa, better sewa siap-siap dengan Extragreen, at least dapat murah sikit !.. Macam kami, ambil 1 sahaja sebab dah agak bukan nak main sangat.. lebih kepada bergambar je! And guess what? Nasib baik ambik 1 jer, sebab time tu hujan kan.. Lagi tak ada feel nak main.. Nak kene usung toboggan tu.. Hahaha... Siapa nak main Ski pun boleh kat sini, tapi iza and myAbe dah pernah main dekat Sapporo, and time tu dah ada pengalaman.. Sampai Melbourne ni memang dah plan tak nak bazir main lagi sebab dah cuba kan.. Huhuhu.. Lagipun time hujan, tak nampak orang main sangat sebab kabus tebal kot... Orang cakap, nak ke sini jangan time weekend, sebab jalan padat nanti.. Alhamdulillah kami pergi hari weekday and memang tak ramai orang langsung enjoy jee semua...







Lepas kami puas bergambar and main toboggan, kami kena return dah toboggan tu di area Ski Hire, sebab kami nak pergi kawasan Sightseeing Lift, naik chairlift yang unlimited dengan bayaran $10 je dalam pakej Extragreen tu... Naik Chair Lift ni tak boleh bawa toboggan ni, so kena return lah... And nak ke kawasan Chair Lift ni, kena naik shuttle bas dia.. korang naik tu, cakap lah dengan driver bas tu nak ke Sightseen Chair Lift, nanti dah sampai dia bagitahu lah.. Ni pengalaman kami, sebab dalam bas ada kami-kami jer.. Hahaha... Tak tahu nak cakap direction mana, sebab time tu jalan pun berkabus, so tak tengok pun sign.. Tak jauh perjalanan dari kawasan main toboggan tu.. naik bas tu dalam 5 minit jer.. Hahaha...





















Sampai kawasan Chair lift ni, tanya member member betul ke ni tempat dia? Kenapa macam mati jer? Hahaha.. ye lah sebab sunyi and tak ada orang!! Hahaha.. sebab tak ramai orang kan, then hujan pulak.. tak ramai pun naik chair lift ni.. kami jer naik sebab ye lah dah bayar kan unlimited pulak! Naik lah.. syok woo, tinggi jugak kaki terjuntai haa macam tu dalam 10-15 minit ada kot.. Hahaha... Duduk atas tu, kaki terjuntai, selesa je duduk berempat memang khas untuk berempat.. Then jakun lah ambik gambar atas tu.. bawah tu kawasan orang main Ski, kalau hari tak hujan and tak berkabus.. Boleh nampak orang main Ski.. Tak ada rezeki... Sampai ke puncak, dah rasa selesa duduk, eh tak nak bangun wey! Hahaha.. So, kami sebab kesejukan sangat tak turun pun ke puncak tu.. Sebab sangat berkabus and tak ada view pun nak tengok.. Sadisss sangat... huu.. So kami patah lah balik naik chair lift tu tanpa turun.. Hahaha... Iza suka sejuk, memang selamber je tak pakai gloves, sebab nak kasi tangan ni biasa dengan sejuk! Pakai glove leceh lah... huhu.. Siapa tak tahan jangan tiru aksi ini ya, nanti tangan sakit macam semut semut tu...









Kami dah puas bergambar, main salji... naik semula shuttle bas untuk ke tempat public area yang tadi hantar toboggan tu, kami lunch di Plaza Public Area.. Boleh je bawa makanan luar, nampak jugak ada orang bawa makanan luar.. sebab situ memang public area, siapa nak makan restoran ada kat atas.. toilet semua ada sini.. So, kami lunch lah spaghetti yang kami masak malam tadi.. Alhamdulillah sebab lapar kan, sedappp ajer lahh.. Hahaha...







Selesai berehat, main salji lagi sampai jam 3.00pm, kami berkumpul semula di tempat bas tour kami drop kami tu... Ready 4 Jam perjalanan untuk pulang ke Melbourne City.. Weee... seronok lah sebab tahun ni dapat jumpa 2 kali Salji, satu di Sapporo and satu di Melbourne...  Alhamdulillah... Even Melbourne ni kena naik gunung, kat bandar tak ada.. Tapi okay lah, still dalam suhu sejuk.. Hehehe...





Sampai Melbourne City pukul 7.30 malam macam tu, and kami lapar nasi !! Hahaha... Decide makan Indonesian Cuisine dekat area sini, namanya Blok M... Rata rata cakap kedai ni famous! Semua yang ke Melbourne mesti cakap pasal Blok M ni.. makanan indonesia!.. Kami pun before balik ke apartment, cari makan siap siap lah.. balik nanti berehat dah untuk prepare diri ke trip tour esoknya!...  Not bad lah Ayam Berlado yang Iza order! Kena dengan tekak and sedap.. $13 wey.. jangan convert please!.. Hahaha..






Settled makan, kami pulang ke Apartment.. Alhamdulillah... selesai dah aktiviti hari kedua kami ni Melbourne.. So happy sebab semua dipermudahkan and lancar!.. Untuk sesiapa yang nak main salji bila sampai Melbourne, actually ada kawasan lain yang dekat sikit seperti Lake Mountain, Mt Baw Baw... tapi difaham kan, kalau dah habis winter time, rugi pergi sini sebab salji tak setebal di Mt Buller... Macam kami kan sampai dah habis winter and masuk spring, so tak nak kecewa kami terus plan ke Mt Buller....


Good Night Melbourne!.. See you tomorrow.. Long Journey to go tomorrow yeahh... 

Nantikan tour kami seharian ke Great Ocean Road...... Yang ni subhanallah cantik sangat !!...



.:: Actually, lepas balik apartment ada keluar balik lepaking dengan kawan baru di Melbourne, tapi malas nak cerita dalam entry ni, sebab kami pergi kopi kopi and ambil angin malam jer.. Hahaha, cukup sekadar simpan gambar di sini sebagai kenangan, membelakangkan Flinder Station.. ::.



For now, thank you for reading.....





Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 


*** Read more about our Melbourne Trip :
DAY 1 : Kami Ke Melbourne Day 1
DAY 3 : Kami Ke Melbourne Day 3
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 4
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 5




Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin,

1 comment:

Unknown said...

Salam. Nk tanya, kad myki tu xboleh refund kan?