Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Feb 12, 2019

Seronoknya buat facial di Skin Valet Bangi !


Haa.. hai korang!.. Entry kali ni iza nak share tentang baru-baru ni iza ada pergi buat rawatan muka di Spa yang terletak di bandar baru bangi, iaitu Skin Valet !.. Ni bukan pertama kali iza pergi buat facial muka di spa-spa, sebelum ni pernah juga pergi di tempat lain, tapi tak tahu kenapa di Skin Valet Bangi ni rawatan dia dan cara penyampaianya mengenai rawatan yang kita ambil ni jelas. Selain itu, mereka juga ada bercerita tentang tips penjagaan kulit muka dan fungsi setiap apa rawatan yang mereka apply pada kulit kita. Seronok lah kan, tak ada lah kita ni tadah je muka kita, tapi tak tahu apa yang mereka tengah buat.


So, iza nak share sedikit apa proses yang iza lalui sepanjang buat rawatan muka di Skin Valet Bangi tempoh lalu. First of all, untuk korang plan nak buat rawatan di sini, korang kena set appointment dulu dengan doctor/beauty consultant mereka. Lebih-lebih lagi kalau plan untuk pergi pada hari Sabtu/Ahad, lagi lah korang kena buat temujanji sekurang-kurangnya seminggu awal. Iza hari tu pergi sini hari Ahad, Alhamdulillah nasib baik ada slot untuk iza pada hari ahad, sebab kebanyakannya memang penuh selalu!





Sampai je iza di Spa ni, reception akan tanya sama ada kita ada buat temujanji atau belum. Jika sudah, dia akan memberi kita 1 form untuk di isi, details tentang kulit kita yang kita tahu kot ada allergic, then dia tanya pengunaan skincare kita apa dan sebagainya. Form ni mereka akan simpan untuk rujukan akan datang, dan sebagai rujukan untuk mereka tengok tahap kesihatan kulit kita. Selesai je isi maklumat dalam form tu, kita akan dipanggil untuk berjumpa dengan doctor/beauty consultant bagi membuat proses skin analysis, korang kalau datang tak payah pakai makeup tau, bazir nanti kena lap. Part check kulit muka dan consultation ni yang best! Bayangkan selama ni tengok muka depan cermin, helok je kan.. Haa sekali dia scan, hambikkk malu nak mengaku itu kulit muka sendiri. Hahahaha.. Jangan ingat kulit muka yang bersih putih tu tak ada masalah ya.. Dari mata kasar nampak cantik, tapi hakikatnya mungkin pori besar, pigmentasi banyak, white/black head beranak pinak.. Hahahaha… benda ni akan effect pada kita bila usia kita makin meningkat.



 






So, hasil dari analisis scan kulit muka iza dengan beauty consultant ni, dia cakap kulit iza kategori kering dan pori-pori terbuka besar di area dahi. Fuhh masa tengok 3D pori-pori tu memang jelas besar dia terbuka.. Itu nasib baik iza bukan jenis kaki make up, cuba bayangkan yang kaki make up? Then tengah pori tu membesar? Tak cuci muka betul-betul pulak? Dah tersumbat kulit muka, itu yang menyebabkan jerawat naik dengan jayanya.. Semasa sesi consultant ni, dia ada bagitahu bahawa pengunaan sunblock tu sangat penting pada kulit muka, tak kisah lah kita duduk dalam office dan tak jumpa matahari sekali pun, tetapi sunblock memang sangat penting! Rugi buat treatment mahal-mahal, rugi jaga kulit muka hari-hari tapi bila keluar rumah tak pakai sunblock! Kita kena jaga kulit muka kita dari sentiasa terdedah dengan sinaran UV, dan sinaran UV ni bukan sahaja sinaran yang terhasil dari matahari, ia juga sinaran dari lampu-lampu yang kita duduk dekat office/bilik tu.. Haa sinaran itu juga akan effect pada kulit kita kalau kita tak cover dengan sunblock. Serius iza cakap, ilmu ni iza baru tahu dari consultant Skin Valet Bangi. Memang terbaik! Sejak dari tu, memang akan pakai je sunblock. Tahu tak, effect muka sentiasa terdedah tanpa protection sunblock akan jadi apa? Ia akan menyebabkan jeragat pada kulit kita dan effect ni akan nampak bila usia kita meningkat, kalau lebih teruk ia akan menjadi kanser kulit. So, beauty consultant ni suggest, kalau nak cari sunblock cari yang SPF50 yer, dan tolong pakai hari-hari sebelum korang apply any make up.


Penjagaan kulit muka harian kita ni step dia bermula dengan cleanser, serum, toner, mosturiser dan akhir sekali ialah sunblock. Then lepas tu, korang nak pakai bedak 10 inch ke makeup 15 inch ke, terpulang lah… Hahaha.. Serum sebaiknya cari yang mempunyai vitamin C, dan untuk mereka yang berkulit kering seeloknya kurangkan penggunaan toner sebab toner akan menyebabkan kulit bertambah kering. Kulit kita ni, kalau berminyak sangat pun akan mudah naik jerawat, kulit kering pun mudah naik jerawat. Jadi, yang better is keep maintain kulit sentiasa moist. Average usia yang dah 30 tahun keatas, akan mengalami masalah jeragat iaitu pigmentasi. So, bila dah naik usia tu, kena rajin buat treatment. Consultant ni cakap, jeragat susah hilang… Ianya hanya boleh dipudarkan sahaja dengan cara selalu buat treatment di spa-spa. Tetapi yang susah jaga ialah jerawat. Hehehehe.. Seronok, macam-macam tips iza dapat dari beauty consultant di Skin Valet Bangi ni, korang akan rasa teruja sangat dan akan rasa lebih hargai kulit muka sendiri lepas dapat tahu semua ilmu dan nasihat dari beauty consultant ni.








Selepas selesai sesi consultation, iza kena tunggu dalam 5 minit untuk ke bilik rawatan di tingkat atas. Seronoknya spa ni, semua kakitangan dia perempuan islam, so korang boleh bebas dan yakin bila berada dibilik rawatan. Selain itu, kemudahan surau pun disediakan di Spa ni. Masuk je bilik rawatan, rasa tenang je dengan lampu yang malap dan kebersihan bilik rawatan itu sendiri. Iza disuggest untuk buat rawatan pakej Oxyderm dan Aqua Peel since beauty consultant cakap kulit muka iza kategori kering. So, iza buat rawatan ni dalam 1 Jam 30 minit macam tu.





Sepanjang rawatan di buat, therapist tu akan inform apa step yang dia nak buat, apa yang dia apply. So, kat sini yang kita akan faham setiap rawatan yang dia buat. Therapist yang buat treatment kat iza, dia tanya kalau urut bahu/scrub tengkuk kena pakai kain dia. Seronok treatment sini, sambil dia nak cuci kulit muka kita, dia advanced kan sekali dengan dia urut and relaks kan tengkuk kita dan cuci sekali bahagian leher ke dada which is so relaxing! Bahan-bahan yang mereka gunakan adalah dari produk keluaran doctor isma sendiri, iaitu owner untuk spa ni. Proses treatment ni, dia akan cuci kulit muka, then dia pasang wap panas pada muka untuk buka segala pori-pori, then dia sedut kotoran. Iza paling suka part dia sedut kotoran pada kulit muka tu, memang nampak dalam air tu banyak sangat kotoran yang disedut, puas hati segala blackhead/whitehead dia sedut. Selepas kotoran dah disedut, dia letak serum pada kulit muka untuk rawatan, kemudian iza teruskan dengan proses rawatan oxyderm iaitu bagi oxygen pada kulit muka. Jangan tak tahu yer, kulit muka kita sekali sekala perlukan oxygen juga untuk kesegaran. Lepas dah buat facial ni, rasa kulit muka ringan sangat dan bersih sangat, memang puas hati dengan servis di Skin Valet ni.





Korang kalau jauh dari area Bangi, Skin Valet ni ada beberapa cawangan lain antaranya di Ampang, Ipoh, Rawang, Johor Bharu, Damansara, Shah Alam dan sebagainya korang boleh check direct di HQ Skin Valet iaitu di Bangi ni. Waktu operasi hanya dari jam 10pg sehingga 7pm sahaja, jangan lupa book slot anda dahulu sebelum datang tau!..  Jom ramai-ramai ke Skin Valet Bangi, korang memang akan rasa puas hati dengan servis yang diberi!... Iza pun nak pergi lagi ni.. seronok sangat lepas buat facial treatment dengan Skin Valet Bangi. Thank You Skin Valet, semoga terus success sebab treatment korang memang terbaik..  Sebelum korang habis membaca, meh iza share gambar-gambar suasana di Skin Valet Bangi ni bersama harga pakej-pakej yer.. 












Terima Kasih sudi membaca, Thank You Skin Valet Bangi,
#KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari






Salam Sayang,

IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 



Jan 24, 2019

EXPO HALAL JEPUN 2019 di MALAYSIA






Seperti semua sedia maklum, tentang posting iza sebelum ni tentang HALAL di JEPUN, haa.. korang dah baca ke belum entry tu? Hehehe, selain cerita tentang pengalaman macam mana iza mencari makanan HALAL di jepun, iza juga ada ceritakan tentang Expo Halal Jepun 2019 yang akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi.


Bagi sesiapa yang tak tahu lagi, Sukan Olimpik 2020 akan di adakan di Tokyo,Jepun. Jadi, secara tidak langsung pasti ramai rakyat Malaysia turut menjadi pengunjung di negara matahari terbit itu. Tapi biasalah, bila kita ke negara orang, pasti nak mencari makanan yang Halal itu agak sukar kan?.. Kesudahnya, makan maggi je di bilik.. Alaa, bosan lah macam tu!..  korang semua tak perlu susah hati dah nanti, kerana Usahawan Malaysia bakal meluaskan perniagaan mereka di Jepun nanti sempena sukan Olimpik Tahun 2020.







Pada 8 Januari 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.  Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensi SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) bakal menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. 






Satu dunia sudah tahu bahawa Malaysia adalah antara negara yang mementingkan aspek Halal dalam setiap perkara, bukan sahaja pada makanan malah dari segi pemprosesan serta penyediaan. Maka melalui acara Ekspo Halal Malaysia 2019 yang bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" dengan misi memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. Acara yang julung kali di adakan ini bakal menyediakan platform untuk PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020). Ia merupakan peluang keemasan untuk komuniti PKS tempatan merebut peluang perdagangan dan membina rangkaian yang luas berkembang yang terdapat di pasaran Halal Jepun.








Antara program yang menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 yang akan diadakan nanti ialah sebanyak 320 booth pameran yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik. Selain itu, expo ini juga membuat perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing) yang terdiri daripada lima sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, dua sesi singgah santai selebriti. Ditambah pula, Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award yang memberikan penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal. Paling di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan lebih 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Selain itu,sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.





Jom ramai-ramai kita jumpa di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 24 hingga 26 Januari. Acara ini juga akan di meriahkan dengan artis dan pengacara terkenal iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail ! 



Ekspo MHE 2019 akan dibuka kepada semua mulai 24 hingga 26 Januari 2019 dari 10.00 pagi - 6.00 petang (Khamis-Sabtu) . Jumpa anda semua disana…


Untuk maklumat lanjut layari lawan web rasmi Ekspo Halal Malaysia 2019