Yeyy excitednyer sebab trip untuk hari kedua ni, kami akan pergi berjumpa dengan salji !!! Weeee.... siapa tak kenal, iza kan suka snow!! Hehehe... Kami ke Melbourne sebenarnya dah habis winter, dan baru nak start spring.. Tapi masih ada rezeki untuk kami merasa musim sejuk di bumi victoria dan masih ada rezeki dapat merasa salji lagi tahun nih !!! Yeyy, last time tahun yang sama Feb hari tu main salji di Sapporo kan? Tebal sangat salji sana and kat bandar turun hotel pun dah jumpa, aiyooo puas sangat main salji di Sapporo.. Rezeki pula, tahun ni bulan Sept dapat main salji lagi kali ni di pergunungan Melbourne.. Bukan di bandar ya, bandar hanya merasa suhu sejuk sahaja tetapi tak ada salji akan turun and anda tak akan jumpa salji di bandar even sedang musim winter! Kena pergi ke pergunungan baru jumpa...
So! Kami memilih Mt.Buller sebagai tempat untuk kami kunjungi sebab nak main salji.... Untuk ke sini, kami dah study dah sama ada nak drive sendiri, atau nak ambik private tour atau nak ambil pakej tour campur dengan orang lain... Sorry dear, melbourne tak ada pengangkutan awam macam subway ke, train keluar bandar sampai ke Mt.Buller ni... macam kita pergi sendiri di Korea, Sapporo tu kan?... Tak ada.. mereka hanya ada di bandar je Tram, Train etc.... nak ke tempat jauh dari bandar ni, ramai syorkan drive sendiri ambik kereta sewa etc.... Tapi, kami ada alasan kami sendiri kenapa kami tak nak drive sendiri dan tak ambil kereta sewa. Ramai yang pergi Australia, mesti akan ambil kereta sewa, sebab rasa bebas nak ke mana-mana and public transport australia ni tak meluas. Tapi memandangkan kami ni tinggal di tengah bandar Melbourne, agak tak sesuai untuk sewa kereta, plus kami nak enjoy the trip kasi fair pada semua rehat and layan permandangan... So, its up to you all samada nak sewa kereta atau nak join tour.
Kalau dilihat pada peta Melbourne, Mt Buller ni memang agak jauh dari bandar Melbourne, ada 2 tempat yang kami decide nak pergi and tempat tu jauh ! Kena ambil masa sehari dari pagi sampai malam untuk settled kan trip tu... So, kami dari Malaysia lagi, dah decide nak ambil pakej tour ni.. Extragreen Holidays & Tour .
Actually, kami dah research banyak tour.. and percayalah kebanyakanNya sangat mahal and kalau korang mampu, boleh lah ambil pakej tour tu... Ada orang akan rasa nak ada private tour, ada yang tak kesah nak join public tour ada yang nak drive sendiri lebih adventure.. Kami hanya ada masa 6 Hari di Melbourne dan hanya ada 4 hari sahaja aktiviti boleh dipenuhkan. So, kami pulak trip bajet, kami decide ambil Extragreen and join tour mereka dengan harga yang jauh berbeza murahnya dari tour lain.. Cuma bezanya, kami ni kena ikut tour naik bas, then ada timing schedule tak bebas lah.. Bagi kami, tak pe lah janji dah sampai tempat dituju dah okay dah !!! Jimat banyak tau ambil pakej tour ni..
So, I guess this is Diva Traveler? Hahaha sebab pakai tour? Eh! Tak jugak eh, kami pakai tour untuk 3 trip je, sebab? sangat menjimatkan.. Hahaha.. yang selain ikut trip ni kami survive sendiri jugak.. Tour ni owner china yang menetap di Melbourne, ada tour untuk english dan ada tour untuk chinese language. Time korang nak booking tu, jangan salah book language yer. Hehehe... Dia ada branch di Malaysia, tapi di Sabah... Yang deal dengan company ni, my bFF Hasliya.. Dia yang tolong deal, since dia pandai cakap cina.. Senang lah dia nak deal, dia call and email staff di Sabah tu untuk book kan.. Kalau nak book sendiri di website dia pun boleh, tapi lagi murah kalau book dengan staff dia and boleh dapat free untuk certain package... Kalau dah ada di Melbourne, nak walk in ke Office dia pun boleh lagi senang, sebab mereka memang nak duit AUD sahaja. Kes kami, bayaran yang kami buat sangat dipermudahkan sebab iza ada kawan yang bantu untuk pakaikan account AUD dia untuk bayar kepada tour tu, then iza bayar MYR lah pada kawan tu.. Hehehe, last minute juga minta tolong dia! Sebab baru teringat nak tanya dia.. Hahaha, kalau tak korang boleh cuba buat pembayaran foreign currency transfer di Maybank2u atau Western Union etc...
Tour yang kami ambil dengan Extragreen Holidays & Tour :
DAY 2 : Mt.Buller $78 seorang sekali dengan Chair Lift unlimited ride (+$16, sewa 1 toboggan)
DAY 3 : Great Ocean Road (GOR) $45 seorang
DAY 4 : Philips Island $62 seorang (Dapat diskaun sebab ambil package sekali dengan GOR)
Total semua dalam $756 untuk 4 orang kita bahagi 4 seorang hanya $189 = RM567 sahaja !! Kami tak ada apa-apa caj rate/interest card sebab deposit AUD to AUD..
Mana nak dapat pakej harga ni untuk 3 destinasi?.. Kami jumpa tour lain, pergi 1 trip sahaja seorang dah $100-150 tengok destinasi.. Huu.. Rezeki lah jumpa yang ni, tak kisah lah by bus pun, kami semua okay je and tak ada masalah dengan trip macam ni... Fun jer... Siapa rasa nak private and mampu bayar lebih, boleh je nak pakai tour lain...
Perjalanan mengambil masa dalam 4 Jam jugak tau nak ke Mt.Buller!!
Lepas kami puas bergambar and main toboggan, kami kena return dah toboggan tu di area Ski Hire, sebab kami nak pergi kawasan Sightseeing Lift, naik chairlift yang unlimited dengan bayaran $10 je dalam pakej Extragreen tu... Naik Chair Lift ni tak boleh bawa toboggan ni, so kena return lah... And nak ke kawasan Chair Lift ni, kena naik shuttle bas dia.. korang naik tu, cakap lah dengan driver bas tu nak ke Sightseen Chair Lift, nanti dah sampai dia bagitahu lah.. Ni pengalaman kami, sebab dalam bas ada kami-kami jer.. Hahaha... Tak tahu nak cakap direction mana, sebab time tu jalan pun berkabus, so tak tengok pun sign.. Tak jauh perjalanan dari kawasan main toboggan tu.. naik bas tu dalam 5 minit jer.. Hahaha...
Sampai kawasan Chair lift ni, tanya member member betul ke ni tempat dia? Kenapa macam mati jer? Hahaha.. ye lah sebab sunyi and tak ada orang!! Hahaha.. sebab tak ramai orang kan, then hujan pulak.. tak ramai pun naik chair lift ni.. kami jer naik sebab ye lah dah bayar kan unlimited pulak! Naik lah.. syok woo, tinggi jugak kaki terjuntai haa macam tu dalam 10-15 minit ada kot.. Hahaha... Duduk atas tu, kaki terjuntai, selesa je duduk berempat memang khas untuk berempat.. Then jakun lah ambik gambar atas tu.. bawah tu kawasan orang main Ski, kalau hari tak hujan and tak berkabus.. Boleh nampak orang main Ski.. Tak ada rezeki... Sampai ke puncak, dah rasa selesa duduk, eh tak nak bangun wey! Hahaha.. So, kami sebab kesejukan sangat tak turun pun ke puncak tu.. Sebab sangat berkabus and tak ada view pun nak tengok.. Sadisss sangat... huu.. So kami patah lah balik naik chair lift tu tanpa turun.. Hahaha... Iza suka sejuk, memang selamber je tak pakai gloves, sebab nak kasi tangan ni biasa dengan sejuk! Pakai glove leceh lah... huhu.. Siapa tak tahan jangan tiru aksi ini ya, nanti tangan sakit macam semut semut tu...
Kami dah puas bergambar, main salji... naik semula shuttle bas untuk ke tempat public area yang tadi hantar toboggan tu, kami lunch di Plaza Public Area.. Boleh je bawa makanan luar, nampak jugak ada orang bawa makanan luar.. sebab situ memang public area, siapa nak makan restoran ada kat atas.. toilet semua ada sini.. So, kami lunch lah spaghetti yang kami masak malam tadi.. Alhamdulillah sebab lapar kan, sedappp ajer lahh.. Hahaha...
Sampai Melbourne City pukul 7.30 malam macam tu, and kami lapar nasi !! Hahaha... Decide makan Indonesian Cuisine dekat area sini, namanya Blok M... Rata rata cakap kedai ni famous! Semua yang ke Melbourne mesti cakap pasal Blok M ni.. makanan indonesia!.. Kami pun before balik ke apartment, cari makan siap siap lah.. balik nanti berehat dah untuk prepare diri ke trip tour esoknya!... Not bad lah Ayam Berlado yang Iza order! Kena dengan tekak and sedap.. $13 wey.. jangan convert please!.. Hahaha..
Settled makan, kami pulang ke Apartment.. Alhamdulillah... selesai dah aktiviti hari kedua kami ni Melbourne.. So happy sebab semua dipermudahkan and lancar!.. Untuk sesiapa yang nak main salji bila sampai Melbourne, actually ada kawasan lain yang dekat sikit seperti Lake Mountain, Mt Baw Baw... tapi difaham kan, kalau dah habis winter time, rugi pergi sini sebab salji tak setebal di Mt Buller... Macam kami kan sampai dah habis winter and masuk spring, so tak nak kecewa kami terus plan ke Mt Buller....
Good Night Melbourne!.. See you tomorrow.. Long Journey to go tomorrow yeahh...
Nantikan tour kami seharian ke Great Ocean Road...... Yang ni subhanallah cantik sangat !!...
.:: Actually, lepas balik apartment ada keluar balik lepaking dengan kawan baru di Melbourne, tapi malas nak cerita dalam entry ni, sebab kami pergi kopi kopi and ambil angin malam jer.. Hahaha, cukup sekadar simpan gambar di sini sebagai kenangan, membelakangkan Flinder Station.. ::.
For now, thank you for reading.....
Salam Sayang,
IZA.NALIA
Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal
DAY 1 : Kami Ke Melbourne Day 1
DAY 3 : Kami Ke Melbourne Day 3
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 4
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 5
Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin,
1 comment:
Salam. Nk tanya, kad myki tu xboleh refund kan?
Post a Comment