Lama peminat blog iza yang search pasal KOREA menanti sambungan itinerary kami di Seoul travel sendiri... Ceittt ade ke peminat blog nih??.. :P
Minta Maaf sangat sangat bagi siapa yang menanti entry pasal korea... Insyaallah slow slow iza cerita yaa.. Bagi siapa yang tak sabar nak tahu next activity kami, blog direct email iza untuk dapatkan itinerary...
Tengok tu, liya dok sibuk buat SnowMan
Okay! Untuk hari keEmpat ni santai santai je.. Kami plan untuk main salji tebal sikit!.. Hahaha bukan la tebal mana, sekadar nak build a snowman jer.. Kena cari park yang boleh kita main berbola salji/Slide tube (Tak puas dekat Everland) hahaha... Asalnya sebelum kami decide nak pergi Ttukseom Hangang Park ni, kami decide untuk pergi ke Dragon Peak yang terletak di Pyeongchang.. Ala area sukan olimpik 2018 hari tu.. Perjalanan nak ke sini dalam 2 Jam jugak dari bandar Seoul.. And bila kami research kebanyakan orang macam kena bermalam di sana sbb perjalanan jauh & kalau nak patah balik tak berbaloi main salji tebal sekejap je.. Kalau lambat nanti kena tinggal bas.. Dah tak pepasal kena bermalam di sana.. Kawasan ni pergunungan, jadi salji lebih tebal dan siapa nak main SKI boleh ke sini...Memang tempat dia.. So entry ni iza tak cerita pasal pergi ke Dragon Peak ni ye, sebab kami tak pergi.. Kalau korang nak pergi make sure duit kena spend banyak sikit dari bajet kami and research transport yang betul ke sana..
Permandangan bila sampai turun dari Subway Station
Ni bila kita pusing belakang, subway tu belah atas
ShaSha tengah beli tiket nak masuk
Banner dia tulis tarikh Park ni dibuka sempena winter time
Jadi, kami tak jadi ke Pyeongchang atas faktor masa & jimat duit.. hehehe... Kami pun decide untuk main salji di area hangang park!.. Yeyy.. boleh lah sis dari tak de!.. Hahaha... eh! Happening jugak ok main salji kat sini, siap boleh buat snowman tau.... hahahaha... Asal tempat ni kalau bukan time winter ialah swimming pool.. So bila winter, air tak ada tapi salji yang menutupi kawasan pool ni.. jadilah kita boleh main salji tebal sikit dari yang ada kat bandar2... Tiket nak masuk sini dalam 6,000 won tapi kena tahu park ni buka dari pertengahan bulan Dec sampai pertengahan bulan Feb sahaja.. So pandai pandai plan yer..
Semua sibuk berposing dengan mini snowman hasil tangan hasliya..
Nak naik atas tu, nak main tube slide
Cara nak pergi Ttukseom Hangang Park ni?.. Senang je... Dari hotel kami LINE 4 kami kena stop di station Dongdaemun HCP LINE 2 untuk transit ke Konkuk Univercity LINE 7 and line ni yang akan bawa kita sampai ke station Ttukseom Park Resort direct !!.. Kiranya naik subway kena ada 2 line transit.. (Ini pengiraan dari tempat kami menginap) Sampai station boleh Exit 2/3 and korang akan nampak Park ni dekat sebelah station je.. Subway LINE 7 ni dia berada di atas.. bukan bawah tanah..
Dah main salji puas puas tergolek baring, tergelincir bagai... Hahaha.. perut sudah lapar... Jom makan lunch! Makan lunch bawak sendiri ok.. Haa jimat sangat.... Liya and shasha masak and packing bekal konon konon picnic lah dekat park ni.. Hahaha.. Nasib tak kena halau!.. Kita makan nasi goreng sejuk!! Hahaha.. weyy sejuk pun sejuk lahh... janji kenyang! 1st time makan nasi yang macam baru keluar dari peti ais.. Hahahaha tapi sedapppp pulak!!.. Alhamdulillah...
Serius nasi tu sejuk !! Tapi sedapp je layann makan.. Hahaha
Lepas makan, kami decide untuk ke Ewha Women Univercity! Antara tempat wajib dilawati bila sampai korea.. Sebab kawasan ni ada jualan jualan macam dekat Myeondong! Shopping laa ape lagi.. Then uni ni memang senang keluar masuk, dibuka untuk tourist datang untuk ambil gambar.. Building dia cantik and kalau siapa sambung belajar sini kopak duit shopping kosmetik jee.. hahaha...
Cara nak pergi Ewha Univercity ni dari Hangang Park, naik balik subway LINE 7 tu turun ke Konkuk Univercity Station utk naik subway LINE 2 then turun ke station Ewha Univercity Exit pintu 2/3 pintu yang akan jumpa DAISO bawah tanah.. Sampai station jalan sikit.. sepanjang jalan tu boleh laa nak cuci mata dengan kedai kedai yang ada kat situ.. Hehehe...
Singgah Daiso, beli heatpack ni lagi.. Sana benda ni sangat berguna
Beli coffee dekat area Ewha University
Tempat wajib ambik gambar kalau sampai ewha university ni tau!
Balik bilik, makan meggi dulu... Sementara nak ke Namsan..
Hari dah nak malam... Dalam itinerary kami show akan pergi ke Itaewon, tapi kami tak pergi.. Hahaha.. ramai orang malaysia kebanyakannya akan stay di itaewon sebab kat situ banyak makanan halal and ada masjid itaewon.. Kira kalau nak jumpa ramai orang kita, boleh ke sini ya.. Kami decide balik hostel dulu untuk alas perut sikit then keluar balik untuk ke Namsan Tower! Nak ke Namsan Tower ni dari hostel kami hanya naik bas jer.. Sebab tu alang2 lalu hostel, singgah lah kejap makan meggi ke apa ke bagi alas perut.. sebelum nak keluar balik untuk ke namsan tower.
Tengok tu muka kesejukan! Tengah tunggu bas nak ke Namsan Tower
Untuk sesiapa yang stay dekat hostel yang kami stay ni, boleh la refer cara nak pergi Namsan Tower ni dekat entry iza ni.. Kalau tak, korang try research lain ok.. Okay, siapa yang duduk dekat Star Hostel Myeondong Family ni, korang kena tahu depan jalan besar hostel ni ada Daehan Cinema, depan tu ada bustop and kitaorang tunggu bas dekat bustop tu la.. Ingat tau tunggu kat bustop tu tunggu bas no.02 jangan salah bas, kang berjalan satu seoul.. hehehe... Bas ni akan bawa kita sampai ke kaki bukit namsan tower, tempat perhentian bas.. Lepas dah sampai tu boleh jalan sikit untuk ke puncak namsan tower.. Tak de mendaki sangat, okay je... Murah pun murah naik bas! Kalau naik gondola dia apa semua tu mahal sikit.. tp terpulang kat korang macam mana nak pergi... Tapi ada je yang stay area myeondong ke atau berdekatan, yang nak ke Namsan Tower ni dia akan naik bas dekat bustop ni, dia datang dengan subway turun Chungmuro, sebab memang tempat ni port paling dekat nak ke Namsan Tower.. So, research lah macam mana yang memudahkan korang ok..
Yeayy dah sampai Namsan Tower view malam..
Tempat wajib posing, kerusi bukan patah! Memang macam tu eh..
Kunci lah kekunci cinta korang kat sini.. Banyak sangat !
Dekat Namsan Tower ni ikut lah korang nak buat apa, macam kami sampai sini dah gelap.. So kami hanya jalan jalan dekat sekitar kekunci cinta namsan tower je.. bergambar.. tak naik pun dekat deck atas tu.. Ada caj lain nanti kalau naik sekadar nak tgk permandangan bandar Seoul... Siapa datang sini, iza sarankan korang beli kunci mangga siap siap dari malaysia dekat DiY tue.. murah banyak!! Sekadar nak ada moment lah korang tinggalkan dekat Namsan Tower ni, kunci la mangga kekunci cinta tue.. Jangan beli kekunci ni dekat Namsan ni tau.. Mahal gilakk.. Hahaha...
Masa kitaorang dok kat puncak tu, jangan cakap lah sejuk dia... -15'c weyh!! Sejuk malam di namsan tower rasa nak tumbuk orang je sebab benggang kesejukan.. Hahaha.. nak ambik gambr pun ade takde mood je.. sebab sejukkkk.... Hahaha.. Tapi still gagah kan diri jugak untuk bergambar and capture moments2 dekat atas tue... Time duduk puncak ni dapatlah tengok pemandangan malam di bandar seoul... Haihh rinduuu!!..
View dari puncak kekunci cinta Namsan Tower
So hari pun dah lewat malam.... Kami pun tak pergi mana-mana dah terus balik je dengan menaiki bas yang sama terus sampai depan hostel kami... Kena balik rest tido awal, sebab esok selepas subuh dah kena bertolak untuk ke Nami Island.. perjalanan jauh sikit.. Itu kita cerita next entry okay... Insyaallah.. Thank You..
Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??
Salam Sayang,
IZA.NALIA
Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal
Follow FB : Izanalia Zainal
JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :
No comments:
Post a Comment