Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Aug 31, 2018

Datang Melaka kena Stay di Hatten Palace !!!




Bila cerita pasal "Melaka" ni, banyak jugak kenangan yang dicipta iza di sana.. Hehehe, "Melaka" bukan sahaja negeri tinggalan sejarah malaysia.. Tapi, melaka juga tempat "bersejarah dalam kehidupan iza" dimana dinegeri ini lah iza berjumpa dengan Jodoh dunia akhiratku.. Insyaallah.. Hehehe... So, macam-macam jugak kenangan yang ditinggalkan kat melaka ni, selain tempat kami suami isteri dulu menuntut Kolej di Melaka ni... Bila fikir balik, tak sangka jumpa jodoh kat Melaka.. Tapi ! Dia bukan orang melaka pun.. Hahahaha.... Haihhh bila sembang pasal melaka, rindu nak pergi sana semula and berjalan-jalan mengamit memori zaman-zaman student dulu.. ecehhh!! Dulu kami suami isteri kaki jalan tau tiap minggu, even student kan! Hahaha, dari zaman student pun dah suka jalan-jalan.. Tapi bajet student la.. Hahaha.. 





So, iza bukan nak cerita pasal kenangan kami atau sejarah kami suami isteri dipertemukan jodoh di melaka.. no..no..no.. Tapi iza nak cerita pasal, haa... bila dah rindu nak pergi melaka! Kena lah pergi kan... KL-Melaka weekend gateaway je orang cakap, tak sampai 2 Jam pun drive nyer.. bila dah plan nak pergi, mesti tercari-cari nak stay mana eh? Macam iza, demand sikit kalau pergi berdua je dengan suami, tak ada maknanya nak cari homestay ke rumah besar-besar buat apa! Haaa iza selalu nak kawasan tengah bandar, senang access dengan tempat makan, mall ke atau kalau boleh tak payah pakai kereta kalau nak jalan malam tu...Google punya google punya goole.... terjumpa lah iklan Traveloka ada promote hotel nih !! Harga pun okay! not bad la… kira affordable jugak… Tapi yang bestnya sebab berbaloi dengan harga dan semua yang iza cari ada kat Hotel ni. Hotel ni terletak dekat tengah-tengah Bandar Melaka iaitu di Hatten City... Kawasan ni memang sangat strategik sebab dekat dengan semua kemudahan tengah bandar hilir.






Rupa-rupanya hotel ni hotel baru ! Masa kami habis belajar kat Melaka dulu, tak sempat jumpa hotel ni... jumpa "rangka" je.. hahaha dia tengah nak bina.. hahahaha... Sekarang dah siap perghhh kemain cantik dia terletak dekat tepi Selat Melaka.. Kira view belakang hotel ni Pantai Selat Melaka gitueww... Dapat tengok bandar, dapat jugak rasa angin laut pantai.. Boleh bayangkan? Hehehe...





.:: Atas ni bilik Superior, standard.. Tengok Toilet tu sangat Moden! I likee.. Hahaha Jangan risau, ada langsir boleh tutup.. ::.


.:: Atas ni Superior Plus Room, Kalau bawak anak-anak nak selesa boleh ambik bilik ni ::.


.:: Atas ni Deluxe Room, kalau nak ruangan bilik besar sikit dari Superior Room ::.


.:: Atas ni Family Superior, kira dalam satu bilik ada bilik lagi.. Boleh untuk yang family grouping ::.



.:: Atas ni One Bedroom Suite, sangat luas berbanding superior and deluxe room, boleh lah nak  main kejar-kejar yer ! Hahaha.. ::.




.:: Atas ni Two Bedroom Suite, sama macam family superior tapi ni Suite! Up sikit laa.. ::.


Total bilik ada 474 buah bilik yang korang boleh pilih… Bilik superior dia adalah antara bilik paling murah kat hotel ni... Bilik berkonsep moden dengan keluasan bilik 20 kaki persegi, sangatlah selesa. Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik ni ada katil queen size atau 2 katil bujang, mini fridge, work desk, air mineral water percuma, bathrobe besar... Yang paling best dalam bilik ni ade Free WiFi… Yang wajib kena ada bila kita booking hotel !! Best kan ??Coffee/tea complimentary pun siap tersusun rapi ada disediakan dalam bilik...






Kalau korang rase bilik ni sempit untuk yang bawak anak-anak tu atau datang dengan group family ke boleh la ‘ upgrade’  ke bilik Superior Plus, Deluxe Room atau Family Superior. Pada mereka yang berkemampuan lebih bolehlah booking Suite Room.
“ Nikmati “  Hatten Place Hotel privileges dan servis yang terbaik termasuklah kemudahan semasa check-in, parking percuma berbumbung dan juga korang boleh upgrade bilik Premium dengan access ke Sky Club… Memang Superb!!!

.:: Dalam Mall ni, ada Mini Melaka.. Menarikk ! ::.

Selalu korang kalau lepas check-in buat ape? Macam iza, suka relaks dulu, tengok view dekat balcony dia paling penting check-in kat FB/IG dulu.. huahahahahaa... and tengok TV sambil baring dekat bantal hotel yang sangat empuk! Wey kenapa bantal hotel best sangat eh?!! Syokknyaa kalau ada kat rumah sendiri, hahaha...  Iza nak share aktiviti apa yang korang boleh buat bila Check In dekat hotel ni.. Antaranya kan, korang boleh shopping atau yang kaki wayang boleh lah nak tengok wayang, sebab turun je bawah tu dah ada mall wey! Tak payah naik kereta, fuyoo inilah yang kita mahukan... Hahahaha... Tak payah nak drive keluar bandar, cari makan pun senang ! Mall sebelah hotel ni namanya Elements Mall ni antara mall baru jugak ni, dulu zaman kita duduk melaka 2010-2012 tak ada lagi mall ni... Mall ni dengan Hatten Palace Hotel ni memang sebumbung, korang turun lift jalan sikit terus sampai dah mall.. Ada wayang! Boleh jugak layan midnight movie ke kan.. Tak payah risau balik malam sebelah je.. Hehehehe..  Selain tu kan, korang dah penat shopping boleh la korang layan pergi tempat menarik dan bersejarah yang ada kat Melaka ni... Macam A Famosa, Menara Taming Sari, Bangunan Kemerdekaan dan muzium-muzium sejarah pun dekat-dekat je dengan hotel ni… Perfect sangat !!!



.:: Jacuzzi dia comel je bulat tu ::.



Kalau malas nak berjalan lagi hari sampai tu, haa apa kata kita jalan-jalan sekitar hotel dan kita layan semua fasiliti dia??.. Hotel ni ada Infinity Pool, ada Outdoor Jacuzzi, Sauna and Steam Room, dan ada jugak Fitness Center untuk kaki-kaki Gym kan boleh layann nih! Hehehe... Lepas dah santai dekat area fasiliti hotel ni di Tingkat 13, korang kena stay sampai sunset tau! Kenapa?.. Sebab view sunset dia boleh tengok kat area pool ni cantik sangat !... Awww so romantic.. Area pool ni jugak, menghala ke Laut Selat Melaka tu, angin dia tak payah cakap lah kuat! Sampai nak berendam dalam kolam lama-lama pun tak sanggup sebab sejuk! Hehehe... Jangan lupa stay sampai Sun Set okay, view atas ni memang cantik!... Ambik gambar banyak-banyak... 


Book hotel ni kita akan dapat FREE BREAKFAST, Woww I likeee... Selalu kalau pergi Hotel ada star ni, mesti best kalau dia provide sekali dengan Breakfast kan? Sebab Breakfast dia mesti macam-macam.. Iza memang suka pergi Hotel yang akan bagi breakfast, senang tak payah fikir dah nak makan apa pagi tu.. Plus, Hatten Palace ni hidangkan macam-macam hidangan waktu breakfast ada local and ada jugak western! Ada pelbagai dessert, kuih-muih, eh macam-macam lah korang confirm akan rambang mata tak tahu nak pilih makan apa! Sila pastikan perut betul-betul kosong ya pagi tu, Hahaha.. Breakfast ni terletak di tingkat 12 namanya Thyme All Day Dining.. Kawasan sangat luas okay, bersih dan selesa dengan suasana aman dan tenang je.. Buffet breakfast start pukul 6.30 pagi sampai 10.30 pagi…so korang jangan miss out ye, lepas breakfast pergi sambung tidur, rugi kalau tak breakfast dah lah FREE..!! Hahahaha..

Selain tu, korang yang "hantu kopi" ada berita baik untuk korang... Hotel ni ada café yang korang boleh hangout, gossip, relaks-relaks sepanjang hari... Cafe ni namanya Coffeevine yang terletak di Ground Floor. Kat Cafe ni, korang boleh nikmati pastries, cakes, salads, sandwiches, beverages dan ice-cream. Yang paling menusuk aroma hidung mestilah coffee yang superbb...!! So yang nak tea time pun boleh je lepak sini okay..

Melawat melaka sambil mengamit kenangan zaman awal remaja dulu berjumpa jodoh di sini.. Awww.. ni kita weekend gateaway ke honeymoon gateaway? Hahaha... Dah duduk Hotel yang ada view cantik ni, hotel bersih and sangat selesa.. Of coz lah kita berfeeling Honeymoon... Hihihi... Jangan Jelouss.. Hahahaha... Kalau korang nak rasa sendiri seronoknya stay dekat Hotel Hatten Palace di Melaka ni, korang boleh lah direct booking dengan Traveloka sebabnya harga yang mereka tawarkan adalah sangat berbaloi-baloi !!.. Click teruss website Traveloka tu and direct korang book Hatten Palace Melaka ni tau.. Jangan salah Hatten pulak! Hahahaha...

Selamat Berhujung minggu, selamat menikmati keselesaan di Hatten Palace Melaka.. Kalau korang dah pergi, boleh share pengalaman dekat komen post ni okay.. Muaaaxxxx....



Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 








4 comments:

Huda Halid said...

hotel ni best! nak repeat datang sini lagi.

Bella Idura said...

Seriously cantik!!! Nak cuba la.

YB Shehan said...

cun lak.. nk try jgk la

Azie Aj said...

Baru check in sini..beli voucher rm200 jer dpt free bfst for 2..voucher boleh guna bila² masa..agak jimat jugak..hotel mmg cun ..ada skydeck kat levl 44 boleh tgk view melaka dr rooftop..ada restaurant and lounge..siap ada live band..free utk hotel guest..org luar kena bayar...mall tak byk kedai yg bkk..tp not bad laa..mmg best..lps check in mmg tak gi tmpt..turn swimming pool kat level 13 tgk movie kat mbo..