Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Aug 1, 2018

KEBANGKITAN HANTU KAK LIMAH "Ketawa Tahap Mengokak"



Semua mesti kenal Kak Limah kan?.. Ingat lagi Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pada tahun 2010 dulu? Haa ni kesinambungan dari cerita sebelum ni, lama kan tertunggu-tunggu.. Selepas 8 Tahun baru keluar Hantu Kak Limah Kedua... Semalam, 31 Julai 2018 iza dan seorang lagi kawan blogger dapat invitation untuk join Tayangan Perdana Hantu Kak Limah di MMcineplexes di E-Curve Damansara... So, kami dapat lah jadi antara yang terawal menonton cerita Hantu Kak Limah nih... Excited ! Of course lah... ramai giler orang yang hadir okay... Rakan-rakan artis lain pun turut hadir untuk support Filem arahan Mamat Khalid ni.. Antara yang iza nampak hadir malam tu selain pelakon-pelakon Hantu Kak Limah ni, antaranya Iqram Dinzly, Khir Rahman, Lisa Surihani, Yusry KRU, Norman KRU, Dato Yusuf Haslam, Hairul Azreen, Sharnaaz Ahmad, Sheila Mambo, Umie Aida, Nelydia Senrose, Ben Amir, Aziz M Osman, (aunty2 geng delimawati) dan ramai lagi.... Tak sempat nak bergambar dengan semua, nampak gitu-gitu jee... Dato Awie je tak ada masa event ni, sebab katanya dia injured masuk Hospital, so tak dapat join event ni.. Hmmm sedih! Kalau tidak, dapat jumpa Awiee.... Huuuu...







Pukul 7.30pm jemputan semua para tetamu, tapi iza sampai lewat! Jem LDP perghh... sejam++ perjalanan dari Bukit Jalil nak ke Damansara... Sabar jelah, dalam pukul 8.00pm baru sampai, alhamdulillah belum lewat lagi.. Sempat lah makan-makan dulu makanan yang dah disediakan kat situ, sambil cuci mata tengok guest artis yang datang... Memutih jee semua pakaian guest yang hadir, sebab tema untuk tayangan perdana ni WARNA PUTIH, maybe sebab nak show feel hantu kot.. Hahahaha...









Pukul 8.30pm macam tu, pengacara majlis CK Faizal start untuk memperkenalkan barisan pelakon-pelakon dari Filem Hantu Kak Limah 2018... Time ni sesi bergambar dengan media & guest yang hadir.. Lepas tu, semua dijemput masuk ke Hall cinema masing-masing untuk sesi tayangan bermula.. Kami semua dah ada seat nombor masa sesi pendaftaran, management dah bagi kita hall berapa and seat berapa.. Follow je yang tertulis dekat kad tu... Semua dah masuk dewan, iza and kawan blogger lagi seorang dapat seat belakang sekali... Huhuhu, lama tak pergi wayang duduk seat belakang sekali, selalu kan duduk tengah jee.. Hahaha.. Okay lah, dalam dewan tu kita 1 hall dengan Hairul Azreen, Sharnaaz Ahmad, geng2 aunty delimawati.... Artis-artis utama semua kat Hall satu lagi, tak ada rezeki dapat 1 hall dengan dorang.. Hehehe, tak pe lepas tu boleh jumpa...





Tayangan bermula lebih kurang jam 9.30pm.. Cerita ni berdurasi 110 minit iaitu 1 jam 50 minit... So kita layan dulu cerita Hantu Kak Limah....


Sepanjang cerita ni ditayangkan, aduhhh nak pecah perut ketawa tak henti-henti... Mula-mula lagi dah lawak jalan cerita dia! Hahahaha... Lawak yang menghidupkan cerita ni, bagi iza Ropie lah dalam cerita ni dia pegang watak sebagai Nayan, pekerja Klinik... Untuk filem Hantu Kak Limah ni, watak yang masih kekal ialah Awie sebagai Hussin and Delimawati sebagai Kak Limah. Seronok cerita ni dia menaikkan bahasa loghat orang perak yang mana jarang ada cerita yang naikkan loghat orang perak kan?.. Lawak yang selamber & pecah perut ketawa sampai nak nangis bila insiden berhadapan dengan Hantu Kak Limah tu... Hairul Azreen duduk depan iza pun, dia punya ketawa sampai terangkat-angkat! Hahaha.. Selain unsur seram, cerita ni juga ada mengetengahkan elemen kemasyarakatan, persahabatan, penyatuan & sedikit menyentuh soal masyarakat... Tapi boleh banding kan Hantu Kak Limah yang dulu and yang sekarang, yang sekarang lagi seram weyh! Solekan dia, cara hantu tu di tonjolkan.. seramm jugak lah! ye lah 2 Jam kot masa diperlukan untuk di solekkan supaya dapatkan hasil yang terbaikk!! Unsur terkejut pun ada.. So hati-hati lah masa menonton filem ni yerr... Hahahaha...






Tertarik dengan karakter yang dibawa oleh Zul Ariffin iaitu Encik Solihin.. Hahahaha, korang yang biasa tengok Zul Ariffin berlakon cerita romantik, cerita sado-sado, cerita yang sweet-sweet and cerita aksi.... Kali ni buat pertama kalinya Zul Ariffin memegang karakter dari sudut yang berbeza! Yang pasti korang akan ketawa and say "Whatttt?? is that you Zul?" Hahahaha... Macam tak percaya Zul Ariffin punya watak macam tu... Seriusly masa PC pun dia cakap, dia tak sangka dia boleh buat macam tu.. Tapi sebab Mamat Khalid percaya dengan kebolehan dia.. Dia cuba buat yang termampu, and Mamat Khalid suka then He did it !! Korang yang peminat Zul Ariffin, nak tengok abg Zul korang ni watak lain dari yang lain?.. Yes, korang kena pergi tengok sendiri cerita Hantu Kak Limah nih.... 


Penampilan khas dalam filem ini yang mencuit hati penonton, ialah penampilan cameo pertama Dato' Seri Vida... Wahh!! menarik kan? Dato Seri Vida pun dah berlakon sekarang.. Hahaha, nak tengok time bila dia keluar? kena tengok lah cerita ni... Selain itu penampilan khas dari Erra Fazira juga menarik hati penonton sebab ada unsur throwback sembilu gitueeeww... Hahahaha... Jangan tak tahu, Mus May pun dah berlakon sekarang tau.. Haa.. watak apa?.. Kena tengok lahh... 




Filem Hantu Kak Limah ni mengisahkan tentang Kak Limah balik semula ke kampung selepas berkahwin dengan lelaki yang lebih  muda dari dia.. Tapi kebahagiaan Kak Limah hanya sementara sahaja sebab lepas tu orang jumpa Kak Limah meninggal dunia.. Tetapi kematiannya menjadi misteri sampai penduduk kampung pisang jadi huru-hara dan riuh gara-gara diganggu dengan hantu kak limah... Keadaan menjadi kecoh bila Hussin dan rakan-rakannya melihat Kak Limah ada dirumah, siap hidangkan bubur keladi untuk mereka, habis tu.. kalau kak limah dah meninggal, siapa yang dorang jumpa sebenarnya tu???.. Mereka meminta bantuan Encik Solihin untuk memburu Kak Limah, sepanjang pemburuan inilah pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sebab mereka perlu berdepan dengan Hantu Kak Limah... Cerita ini juga ada menunjukkan dua dunia berbeza iaitu dunia manusia dan dunia bunian...





Persoalannya?.... adakah Hantu Kak Limah itu betul-betul Kak Limah?... Kenapa dan Macam Mana Kak Limah boleh meninggal secara tiba-tiba ??... Apa kaitan dunia bunian & dunia manusia yang cuba ingin di sampaikan?... Semua ini akan terjawab selepas korang menonton sendiri Filem Hantu Kak Limah pada 9 Ogos 2018 di seluruh 121 pawagam di Malaysia, 4 buah pawagam di Brunei & Singapura.. Di Singapura bermula tayangan pada 16 Ogos 2018.





Cerita ni klasifikasi P13, so satu keluarga boleh tengok ramai-ramai di pawagam tak ada masalah... Ketawa lah korang sepuasnya di pawagam nanti.. Genre Komedi Seram, so siapa yang takut tengok cerita seram tu.. boleh tengok cerita Hantu Kak Limah ni, sebab lepas tengok boleh terus ketawa.. Hahahaha..


Overall, jalan cerita dia menarik, unsur parodi yang kelakar, unsur sindiran yang lawak dan cerita yang sangat kemelayuan and melayu dari Mamat Khalid !.. Kalau dulu tengok Hantu Kak Limah tahun 2010 tu kita fikir yee tu hantu Kak Limah, sekali rupanyaa Kak Limah Sakit Jiwa kan?.. Haa kali ni Hantu Kak Limah, adakah pengakhiran yang sama atau boleh di sangka??... Kalau iza, awalnya memang tak sangka... Hahahaha... Dah tengok sampai habis baru cakap, Oooo.... Laaaa..... Hahahaha...




Akhir sekali, iza bagi 8 bintang dari 10... Kenapa tak 10/10 ??... Sebab nobody perfect.. Haa gitueww.. Hahahaha.. Support filem melayu kita ya, kalau kita tak support siapa lagi nak support, ye dak?... Jom ramai-ramai serbuuuuu pawagam 9 Ogos 2018 nanti dah lepas tengok, UP gambar/ caption jangan lupa hashtags #HantuKakLimah #HKLPerghh #Cerciter




.:: Thank You Astro Shaw & all team produksi untuk gift BAJU T-SHIRT versi Hantu Kak Limah ni, RARE sangat... Berani ke nak pakai nih?? Hahahaha... ::.



Terima Kasih Sudi Membaca !! Jom tengok cerita yang ketawa tahap mengokak di pawagam 9hb Ogos 2018 ni nanti yaaa.... 












Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


5 comments:

Eiza GreenAppleKu said...

Filem yang dah lama eiza tunggu. Suka koleksi karya Mamat Khalid. Best la iza dalam gi tonton awal.

qaseh dalia said...

Wow hantu kaklimah muncul lg

azni said...

hahahah tak sabar lah nak tgk .. iza tulis kata lawak sakan nih .... udah ler ckp perak yer mesti best

Ella Tomo said...

Baru tahu dah ada Hantu Kak Limah 2. Rasa nak tengok jugak la. Thanks for sharing :)

Siti Yang Menaip said...

ramai cakap best tapi takdak geng nak teman tengok T.T