Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Oct 8, 2018

REVIEW FILEM : 'Kalla Hidup Atau Mati' menaikkan semula pelakon senior Malaysia...



Baru-baru ini iza sempat untuk pergi menonton tayangan perdana filem Kalla Hidup Atau Mati di GSC Signature The Garden. Pada awalnya, bila dapat jemputan untuk menonton filem ni, serius memang tak tahu wujudnya cerita ni.. Sayang sangat! Ramai tak tahu filem ini akan keluar di pawagam tak lama lagi.. Pada awalnya, memang tak tahu cerita ni berkisah tentang apa? Genre cerita ni apa? And paling rasa Wow?... Barisan pelakon dia.. barisan pelakon senior senior tanah air kita tau... Jom iza share dengan korang semua, tentang cerita Kalla Hidup Atau Mati ni...





Barisan pelakon cerita Kalla ni terdiri daripada Faizal Hussein, Vanida Imran, Farali Khan, Azhan Rani, Zaidi Omar, Haeryanto Hassan dan ramai lagi... Filem ini adalah satu filem Aksi Thriller terbitan pertama Little Film dan pengarah Alan Smithee. Cerita ni banyak sangat konflik, aksi kejar mengejar, kekejaman, tipu muslihat, nervous dan pelbagai lagi element yang membuat kita rasa eh tak senang duduk haihh tengok cerita ni, macam tengok cerita hantu! Hahaha...


Runut bunyi untuk filem ini dihasilkan oleh komposer terkenal iaitu Ajai dan dinyanyikan oleh Hazama dan Noryn Aziz. Tajuk OST Kalla ini adalah Percayakan Hati Kita, boleh lah dengar di You Tube !! Sedap lagu ni... Sedap nyanyian Hazama & Noryn Aziz, lagi-lagi masa tayangan perdana tu dapat dengar live depan-depan suara dorang, sedap lagu ni...





Sedikit sinopsis yang iza boleh share untuk cerita ni, Kalla Hidup Atau Mati ini mengisahkan pengganas yang bernama "Kalla" yang sering melakukan kekecohan pengebomam kepada setiap negara, termasuk Malaysia. Pada satu hari, Dr Ezahar serta Isteri terlibat dalam satu insiden pengebomam selepas Dr Ezahar menghantar isterinya Sherina ke tempat kerja. Namun, hanya Dr Ezahar sahaja terselamat dan kajian DNA menunjukkan bahawa Sherina isterinya telah meninggal dunia pada kejadian tersebut.. Semasa Dr Ezahar cuba redha dengan pemergian isterinya, tiba-tiba di didatangi seorang gadis bernama Uyun yang mengatakan isterinya masih hidup. Kecelaruan ini membuatkan Dr Ezahar binggung dan dituduh kurang siuman oleh pihak berkuasa.


Untuk mendapatkan kebenaran, Dr Ezahar membuat keputusan untuk mengikut arahan Uyun dan mencari isterinya. Jalan cerita semakin menarik dan mendebarkan apabila Dr Ezahar dan Uyun sentiasa diikuti oleh pengganas Kalla semasa Dr Ezahar ingin mencari lokasi isterinya. Kejadian tembak-menembak, bunuh-membunuh, kejar-mengejar bermula sepanjang pencarian Dr Ezahar.. Terlalu banyak konflik dalam cerita ini dan jalan cerita dia menarik...!


Perasaan mendebar-debar, membuatkan iza tak senang duduk tengok cerita ni.. Tapi perasaan itu ditukar kepada gelak tawa bila ada scene dalam cerita ni dimasukkan jugak unsur lucu dari lakonan Faizal Hussein & Azhan Rani. Dari feeling feeling nervous, pengarah masukkan jugak unsur lawak. Good Job this one I like..



Ada part yang kurang memuaskan dalam filem ini yang boleh ditingkatkan lagi, iaitu effect CGI yang dipamerkan dalam filem ini. Kemudian, ada part dimana scene yang tak berapa logik dalam cerita ni dengan logik fikiran.. Hahaha tapi itu antara yang kelakar dalam cerita ini.. Korang kena tengok lah!!..


Persoalannya untuk cerita ini, betul ke isteri Dr Ezahar itu dah meninggal? Betul ke Kalla penganas tu penganas yang dikatakan jahat pada mata dunia? Gadis bernama Uyun tu, adakah niat dia betul ? Kenapa ada satu puak ni nak bunuh Dr Ezahar dan inginkan isterinya? Banyak persoalan dalam cerita ini dan terlalu banyak konflik yang berlaku. Overall, jalan cerita dia memang best and iza kasi rating 7/10. Korang wajib kena tonton cerita ni, confirm tak akan tidur, tapi akan rasa cemas!! Hahaha..



Jangan lupa tonton di setiap tayangan di seluruh Malaysia pada 11 October 2018 ini okay....




Terima Kasih Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) sebab bagi peluang untuk iza join tayangan perdana ini. Insyaallah ada rezeki lagi, boleh review cerita lain pula..




Salam Sayang,
IZA.NALIA 
(izanalia@gmail.com)

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 



9 comments:

azni said...

wah.. ada azhan rani.... mesti jadi best filem ni ... suka tgk dia berlakon

qaseh dalia said...

Owh tak pernah dengar plak pasal cerita ni hihi dah tua lama xlayan movie dlm panggung , nice story

ai said...

Power pelakon-pelakon dia.

YB Shehan said...

poster gempak kemain.. majulah filem Malaysia selepas ini. hehehe.. mmg xprsn psl filem ni pun. Kurang marketing kot

mas saari said...

Wahhh semua pelakon best²!

Mama Kembar 3 said...

Mcm menarik gak crita ni

Eyqa Hasnan said...

Tengok pelakon pun best dah. Otai! Nanti nak tengoklah cerita nie..

Nadia Johari said...

kenapa tak diberitahu, tak tau pun pasal filem ni..nampak mcm best je ceritanya..

Emarieys said...

Ada Faizal Hussein confirm bestlah