Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jan 6, 2019

SUSAH KE MENCARI YANG HALAL DI JEPUN ?


Seronoknya dapat pergi JEPUN !! Ye, itulah word pertama yang keluar dari mulut iza lepas berjaya beli tiket ke Sapporo, Hokkaido, Jepun tahun lepas. Siapa sahaja yang tak nak pergi Jepun kan? Siapa kaki travel, mesti tersangatlah ada hati nak ke Jepun. Bukan apa, negara itu kan negara maju, teknologi tinggi so rugi lah kalau hanya mendengar sahaja tapi tak tengok dengan mata sendiri. Iza dan suami, kami ke Sapporo tujuan utama masa itu sebab nak jumpa salji tebal dan debu lagi halus. Tahun sebelum kami ke Jepun dulu, kami dah ke Seoul, Korea tapi rasa tak puas dengan salji di Korea sebab tak setebal yang kami dengar di Sapporo. So balik beberapa bulan dari Korea, terus beli tiket untuk ke Sapporo! Alhamdulillah Feb’18 pertama kali dapat jejak kaki ke Jepun. Ada orang kalau pergi Jepun, dia akan ke Osaka/Kyoto/Tokyo dan sebagainya, sebab kawasan tu lah tarikan pelancong Malaysia suka pergi sebab itu dikira pusat bandar Jepun. Sapporo ni belum lagi meluas pelancong Malaysia pergi, tapi mungkin akan datang dah ramai yang pergi! Ye laaa dah tahu kan, salji tebal kalau nak jumpa dekat Jepun ni kena pergi area Hokkaido sahaja.. Hehehe…  






Sejujurnya, lepas dah pergi Korea kemudian kami ke Jepun, boleh lah kami bandingkan budaya mereka, cara percakapan mereka dan makanan mereka. Iza tahu, bila kita ke negara seperti Korea/Jepun/China ni.. Benda pertama kita akan fikir ialah? Makanan HALAL.. Betul tak? Yes, iza rasa 100% orang islam yang melancong keluar negara terutama ke Jepun ni mesti akan fikir makanan Halal kan? Memang betul, masa iza dan suami berjalan ke Sapporo hari itu bukan senang untuk kami mencari makanan Halal! Boleh dikatakan kiri kanan restoran semua nak mengkhinzirkan makanan tu.. dan mengalkoholkan makanan tu.. Hahahaha… Kira ini makanan ruji mereka lah kot kan, kena ada dua ni baru makanan mereka itu menjadi, KOT laa.. Hahahaha..






Masa kami di Sapporo, kami terpaksa usaha sendiri untuk mencari makanan Halal, dengan cara pakai apps Halal Navi Japan, tak cukup puas dengan apps tu.. Kami google sendiri, tak cukup lagi kami tanya group RTJ (Road To Japan) di Facebook. Serius, bukan senang kami nak confirmkan restoran itu Halal dan selamat tak untuk dimakan. Alhamdulillah, kami jumpa juga kedai yang Halal/Muslim Friendly. Tetapi, konsep dekat sini walaupun dia ada halal/muslim friendly, mereka masih lagi menyediakan makanan yang ada babi dan alkohol. Cuma bezanya, bila kita orang muslim sampai dekat kedai itu, dia akan bagi kita menu makanan muslim, jadinya kita akan pesan makanan ikut menu yang dia asingkan itu sahaja.





Bagi mereka, cukup makanan tu tak dihidang babi dan tak dihidang alkohol, jadinya muslim boleh makan. Konsep halal ini kan meluas bagi kita orang islam, masa itu tertanya-tanya juga alatan masakan yang mereka guna itu adakah berasingan? Atau sama? Kalau order yang berdaging seperti lembu/ayam ni mereke sembelih ke? Haa.. benda tu memang bermain dalam fikiran masa kami singgah di restoran-restoran di Jepun ini. Tapi, kami anggap yang kami dah habis mencari untuk mendapatkan makanan halal, dan kami yakin dengan apa yang kami makan.. Jadi, kami makan sahaja… Sebab restoran ini dia memang dah asingkan menu untuk muslim kan, lainlah kalau korang memang pergi restoran yang dia tak cakap Muslim Friendly atau Halal itu.. Itu memang terus was-was dah.. 






Ada satu restoran yang iza dan suami pergi, dekat daerah Otaru masa itu.. Tak sangka restoran itu bukan sahaja menyediakan makanan jepun yang halal, malah dia sediakan surau juga untuk orang islam tumpang solat. Selesa sangat dan bersih tempat solat dia, mereka pun ambil kesah juga dekat kita kan. Time ni rasa macam hebat sangat orang Jepun ini, terharu kita dia layan orang islam macam ini, walaupun mereka bukan negara islam. Kalau lah lagi banyak restoran yang buat macam ini, alangkah mudahnya kami sebagai orang islam ni berjalan di bumi Jepun itu.. 




Dengar cerita, tahun 2020 nanti akan berlangsung Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun. Wah! Mesti ramai yang akan melawat Jepun nanti. Kerajaan Jepun mesti dari sekarang sudah bersedia untuk menerima pelancong seluruh negara terutama pelancong muslim. Jadi, mungkinkah ini peluang kita usahawan Malaysia yang ingin mencuba nasib untuk meluaskan lagi produk mereka ke mata dunia terutama sekali usahawan produk makanan halal yang ingin dikenali ramai? 



Sempena berlangsungnya sukan olimpik di Tokyo pada 2020 nanti. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama agensinya SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 di KL Convention Centre bermula 24 - 26 Januari 2019. MHE 2019 ini adalah platform terbaik kepada usahawan produk HALAL tempatan untuk memperkenalkan produk mereka. Seronok kan, kalau usahawan negara kita masukan produk Halal ini ke Jepun? Wah kita sebagai orang Malaysia mesti bangga bila ke Jepun akan nampak produk yang berlabel dari Malaysia. Baru lah Malaysia dilihat di mata dunia, betapa kita pentingkan sesuatu barangan yang berunsurkan Halal tu.. 





Jadi, korang boleh plan untuk ke Expo ni pada 24-26 Januari ni. Tak kisah korang usahawan ke atau korang orang awam, semua di jemput hadir ke Expo ini untuk korang dapat tengok lebih jelas dan mendekat tentang produk-produk halal yang akan di bawa masuk ke Jepun nanti. Eh, korang jangan salah faham tau… bila kita cakap produk Halal, ia bukan sahaja tertumpu pada makanan sahaja, expo ini juga ada tunjukkan produk halal untuk barangan kecantikan, kesihatan dan sebagainya. Kita sebagai umat islam kan, mencari yang Halal itukan suatu kewajipan. Jom jumpa di sana! 






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 



Cerita Jepun iza Click Sini





No comments: