Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Nov 10, 2016

HONEYBULAN ke KRABI PART 2

Aktiviti pertama kami di Krabi, kami memilih utk Trip Elephant Trekking,Emerald Pool,HotWater Spring. Bagi relakss2 dulu main sungai,tengok nature... Esoknya baru start Pulau! Yeehaaa.... Tour guide yang bawak kami dan group lain utk tour seharian ni akan terpacak di HOTEL kami pada jam 8.30pagi. Korang tolong jangan buat janji melayu bila dok Thailand ni tau, kalau dia cakap 8.30 dia jemput, 8.20 kaw kena ada sebab mereka sgt ON TIME atau terawal dari time, kami namakan janji thailand, hahahaha! Dia akan pick up orang2 yang akan join trip ni kat hotel memasing. Masa tu kami ada dlm 13 org satu van thailand! Okay lah.. dapat kenalan dgn orang luar...





Perjalanan pertama kami ke Hot Water Spring, ermm kat malaysia pun hade ni.. hahaha.. Kecik je tempatnya and bila sampai tu rasa macam ermm... Tak pe lah tak nak mandi lah.. sebab SEMPIT dan orang ramai dlm satu kolam tuh.. Iza memula macam malas.. tapi bila tgk port ok.. so terjun lahh 20min duduk dalam kolam air panas tuh. Hihi.. Settle main situ kita terus ke Van balik, utk ke next destination Emerald Pool.. 




Untuk ke Emerald Pool ni, kita kena berjalan kaki dalam 15-20minit [bergantung pada kelajuan anda berjalan] Jauh jugak rasa, sebab nak sampai ke puncak tu baru jumpa Emerlad Pool. Sebelum sampai ke Emerald Pool ni, kita akan jumpa dengan Clear Pool dulu. Subhanallah 1st time tengok air sungai warna jernih clear! Nampak anak2 ikan dalam kolam tu.. Nampak rumput2 dalam air tu jelas! Bila sampai je kat Emerald Pool, rasa whoaaa.... sungai warna hijau! Warna dia cantik... ^_^ teruja nak mandi dalam kolam hijau tuh. Dia hijau yang jernih. Tapi nak masuk ke kolam tu kena hati-hati sebab jalan sangat licin batu-batu dia licin sebab ada lumut. Bermandi-manda lah kami selama setengah jam kat situ.. Dah la time ni hujan datang tiba2! Tapi kita tak berlari berteduh pun, mandi aje lah.. hahahaha..

 Wuuu... Elephant you look so sexy!! hahaha..

 Husben kita bagi Gajah makan, beraninyaaa... Iza mmg tak lah! :D

Next, kami di bawa ke Elephant Trekking! Serius ni paling best giler dalam aktiviti seharian kami. First time wey naik Gajah... Kaw rasa? Hahaha... Kembang kecut je rasa perut ni, neves menunggu turn nak naik gajah! Ye lah macam2 pikir. hahaha... Mula2 gajah tu bergerak, haihh tak payah cakap lah... penat! sebab bila dia berjalan... badan kita pun mcm dah duduk kat mesin ngurut tergoyang2 badan ni, penat sbb kena ikut rentak dia jalan tuh!. Tapi lama sikit ok, bila dia jalan slow-slow.. Tebal kulit gajah ni, pandai and dengar kata pulak tu. Cute sgt! Feeling time dia masuk air tu, aduduuu terasa macam nak jatuh! Hahaha, nasib laki haku yg kat sebelah.. Memang ku cengkam habiss laah.. :D 


Ni kami diberi peluang duduk kat kepala gajah tu, tapi sorry lah iza tak berani. Hahaha.. Laki haku jelah posing situ yeh.. :D


Selesai aktiviti kami hari tu, balik Hotel mandi dan uruskan diri... Malam tu kami dinner restoran seafood di Aonang [A-Hud]! Kebanyakan restoran seafood kat sini, semua jual ikan hidup bila nak masak baru dia ambil. Memang Fresh habiss lah! Harga ok lah untuk 4 orang makan dengan lauk yang banyak cenggini. Paling win Siakap Steam tu! rasa masam2 pedas kuah dia tuh, memang terbaik ! Lepas makan seafood ni kan, kami berjalan ke Aonang Street ni, sambil mencari Yaminlah Pancake yang kebanyakan review dari blogger cakap pancake Yaminlah ni sedap! Wusssh, tahu tak masa type ni teringat-ingat rasa pancake tu! Alahaiii sedapnyaa Nutella peanut, Nutella Banana, Eggs Cheese... huhuuu... Kenapa malaysia tak ada makanan street macam tu? T___T 

 Bajet macam mana pun duduk Krabi, kena TRY satu kali makan besar SEAFOOD ye, kalau tak rugi lerrr...

 RESTORAN A-HUD SEAFOOD kat Aonang Street, harga semua ni tak silap dalam 1,800THB :P


 Boleh cari Yaminlah pancake di Aonang Street hujung2.. Hahaha tak tahu nak describe! Korang waze lah kalau nak cari.. Tapi kedai ni tutup pukul 9.00malam ye! Siang tak jumpa kedai ni,.. Dia start petang kul 4.00pm macam tuh kalau tak silap.

 Pancake in the making !!

 Whoaaa nak menangis tengok ni! Terliuqq sekarang.. Huhu...

Bila dah seharian berjalan kan, jadi kami cari lah mana foot massage murah2 kat sini, bagi manja2 kan kaki... Korang kalau datang Krabi, wajib taw pergi massage dia murah dan selamat insyaallah... :P 200THB je foot massage kat sini.. Sedap pun sedap! Tapi pedicure tak yah lah kat sini, tak suggest lah... Huhu..

 Gelap sikit, biasalah bilik massage romantik! Hehewww.. Lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan yerr... ^__^

Kat area Aonang Street ni banyak pub, so bila jam 10malam kat sini, kedai semua dah tutup melainkan PUB2 yang ada... So, balikk lah and tidurrr... Esoknya kami nak ke Phi-Phi Island pulak, wuuhuuu super Excited!! sebab 1st time iza nak snorkelling ni, and 1st time naik speedboat main laut pulau ke pulau. Tak pernah mandi laut sedalam 10meter & pakai life jacket. Hehehe... Tu nanti iza cerita kat PART 3 lah ye sekali dengan last aktiviti kami di Krabi iaitu pergi ke 7 islands. Maybe PART 3 entry akan lebih panjang. Hehehe.. Stay Tuned ;)




Salam Sayang,

IZA.NALIA

No comments: