Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jan 26, 2017

HONEYBULAN ke KRABI PART 3



Ada yang menunggu ke PART 3 ni? Hehehe... Nak bagitahu siap-siap part ni memang panjang, sebab iza nak compile kan 2 hari punya aktiviti dalam satu entry! Haa gituww... Senang cerita terus,memandangkan dua aktiviti akhir kami di Krabi adalah berkaitan dengan island hopping.

Assalammualaikum sahabat-sahabat iza yang rajin baca entry iza tentang krabi dari PART 1 sampai PART 3 ni... Semoga dapat beri anda semua gambaran percutiaan di Krabi ye.. ;) Maaf lah sebab perkongsian iza tak sedetails blogger lain, sebab iza more to simpan cerita dalam blog untuk simpan kenangan cerita percutiaan iza dan memberi korang gambaran secara kasarnya apa ada di Krabi. :)

Hari ketiga kami di krabi, kami memilih untuk sertai aktivi WAJIB buat bila sampai di Krabi... Iaitu Islang Hopping [Phi-Phi Island] Package ^_^ Harga yang iza dapat masa join aktiviti ni, dalam 750THB murah kan kami choose speedboat? :P Tengok pamplet dia smpai 2,000THB seorang! Tapi sbb kita ni deal dari malaysia dgn whatsapp2 then tengok kita ni orang malaysia kan, dia kasi harga tu... Owh jangan tak tahu ye kerajaan Thailand ada letak harga 400THB per person untuk setiap aktiviti laut. Iza sarankan, bayarlah siap-siap dekat agency yang korang ambil tu, sebab mudah nanti masa nak masuk laut tak de dah nak bayar time tu. Time masuk laut tu, enjoy jeee tak yah pikir bayar ape dah... Setengah Travel Agency dia akan include kan dalam fees, ada setengah tak include kan.. So, korang pandai-pandai lah tanya..

Macam biasa pukul 8.30pg mamat thailand yang pick up kami di Hotel dah terpacak mencari kami untuk dibawa ke jeti. Pagi tu hujan di bumi Krabi, sejuk je rasa.. Mendung.. Tapi dalam kul 9.30pg macam tu masa kami sampai jeti dia hujan dah tak da langit dah mula cerah... 1st time iza naik speedboat! Fuhhh macam ni rasa dia! Time dia lawan ombak tu, memang terangkat-angkat badan sakit ade, geli perut ade.. hahaha.. Nak muntah pun adoo... :-| Sabar je banyak2, makan asam bagai... Tak mau lah layan loya tuh, nanti tak FUN ! 1st stop kami di bamboo island. Subhanaallah cantiknya kebesaran allah, luasnya laut... jernihnya air laut! Warna kebiruaan.. seronok swimming sini! Pasir dia halus macam tepung.. :D Kami dok dlm 40 minit kat situ.

Next perhentian kami di _ nama tempat tu, ish rasa nyesal sebab tak take note setiap STOP yang kita pergi.. huhu.. Dia berhentikan kita kat tengah laut ni, kali ni bukan di persisiran, dia suruh terjun! mandi lepak santai macam kat swimming pool. Owh memang suka gilerr tempat ni.. Redup, air sejuk, air kebiruan, tp still masin lah. hahaha.. Memang lepak macam dalam swimming pool sini.. Bawah tu kedalamannya 10meter! 1st time mandi kaki terjuntai.. Tp mandi ni kena pakai life jacket lah.. Kalau tak, gelabah lah terkapai-kapai bagi yang tak tahu swim!..

Then kami dibawa ke Maya Bay! Tempat famous movie "The Beach" lakonan Leonardo Dicaprio tue.. Ya ampun I'm so in love with this beach... cantik sangat! Wuarggghhh.... view dia antara dua gunung.. Tenang je masuk kawasan beach tu.. pasir dia haluss.. Haihh kami diberi masa dalam 30minit je kot kat sini.. Ermm, tak mandi kat sini.. sekadar tengok permandangan and hirup udara segar... ^_^ Next stop tak silap nama tempat tu Phi-Phi Don Village dimana kami akan diberi makan lunch disitu, and pulau tu ada penduduk yang menginap. Resort/Hotel pun ada situ. Bagi siapa yang nak bermalam di tengah pulau boleh pilih pulau ni.. Sebab tempat ni memang kawasan penempatan, cuma kesan Tsunami 2004 penduduk dia makin berkurang dan struktur binaan pun tak secantik dulu... Kenyang makan buffet kat restoran di pulau ni! Kakngah iza pesan jangan makan banyak, nanti muntah atas boat kang.. Hahaha.. Yelah naik boat perut pun melambung-lambung kan... huhu...
Kami stay sini lama dalam 1jam30minit.

Last STOP kita, adalah aktiviti Snorkelling... Hahahaha ni pun benda pertama dalam hidup yang iza buat! Memang tak pandai lah citernye! Macam mana nak guna alat snorkelling ni. Hahaha, bersungguh laki haku gan abg ipar ajar.. Yeahh I'm happy girl dapat tengok ikan depan mata! Cantikkk masyaallah ikan warna biru... Dapat tengok ciptaan allah dalam dasar laut, sgt teruja! Macam mana perasaan org Scuba kan.. Mesti lagi syok sebab dapat masuk dalam lagi, bawah lagi... Iza tak puas snorkelling lah! Rasa nak lagi... tapi kami dapat 40minit je kat sini... Then Boat akan menuju ke jeti untuk semuanya pulang.. Habis aktiviti kami hari ni di tengah laut...

Pijak je tanah sampai jeti tu, badan ni dah macam hape, tergoyang-goyang... Rasa macam masih duduk tengah laut lagi!! Hahaha. Lambat tau simpton ni nak habis, balik malaysia pun ada sikit lg rasa.. hahaha.. Overall, trip islang hopping hari yg ni memang sangat puas hati! Seronok sgt... Alhamdulillah tak ada masalah, cuaca pun okay.. Sangat Enjoy!! Kami balik hotel, continue swimming kat swimming pool hotel dengan senang hati... :P

Malam tu kami decide nak makan street food krabi je.. Kat area Aonang! Kita makan kat street yang jual Yaminlah pancake tuh.. Ok lah price dia dah boleh tahan nasi goreng tomyam dia! Huhu... Seafood pun dia ada jual tepi jalan ni, macam ikan-ikan bakar,sotong bakar, ketam etc... Tapi iza tak beli lah, sebab semalam dah makan kan.. Huhu.. Lepas makan, kami ke Krabi Town lagi! Giler kan? Hahaha padahal jauh jugak tu... saja suka pergi sana sebab rasa bosan dok Aonang ni.. Pergi la sana cari buah-buah kononnya, tapi bukan musim sangat kot.. Tak ade ape yang menarik selain beli air kelapa muda.. :D Balik area Hotel, pergi berjalan lagi kat Aonang Street, memang tak tahu penat! Hahaha, bukan ape malam ni boleh tidur lewat sebab esoknya trip kami bukan pagi tapi tengahari... So relaks je lah.. ;)


Keesokan harinya, inilah trip terakhir kami di Krabi T_T... Sedih sebab dah last aktiviti.. Kami memilih untuk join trip 7 islands. Iaitu trip islands hopping jugak tapi this time trip Sunset... Alhamdulillah last minute tukar plan decide nak pergi 7 islands, berbaloi sebab dapat merasai benda baru cipta kenangan baru! Hehehe... Sepatutnya plan nak ke 4 islands, tapi macam sama je gan phi-phi islands kan.. So kami tukar masa sampai hari 1st hari tu, ke 7 islands... So romantic activity! Sebab dapat dinner sambil tengok sunset... Wuuuu....

Cuaca sangat baik hari ni, macam tahu2 nak bagi kami best view utk hari last kami ni.. Kami sgt lucky hari tu sbb tak hujan and cuaca sangat panas. Kul 12.30pm org dia dah ambil kami, macam biasa untuk ke jeti. This time kami naik boat besar! trip 7 islands memang naik boat besar macam mini cruise gitu.. Tapi penat dia jgn cakap wey! boat besar tak boleh parking kat persisiran pantai/laut yang tak dalam nanti enjin rosak ke macam mana.. Then setiap kali sampai ke check point STOP yang kita nak turun tu, kita kena transfer dengan long-tail boat dia.. aduh boleh bayang tak? penat naik boat besar ni sebab penat nak kena naik turun long tail boat dia utk kita ke pantai. Boat besaar tak boleh pergi punya pasal.. Hmm... Tak boleh kira berapa kali naik turun boat kayu tu hahaha... Scary pun ado! Serius nak cakap, aktiviti 7 islands ni adalah yang paling mencabar buat kami. Dengan ombak and angin yang sgt kuat... Banyak2 berdoa setiap kali transfer naik Long-tail boat tuh.. hahaha..


Paling tak boleh lupa, snorkelling di malam hari, haaa kaw hado? Huishh memula takut, tapi bila lagi nak try kan? So, tu lah.. cuba cuba jugak! Kita nak tgk planton malam je nampak.. and alhamdullillah semua ok je.. and mmg cantik warna planton tuh! hehe..

Malam last kat Krabi, kita massage lah ape lagi... sebelum tinggalkan bumi Thailand kan.. hehehe, sempat lagi malam tu makan pancake krabi lagi.. Then esoknya flight balik KL dah... Semoga kita berjumpa lagi yeaa Krabi !! I LOVE KRABI !!!



Salam Sayang,

IZA.NALIA

No comments: