Seperti yang di ceritakan pada
entry sebelum ni, ada dua tempat yang kami melawat
perjalanannya agak jauh dari bandar melbourne. Jadi, kami decide untuk memilih tour agency selain dari buat keputusan untuk
drive kereta sewa sendiri... Tour apa kami ambil? dan kenapa ambil tour and
tak redah je pergi sendiri? Boleh baca di previous entry di Day 2 yea...
Hari ni, kami plan nak ke
Great Ocean Road, salah satu kawasan di mana orang cakap
tak lengkap destinasi pelancongan korang ke Melbourne
kalau tak ke Great Ocean Road atau short form nya
GOR. Kawasan ni boleh dikatakan
menjamu mata melihat ciptaan Allah and
mencari ketenangan jauh dari
kesibukan bandar melbourne... Pada asalnya plan
nak drive sendiri je untuk trip ke GOR ni, sebab pendapat orang cakap
drive sendiri lagi puas and lagi seronok sebab dapat stop dekat setiap detinasi di GOR ni, bukan sekadar stop dekat
destinasi yang famous jer.. Hehehe, then kita akan
lebih bebas masa untuk nak duduk berapa lama dekat stop stop yang ada di
sepanjang GOR ni, and
menikmati keindahan alam.. Tetapi !! disebabkan kami ni sangkat
kekangan waktu dan bila dikira cost sewa kereta dengan cost ambil tour ni jauh
lebih murah ambik tour, kami pun decide untuk ambil tour
bersama Extragreen nih.. Ada
Pros and Cons, korang decide je pilihan sendiri nak travel ke sini macam mana,
rasa mampu teruskan jer..
Sesetengah orang, yang datang ke
Melbourne untuk ke GOR ni mereka akan
bermalam disini.. tapi itu untuk mereka yang planning
stay lama lah di Melbourne, macam kami ni sekadar
4 hari sahaja aktiviti di Melbourne ni, memang kena
balik hari je la.. Sebab tu agak rush sedikit,
kena ambil tour untuk cover tempat-tempat ni. Alhamdulillah, target nak ke
GOR ni nak jumpa 12 Apostles tu jer! Hehehe tempat
famous wajib berhenti and tengok bila ke GOR.. So, naik tour ni tak ada masalah lah kami
tak ada rasa rush and okay je asal sampai tempat di tuju and mata pun seronok dapat tengok
keindahan lautan di Victoria ni, hutan-hutan...
Untuk trip ke GOR ni, kami kena berkumpul di Pejabat Extragreen
pukul 8.00am macam tu.. Haa hari ni tak rushing yer, lift apartment ke bawah pun okay.. Hahaha,
santai santai je jalan pun
tak ada nak kena jalan laju ke apa.. Sebab
7.00am memang dah turun apartment siap sempat posing lagi
dekat pokok depan apartment ni.. Hehehe...
Ramai jugak yang ambil tour ke GOR ni, berbanding semalam kita pergi ke Mt Buller kan, satu bas penuh je.. tapi hari ni ada
2 bas yang akan ke GOR.. Haa nampak tak dekat situ? Kalau datang Melbourne orang mesti akan
mengejar untuk pergi ke GOR... Bas bergerak dalam
8.45am macam tu, and macam biasa
perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 Jam juga nak ke
pintu gerbang GOR tu, haaa siapa cakap dekat dekat? memang masak lah siapa yang
drive and tak bergilir tu, naya kat kawan tu.. yang belakang member semua
membuta kan! Hahaha.. Kami okay,
semua tidur berehat.. bila bas berhenti 1 stop semua
enjoy the moment tak ada yang penat ke apa.. fair kan macam tu...
Stop pertama kami semasa perjalanan di GOR adalah di
Great Ocean Road Chocolaterie, tempat ni ada tempat proses coklat and jualan coklat.. perhhh
sedap bau coklat dia! And masa sampai sampai kat pintu masuk tu dah
happy sebab apa tau? dia kasi rasa
FREE coklat tu haa satu bekas besar tu FREE boleh rasa ada
White Chocolates, Milk Chocolates and Dark Chocolates.. Yummmyssss... Sedap coklat dia, ni dok cakap dengan member member
kalau bawak bekas tupperware ke ni sedap tapau ni..
HAHAHAHAHA.... lol mentality malaysian peoples sangat kan... Hehehehehe... Melbourne/Australia ni memang terkenal dengan coklat jugak, sebab tu coklat dia
agak famous disini and orang beli sebagai souvenir!!
Kami buat makan sendiri je, tak beli pun.. beli coklat dekat
Coles jer..
Lepas dah rengang badan di Chocolaterie tu, dalam
15 minit macam tu dari situ jumpa dah
stop seterusnya iaitu
Memorial Arch Great Ocean Road. Tempat ni wajib berhenti yer kalau sampai GOR ni, ye lah ni
pintu gerbang dia kot.. Sini je nampak tulisan
GOR tu, bukti dah sampai kena
wajib bergambar di sini.. Hehehe, gigih lah turun dari bas
ambil view yang helok tak nampak orang, tak nampak bayang. Haa dekat sini rasa
tak syok bila travel ikut public tour..
sebab apa? sebab time kita turun semua ramai ramai nak turun sekali so gambar jadi
background ramai orang! Tak termasuk tour lain sekali, so semak lah jadi
ramai orang kan.. Korang kena pandai and bersabar untuk cari
port and angle yang helokk... Banyak jugak ambil gambar dekat sini, sebab nak dapatkan yang perfect view! Then
mission complete sebab dah dapat gambar di pintu gerbang ni !!...
Yeayy...
Next destinastion dalam sejam lebih jugak next stop kita untuk makan
lunch di Apollo Bay. Perghhh korang yang
tak tahan mabuk bas/mabuk jalan ni di ingatkan kena
standby asam ke gula gula berangin ke atau tidur lahhh untuk mengelakan diri
dari mual and rasa nak muntah and pening! Jalan nak sampai ke
Apollo Bay tu, putus putus macam cameron..
Malah lebih dahsyat tau.. So siap sedia mental and gula gula ya.. Hehehe, memang pening and iza kena
cuba tidur jugak.. Suami dekat sebelah pun dah
mual-mual nampaknya.. Hahaha... Sampai je dekat Apollo Bay tu, kami sebelum ni
dah survey orang malaysia selalu akan makan di
Iluka Restaurant, so kami pun decide untuk makan disini.. Order
Fish & Chip sahaja semua ni, and iza ada order
seafood pizza.. Serius lah nak cakap ni, kalau ada
SOS CILI life ke maggi ke, lagi
terangkat tau!!... Ni dah lah tekak loya, makan pulak yang jenis
tak ada sos pedas tapi hanya mayo fish and chips tu..
mual sangat rasa! nasib ada lemon dia tu, boleh lah ada rasa hilangkan loya ni.. Hihihi... Overall
sedap je Fish & Chips dia, cuma kalau ada
Sos Cili lagi ummpphhh....
Finally, lepas dah siap makan... kami akan ke
12 Apostles !!! Yeahhh... tempat yang ditunggu-tunggu dah
sampai akhirnya.. Hehehe... selalu tengok dalam
google je, hari ni dapat
tengok depan depan syukur alhamdulillah....
Apa yang special tempat ni? View dia sangat special !!
batu batu yang terasing tu, buat kan tempat ni sangat special.. susah nak ungkap dengan kata kata,
korang kena tengok sendiri betapa indahnya
ciptaan tuhan yang esa.. Angin kuat time kami sampai sini,
walaupun matahari terik, tapi sejuk sangat dengan bercampur angin dari pantai ni.. Kami sampai dalam
pukul 3.00pm macam tu, so matahari dah
bukan atas kepala, so gambar
agak sukar nak ambik sebab kami melawan cahaya matahari. so nampak
gelap jer muka kita.. Kena ada yang
pakar ambik kan gambar, baru jadi.. Wey,
boleh gaduh tau duduk sini kalau tak dapat gambar perfect! Hahaha... gambar muka gelap sebab
lawan cahaya.. Dengan orang ramai nak ambik port
melatar belakang kan 12 Apostles tu.. Sabar banyak... Hahahahaha....
Dapat gambar perfect, boleh laa daripada tak ada kan.. syukur dah sampai...
lautan meluas tu, subhanaallah....
Last Stop kami di Great Ocean Road ni sebelum kami
balik ke Melbourne City adalah di
Loch Ard Gorge.. Sampai sini tak jauh dari 12 Apostles tadi, nak ke view Loch Ard Gorge ni
kena menapak kaki turun bawah ikut tangga dia dalam
74 anak tangga.. tak tinggi lah okay jer..
siapa malas, dok diam diam dalam bas tu.. Hihihi..
rugi weyy tak turun! background
cantikkk hayyy... Kat sini ada sejarah dia,
tapi malas nak cerita sebab iza tak tahu jelas pasal sejarah ni..
tahu gitu gitu jer.. korang nak tahu,
pergi google sendiri yaa.. Hahahaha.. Settled berposing di sini, puas hati.. maka kami pun
naik semula ke bas...
Settled dah stop stop kami di Great Ocean Road ni,
nampak sikit sangatkan? tapi memang
itu lah timingnya, tak boleh stop banyak tempat sempat memang akan sampai
ke city malam !!.. Ada Stop lain seperti
Anglesea, Lorne, Kennet River, Gibson Step, London Bridge, dan sebagainya... So, korang kalau rasa ada stop lain nak singgah
tak boleh la naik tour ni.. kena lah
drive sendiri yea.. Perjalanan pulang
pun dah malam di Melbourne City, dalam
pukul 8 malam macam tu..
haa sekarang dah percaya tak? kami keluar pagi and balik malam hanya pergi
1 trip sahaja?... sebab trip ni jauh jauh.. Melbourne ni tempat tarikan dia yang
must visit jauh jauh.. hihihi, so untuk dua hari trip ni kami memang
banyak habiskan masa di atas jalan.. tapi untuk trip esokknya kami dah
relaks relaks berjalan sendiri and last tour dengan Extragreen nih...
Sampai sahaja di City, kami ke mall
Woolworths grocery and BW, sesaja cuci mata and beli kudapan lagi.. Hahaha..
I likeee melbourne punya grocery shop selain Coles tu... Lepas tu, hari dah lewat.. kami pun decide nak
dinner dengan Kebab HSP (Halal Snack Pack) bersepah lah dekat Melbourne ni...
Sedappp weyhhh terngiang ngiang lagi rasa
daging dia lembut bersama kentang dia yang gemuk gemuk !! Hahaha, kami ke
Viva Kebab di Flinders Street nak ke sini, kami struggle
naik tram ya ampunn kemain haa
study tengok tram mana satu kena naik ni?.. Sebab tengok google map
kata macam tu, tengok signboard
kata macam ni.. So, memang agak lambat jugak perjalanan kami sebab ni
first time nak naik tram dekat city.. and jangan risau its
FREE ZONE !! naik je mana mana,
asal jangan sesat.. Hehehe.. Kalau sesat, dah terlajak ke
Zone tak Free.. Laluan dia agak pening, tapi
once dah biasa naik boleh tahu dah kot.. Kami di City ni
tak naik sangat tram, tak macam berjalan di Korea/Sapporo dulu kan memang pengangkutan awam yang utama kami naik..
Viva Kebab ni portion besar! and
sedap sangat.. siapa yang nak tengok lebih dekat boleh tengok di
Instagram @iza.nalia iza ada highlight perjalanan kami di Melbourne and untuk makan kebab ni ada di
highlight Day 3.. Jemput tengok and follow yaa.. Btw, iza ada beli sushi jugak kat area mall yang kami singgah tu, besar wey sushi dia !! Hahaha puas hati makan...
Alhamdulillah, setelah
berjalan jauh and survive dengan tram ni haa ke hulur hilir, dengan
my coke tertinggal tak claim dekat Viva Kebab tu! Hahaha... akhirnya
kami sampai juga dirumah....
fuhhh penatnyaaa!! Hari ni rasa penatnya berjalan.. Sampai pun apartment,
berehat and prepare diri untuk trip esoknya... Weee...
Esok nak jumpa kangaroo..
Nantikan aktiviti kami esok,
shopping barang dah start esok... and kami pergi jumpa haiwan haiwan
signature kepada Australia....
For now, thank you for reading.....
Salam Sayang,
IZA.NALIA
*** Read more about our Melbourne Trip :
DAY 1 : Kami Ke Melbourne Day 1
DAY 2 : Kami Ke Melbourne Day 2
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 4
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 5
Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin, Google Image.