Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Feb 3, 2017

[KOREA] - Budget Ke SEOUL,Travel Sendiri Tanpa Tourist Guide !!

 


 

Korea and Cerita Korea lagi !! Hikss.. Rasa nak share semua setiap apa persiapan kami sebelum and semasa kami di Seoul,Korea. Seronok sambil share cerita kat sini, sambil macam throwback balik kenangan-kenangan yang dah ditinggalkan di negara Kimchi tu! hihihi.. Sorry lah uolss, iolss ni tak boleh MOVE ON lagi lahh... T__T  Hayy, tak tahu lah bila boleh move on ni.. Asyik-Asyik ingat kat oppa korea! eh ehh.. teringatt kat environment Korea ^_^ ... [Matilanakkkk kalau laki haku baca nnt ingat kat oppa :P]

Okay, so iza jangan banyak cakap. Ramai kawan-kawan FB dok tunggu entry ni! Entry dimana, mereka nak tahu sangat berapa bajet pergi korea time winter ni? berapa bajet pergi sendiri tanpa agensi ni? macam mana nak survive kat negara minoriti islam? Okay, semua ni iza akan cerita kat sini ye. Sebelum tu iza nak bagitahu yang trip ke Seoul ni hanya seramai 4 orang sahaja and selama 6 Hari 5 Malam di bandar Seoul,Korea sahaja [19 Jan - 24 Jan 2017]. Bagi mereka yang plan nak ke Seoul sahaja boleh lah teruskan membaca entry ni ye. Budget & suggestion tempat melawat ni di buat bersama 2 lagi buddies iza iaitu Hasliya and shasha, liya lah yang banyak pecah-pecahkan bajet ni sebab dia sangat pentingkan bab asingkan duit siap-siap untuk benda-benda penting ni.. hehehe.. Thank You sisturrr !!



 
OUR LAST DISCUSSION BEFORE FLY


Senarai budget yang perlu dititikberatkan sebelum pergi travel kemana-mana negara secara persendirian ialah :

1. Tiket FLIGHT (Return)

2. Hotel / Tempat Penginapan
3. Cost Transportation
4. Tempat makan halal
5. Tempat melawat yang perlukan tiket bayaran masuk.


NOTE : Semua harga kos ni untuk seorang, Exchange Rate untuk 1,000won -> RM = @3.80 




  

1. Tiket FLIGHT (Return) 

Macam biasalah, kalau dah nama nak murah nak kos rendah sudah semestinya naik flight AIR ASIA. Kalau nak tiket murah, make sure beli setahun sebelum atau enam bulan sebelum tarikh fly. Kalau bulan depan nak pergi, hari ni baru beli... alamatnyaa, bukan lah percutiaan bajet tu.. :D Kami beli tiket flight bulan June'2016 alhamdulillah dapat murah okaylah daripada biasa. RM 743.08 seorang [Return]. Before beli bulan 6 hari tu, iza ada jugak buat alert kat SkyScanner, website ni bagusnya dia akan bagi alert kat kita kalau ada tiket flight murah untuk semua jenis syarikat penerbangan dari KL ke SEOUL. Tapi kebanyakannya memang tunjuk AIR ASIA je yang murah! hahaha.. 


 

Harga ni tak termasuk luggage, meal on flight, choose seat, etc yea... Untuk ni *optional sebab bergantunglah pada seseorang tu nak ke tak semua ni, kalau nak kosnyer pun bertambahlah. Macam kami, memang ambil luggage pergi-balik, meal on flight, pilih seat. So overall total seorang untuk add-ons semua ni dalam RM256 - RM284 [Tak sama sebab bergantung pada makan ape, luggage berapa, seat macam mana] .


Normal Seat - RM39 + Returned = RM 78 [Saje nak beli sebab nak tepi tingkap semua]

Meal - RM15 + Returned = RM30 [Wajib ambil, sebab flight 6 Jam++]
Luggage - 30kg : RM148/2 = RM 74 [Pergi, satu pasangan ambil 30kg then bahagi dua]
Luggage Returned - 20kg : RM102 [Balik, iza and faiz ambil 30kg jugak, lagi 2 org ambil 20kg sorg]


TOTAL FLIGHT = RM 743.08 + RM256 / RM284 = RM 999.08 / RM 1,027.08  





 

2. Hotel / Tempat Penginapan

Untuk details penuh tentang tempat penginapan kami di Seoul,Korea boleh pergi entry sebelum ni -> Star Hostel Myeongdong Family. 

Untuk 5 malam, kami perlu spend RM 474.22 seorang untuk sewa DOUBLE STUDIO Room with all kitchen facilities inside. Kami letak bajet seorang RM500 untuk 5 malam, so this is under budget, so proceed je untuk duduk sini. Alhamdulillah puas hati !


Kena rajin google, guesthouse mana best. Area mana senang  access dengan subway/public transport. Kami banyak tengok kat Trivago, Booking.Com, AGODA and AirBnb. Jangan cari kawasan penginapan yang berbukit yee, nasibb lah kalau dapat! Jenuh seharian dah penat berjalan, balik hotel pun kena mendaki lagi? Nasib lahh.. hahaha.. Kawasan Korea memang kebanyakannya berbukit.



TOTAL TEMPAT PENGINAPAN = RM 474.22





 

3. Cost Transportation

Gigih tak? kami siap-siap kira kos sepanjang kami di sana? Transport utama kami disana ialah Subway. So, cara kira siap-siap kos setiap station kita nak pergi ni, kita kena siapkan itinerary dulu! Itinerary kita nak kemana, dari mana so dari situ kita dapat letak berapa kos sekali pergi station tu. Macam mana nak tahu kos tu? Install lah application di smartphone korang KAKAO METRO atau mana-mana apps yang boleh tunjuk secara offline perjalanan subway di Korea! Serius ini sangat membantu masa ada kat sana and masa nak buat itinerary kat sini. 


 


 


Kebanyakan setiap station yang kami pergi akan menelan 1,250 won = RM4.75 dan paling mahal kos station subway yang kami akan pergi ialah perjalanan ke Nami Islands. So, setelah siap itinerary kami, bila liya tolong buat budget korea tambah-tolak jadinya kami perlu standby duit korea 33,000 won. 

30,000 won = Topup, budget perjalanan kami selama 6 Hari di Seoul.

3,000 won = Beli kad T-Money [Macam beli kad Touch N'Go], malangnya masa kami sampai harga kad ni menjadi 4,000won lebih 1,000 dari bajet yang kami asingkan. 
3,000 won = Topup T-Money lagi


 

DALAM BAS DARI AIRPORT, SANGAT SELESA !

Next, kena asingkan duit cash transport yang menaiki BAS. Sebenarnya, bas pun kita boleh touch T-Money tuh! Tapi untuk kes ni kami tak nak. Kami asingkan duit bas airport limousine dari Incheon ke Hostel dan duit bas shuttle semasa di Nami Islands.

30,000 won = 15,000 won sehala Incheon Airport to Hostel.

6,000 won = Bus Shuttle sepanjang berada di area Nami Islands.


TOTAL TRANSPORT = 34,000won + 3,000won + 36,000won  = 73,000 won : RM 277.40



**Jangan lupa, kos bas TBS ke KLIA2 and KLIA2 ke TBS = RM11 sehala : RM 22 (Returned)





 

4. Tempat makan halal

Sebelum kami siapkan itinerary, kami dah tawaf setiap satu blog-blog yang pernah pergi korea, kalau nampak dorang ada makan yang best-best kami akan cuba selitkan one of MUST TRY at Seoul. Hahahaha... So, kami decide untuk makan 3 kali di restoran, 3 kali di Cafe.

Restoran Ikan Bakar Ahjumma,Dongdaemun = 7,000won dalam bajet (13,000won)

Restoran Yang Good Lamb = 14,000won dalam bajet (13,000won) 
Restoran Drama Cafe [Nasi Goncang] = 9,000won dalam bajet (13,000won)
Cat Cafe = 9,000won dalam bajet (8,000won)
Hello Kitty Cafe = 10,300won dalam bajet (10,000won)
Sulbing Korean Dessert = 10,000won dalam bajet (10,000won)


  


 


 


 



 
 
TOTAL MAKAN = 7,000w + 14,000w + 9,000w + 9,000w + 10,300w + 10,000 = 59,300won : RM 225.34


 


 


 

Untuk breakfast kami makan sendiri, roti/biskut bawak dari malaysia. Makan lunch kami bawak bekal, hahaha gigih tak? Hasliya and Shasha masak nasi lauk-lauk instant. Dah kata ada dapur private kan, kena lah masak! 2 kali bawak bekal makan luar, satu masa dekat Everland satu masa dekat Hangang Park. Time sejuk memang lapar, semua sedappp! Then kalau malam lapar, maggi jelah peneman... Kami semua bawak sambal ikan bilis untuk survive kat sini, hahaha ni memang famous kalau orang pergi overseas kan... 





 

5. Tempat melawat yang perlukan tiket bayaran masuk.

Tempat yang kami pergi yang perlukan tiket untuk masuk antaranya, Gyeongbokgung Palace(3,000won), Everland Theme Park(RM112), Ttukseom Hangang Park(6,000won), Nami Islands(8,000won) and Petite France(8,000won).


 
GYEONGBOKGUNG PALACE

 
TTUKSEOM HANGANG PARK

 
NAMI ISLANDS

 
PETITE FRANCE

Kami letak budget 41,000won tapi total tak sampai sebab budget ke Namsan Tower (10,000won) and Morning Calm di Nami (8,000won) kami tak pergi.. Namsan Tower pergi, tapi disekitar kekunci cinta tu je FREE! Kalau kena bayar tu kalau naik kat menara tinjau tuh.. huhu...

 
 MASA NI SUHU -15'C, TAK ADA MOOD BERGAMBAR.. KESEJUKAN !!

Tiket Everland, kami dah beli siap-siap di Malaysia dengan harga lebih murah! RM112 sahaja instead of RM190 (after convert) kalau beli kat sana. pheeuwww... Jimat banyak ken?? Haa, thanks a lot lah to my buddies sebab rajin mencari tiket murah ni jumpa di 11street.com . Korang kalau nak pergi USS ke Disneyland ke even LEGOLAND and sunway lagoon pun boleh je beli dengan agen tu kat 11street.com insyaallah boleh percaya! Iza choose TRIBA-EAST TRAVEL SDN BHD, not bad lah service dia response kita, deal dengan kita semua tu lengkap and jelas. Dia akan email kita voucher, then voucher tu voucher sementara, nanti sampai hari nak pergi tu kena tebus tiket dengan orang kat korea, akan deal untuk jumpa dia kat pintu masuk Everland tu. Then, baru boleh masuk...



 

TOTAL TIKET ENTRANCE = 3,000w + 6,000w + 8,000w + 8,000w = 25,000won : RM95.00 + RM112 [Everland] = RM207.00



Kami ada letak budget untuk sewa pakai hanbok dengan nak main basikal kat Nami Islands, bajet kami letak 17,000won tapi, dua-dua ni kami tak guna duitnya sebab Kedai pakai baju hanbok tu tutup masa hari kita nak pergi tu then basikal kat Nami pun tak beroperasi lagi masa kami datang.. Ouchh Sadissss T___T So, duit tu pergilah bawak pergi shopping kat Namdemun lagi. Hahahaha...



 
PERMANDANGAN SALJI DARI ATAS FLIGHT


Bajet yang iza tulis ni total bajet seorang yang tak termasuk, shopping-shopping, beli souvenir, beli street food kat myeondong, beli air mineral/jajan-jajan kat 7Eleven, dan sebagainya yang melibatkan nafsu diri sendiri untuk keluarkan duit.... Hahaha. Bajet yang iza cakap ni kira bajet  yang MUST SPEND bila nak datang Seoul,Korea gitueew.. 


 
MYEONDONG NIGHT MARKET STREET

 
BANGUNAN E-LEDANG DI NAMDEMUN

So, bila orang tanya berapa total spend sendiri pergi korea ni? Dah terjawab ke belum? Jom kita buat summary GRAND TOTAL untuk semua ni..


Ticket Flight + Add-ons = RM 1,027.08

Tempat Penginapan = RM 474.22
Transportation = RM 277.40 + RM 22.00
Kedai Makan = RM 225.34
Tiket Entrance = RM 207.00

GRAND TOTAL = RM 2,233.04 (+-)



Iza tukar duit 3 Kali kat Malaysia -

exchange rate : 3.745 [Bulan 11]
exchange rate : 3.780 [Bulan 12]
exchange rate : 3.800 [Bulan 1]

Lebih kurang RM2,600 convert ke Korean Won [Untuk 2 orang, iza dan suami], duit ni pakai sepanjang berada di sana and alhamdulillah sangat cukup! Sampai ada lebih lagi tak habis boleh tukar semula ke MYR duit tu.. Sebenarnya, lepas liya dah buat bajet berapa kena asingkan untuk kegunaan penting kat korea, iza pun asingkan dengan cara letak satu-satu duit won yang diasingkan dalam sampul raya tu , asingkan ikut makan,transport,tiket,lain2.. iza buat 2 set okay! satu iza satu suami... So lebihnya tu letak dalam dompet biasa lah, kira tu duit shopping/souvenir/makan-makan streetfood etc..



 

Nak tahu tak ape pro and cons nyer?? Yang bagusnyaa, duit yang dah diasingkan tu tak akan disentuh untuk TERGUNA beli benda lain, kira dah save utk benda-benda penting je.


Yang TAK bagusnyaa, kita ingat duit kita dah habis, sekali korek dalam sampul raya tu ada duit lebihan yang tak digunakan. Sebabnya, kadang nak cepat, so ambil je duit yang kat dompet instead of duit yang dah asingkan dalam sampul tu, kesudahnya? ingat duit yang buat shopping2 tu dah habiss, rupanyaa ada kat dlm sampul tuh! Tak contra kan.. Hmm... 


Kesudahnya, husben iza pergi tukar lg RM200 kat sana convert rugi RM20, sebab ingat duit dah habis.. Sekali, malam yang esoknya nak balik tu dok kira duit.. hahaha hambikk ada lebih kurang 100,000 won kot (termasuk duit yang baru convert kat sana)!! Tepukk dahi laki haku tengok lepas iza kira ada duit lebihan ni.. hahahaha.. Tak pe lah, allah nak suruh kita berjimat lah tu.. Ada hikmah ni kenapa macam ni.. huhu.. Tapi maybe next time nak buat lagi macam ni, memang membantu cuma kena ingat untuk KONTRA kan semula lepas ambil duit yang tak diasingkan tu...


So far, nak pergi Korea ni banyak jugak kami kena saving sebab kos nak beli winter coat,boots,gloves, segala persiapan lengkap pakaian untuk pergi negara bermusim winter ni. Iza tak masukkan kos beli segala kelengkapan tu kat sini, sebab lain orang lain kos nya! Macam iza mahu sampai RM1,500++kot. Iza cuma share kos sepanjang berada disana je bagi nak kasi korang gambaran jelas, lebih kurang macam tu lah kos kat sana bila travel sendiri tanpa perlukan agensi. 



 

Travel sendiri tanpa agensi memang best, sebab kita bebas masa bebas nak ke mana-mana, cumanya kena kerja lebih sikit, study lebih sikit untuk survive nanti kan.. Alhamdulillah kami berjaya, tak sesat, semua berjalan lancar seperti dirancang dalam itinerary kami. Perancangan awal tu sangat penting ye untuk memulakan perjalanan sendiri, kalau jenis malas planning! So, tak boleh lah travel sendiri.. Kena lah tambah duit lagi untuk bayar agensi,tapi seronoklah tak payah pikir ape dah. 



Lastly nak bagitahu, pergi korea tak susah mana pun! Yakinkan jee diri boleh travel sendiri ok.. Kami boleh! Korang pun boleh!... Jom pergi korea... hehehehe...




 

***Berminat nak tahu itinerary kami kemana tak? Macam mana bentuk itinerary kami yang sangat lengkap tu, macam mana buat itinerary !? Kalau rasa nak tahu and berminat, iza boleh share untuk next entry... :) ?


Credit Info : Our BFF travel team (Hasliya,ShaSha & myHusben)



Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??

 NaraCards ke Korea
Click Here 


Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 



JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :



34 comments:

Anonymous said...

boleh saya tgk itinery awak?

Lot said...

Terima kasih atas perkongsian 👍

Anonymous said...

salam...sy nk tanya..T-Money tu 1card 1orang ke?mcm sy,isteri,anak2org kne ada 4 t-money...cmtu ke?ke bleh 1family 1card T-money...

Unknown said...

Assalamualaikun sis...bajet ni utk seorang atau berapa ni?

Unknown said...

Sis nak tanya..masa winter ssuai x pkai sluar slack?

Unknown said...

Sis nak tanya..masa winter ssuai x pkai sluar slack?

cartoon world said...

Asalam. Nak tanya. Perlu ke tak sewa poket wifi kalau nak travel ke sana? Tq

Izanalia said...

Luth Adam : Sama-sama.. tq sudi baca

Anonymous : T-Money macam touch n go satu orang satu.. bukan 1 card 1 family..

Unknown : Bajet ni untuk seorang..

Nurul Syafiqah : Okay je seluar slack, tapi kena yang tebal kalau tak kena pakai long john 1 set dgn seluar..

Cartoon World : Wasalam, saya masa ke sana tak pakai poket wifi, saya hanya bergantung kepada FREE WIFI di bandar2..

Unknown said...

As salam iza...blh share dan guide saya utk buat itenary ke Seoul Korea..saya pergi October ni tapi itenary x siap lagi.

Izanalia said...

Wasalam... boleh... jom DM saya kat IG atau PM di FB yaa...

Unknown said...

Bole ajar camne nak buat budget tuk 3 beranak x

Izanalia said...

Tak susah pun bajet kalau 3 beranak, sebab tak jauh beza dengan bajet berdua.. Apa-apa boleh email saya ya izanalia@gmail.com

zaridah said...

Asslm, nak tnya, kenapa masa kat nami island tutup, ada hari hari yg specific dia buka ke? and kenapa ada extra rm 95 kat everland? Kami ada bercuti bawak budak kecik(5 tahun. 3 tahun) ada apa apa advice esp time sejuk ni?

Izanalia said...

Wasalam, kami terlalu awal sampai nami sebab tu ada part dia tak buka lagi.. Kalau nak tunggu boleh je, tapi kami tak nak buang masa hanya di nami island, kami ada plan lain.. sebab tu kami kat nami sampai tgh hari sahaja...extra RM95 di everland? Tak faham.. bercuti tmpt winter bawa budak kena byk bersabar and make sure mereka selesa dgn pakaian yang di pakai.. hidung berair dan akan selsema itu biasa.. standby heatpack beli kat daiso rm5 utk kekal suam sepanjang jalan...

Unknown said...

mintak pendapat boleh, saya nk travel bersama ank2 saya n baby.saya nak travel sendiri awal okt ni, saya masih blur lg..boleh ke tolong saya...?

Unknown said...

salam kak, nak tanya bila nak pi korea kan kita kena ada visa. macam mana buat visa dekat malaysia ni? terimaksih

Izanalia said...

Unknown 1st : Blur yang macam mana ya? Nak saya tolong apa? Apa-apa email saya yaa izanalia@gmail.com

Unknown 2nd : Wasalam, korea tak perlu VISA.. dia hanya VISA on Arrival.. maksudnya isi form masa atas flight tu..

Dd said...

Assalam sis, blh email itinerary tak? sakura_lover09@yahoo.com

Btw nak tanya kalau hujung feb masih ada snow ke kat sana atau resort ski. Tq

Dd said...

Oh satu lg, makanan apa yg xboleh bwk yea..kalau jepun tu tahu jgk...korea mcm jepun x.kira makanan takat megi,roti,sambal bilis tu ok kan..kalau serunding & beras tu kena declare jgk ke? Atau ada nasi instant..

Izanalia said...

@Ranmauri, Korea senang masuk makanan.. bawa lah selagi nak bawa.. hihihi.. nasi di korea ada instant, macam pulut.. Any iti request, email saya dulu yaa izanalia@gmail.com

farhana said...

plan ke korea soon inshaallah

khadijah said...

Terima kasih atas perkongsian yg detail sekali.

Unknown said...

Syukur sgt sgt sgt jumpa blog ni..dri berpuluh2 blog aku baca, yg ni buat aku faham..thank you yaaa😘

Izanalia said...

Alhamdulillah... Hehehe.. Thank You sudi membaca... :)

Unknown said...

Ni baru satu saya baca, macam dah excited nak ke korea, tiket dah beli March 2019 (cuti sekolah)..harga tiket lebih sikit coz cuti sekolah.. boleh share intinerary awak.. appreciated it.. :) :) :)

Unknown said...

Assalam Iza, terima kasih byk sharing atas.. saya dah email kat Iza nak minta share Iti... thanks a lot..

nur said...

Assalam, blog yg super best. Boleh share? Minta emel intinerary tak puan Izanalia?

Anonymous said...

Sis. Amount yg sis nyatakan. Untuk 2 0ax or 1 pax sis?

Izanalia said...

Untuk seorang.... harga itu ALL IN....

sAraH aiSYAh sALim said...

hai, boleh tahu tak belanja2 personal berapa bajet.. sy nk g bulan 3 ni.. pakej so makan semua under pakerj..cuma nk tahu belanja2 lain.. 1st time nk g jalan negara orang...

saraaisyah@yahoo.com

Melancong ke Kundasang Sabah said...

Nice sharing!

Tengah plan nak ke Korea juga ni. Huhu... Tu singgah baca.

Btw, jemput baca juga entry saya.

Itenari Trip Bercuti Ke Kundasang Sabah

mount-bromo.blogspot.com said...

Pakej Percutian Bromo, Pakej Pelancongan Bromo, Travelling ke Gunung Bromo, Sewa Kereta Surabaya Bromo malang, Pakej Pelancongan Kuil Borobudur Prambanan, Pakej Pelancongan kawah Ijen, Ejen Pelancongan Travel Surabaya Bromo, Pakej Percutian Malang, Pakej Percutian Surabaya Jawa Timur, Pakej Pelancongan Percutian Bromo Air Terjun Madakaripura, Harga Sewa Bas Surabaya Bromo, Lawatan Kawah Ijen Bromo dari Surabaya, Pakej Percutian Bromo Surabaya Jawa timur

b said...

Salam sis iza. Sis ade buat servis dalam penyusunan itinerary tak? Sbb sy dah ade tempat dan hari untuk pergi ke semua tempat, cuma saya ade masalah dari segi waktu dan juga kos subway bgi setiap perjalanan

Izanalia said...

Wasalam... Email sy yaa untuk dptkan itinerary sy.. dari situ boleh refer cost2 semua..
izanalia@gmail.com