Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Feb 28, 2018

Budget Laki Bini di Sapporo,Hokkaido.. Travel Sendiri Lagi !!


Sapporo? Kat mana tuh?... Mungkin ada orang yang tahu.. and mungkin ada jugak yang tak tahu.. Sapporo merupakan ibu negeri Hokkaido,Japan. Tak ramai lagi orang kita datang ke sini, memandangkan Tokyo/Osaka lebih banyak tarikannya berbanding hokkaido.. Kalau ikut peta dunia, Wilayah Hokkaido ni terletak di bahagian paling utara Jepun.. Sebab itu lah Salji tebal and lebat ada banyak di bumi Hokkaido berbanding di wilayah jepun yang lain... Salji di Hokkaido pun boleh dikatakan salji yang berkualiti serta debu saljinya lebih halus berbanding yang lain..





Salji tebal ?! Yess.. itu lah MISI kami untuk trip kali ni.. Kalau tahun lepas kita ke Seoul, Korea and hanya jumpa salji yang biasa jee.. Kali ni kami mencari negara salji yang tebal and lebih halus.. Hokkaido,Japan ! Kami memilih untuk ke sini sebab nak capai misi ni je.. Hahaha.. Yes, memang sangat sangat puas hati ! Kami puas giler main salji, and paling best hampir setiap hari dapat merasa hujan salji.. Weee, yang mana kalau kat Korea hari tu, dapat merasa sekali je itupun sikit jee.. Hihihi.. So sangat berbaloi yee pergi Hokkaido, bagi siapa nak rasa main salji puas-puas..


Berapa pulak bajet perbelanjaan kita kali nih? Untuk pengetahuan semua, sebelum iza cerita lebih panjang pasal bajet.. Iza nak bagitahu siap-siap trip ini bukan trip backpackers yang utamakan penjimatan 100%. and bukan trip buddies yer.. Trip ni boleh dikatakan sedikit "diva traveler" (tang hotel tuh) hahaha.. sebab kami pergi berdua jee suami isteri.. Bila pergi berdua, kos akan jadi mahal sedikit berbanding kalau pergi ramai-ramai..tapi kami cuba jugak untuk kurangkan kos... So, siapa yang bercadang nak pergi by group, tak digalakkan terus membaca entry ni, sebab TAK SESUAI.. hahaha.. Tapi kalau nak ambil sedikit sebanyak info yang perlu, dipersilakan....




Trip ni bukan trip honeymoon, tapi kami suami isteri lebih suka kalau kata vacation biasa-biasa jee... Tapi orang semua bila nampak kita suami isteri pergi travel, semua CHOP kata pergi honeymoon.. Cehh.. lain tauu honeymoon dengan berjalan biasa.. :P Trip kami 6 Hari 4 Malam sahaja di bandar Sapporo, Hokkaido, Japan.. [11 Feb - 16 Feb 2018]. Kami menaiki Air Asia X, sebab ni je airline yang direct flight yang lain semua kena transit tokyo! buang masa.. huhu.. Bajet serta tempat-tempat yang kami lawat ni semua atas bantuan suami iza sendiri and support group team "Road To Japan" di Facebook . Paling Thank You sangat dekat group RTJ sebab banyak sangat info yang membantu.. Korang nak pergi Jepun? Pergi cepat request follow group tuh!..




Total pembelanjaan yang iza nak share untuk trip kali ni kita pecahkan seperti berikut:

1. Tiket Flight (Return and Add-ons)
2. Hotel/Tempat Penginapan
3. Kos pengangkutan (Public Transport)
4. Sim Card/Pocket Wifi
5. Travel Insurance
6. Entrance Fee (Tempat melawat)
7. Souvenir / Ole Ole
8. Makan - Makan / Convenience Shop


NOTE : Semua harga kos ni untuk dua orang.. Exchange Rate 1,000 yen -> RM = 36.00







1. Tiket Flight (Return and Add-ons)

Of course pilihan utama kita Air Asia X... Low Cost airlines kan, yang bestnya AAX adalah direct fly to Hokkaido, so tak ada buang masa. Kebanyakan airlines lain kena transit di Tokyo.. Oh ya, kalau nak search di website depart ke mana, korang type (Sapporo) nanti dia keluar Sapporo Chitose.




So, untuk ke Sapporo,Hokkaido ni iza dapat tiket RM 825.00 seorang RETURNED... Sebenarnyaa kalau iza beli masa March'17 hari tu boleh dapat RM700+- tapi sebab time tu 50/50 lagi nak pergi ke tak, so iza decide beli masa bulan June'17 Air Asia open untuk FREE SEAT, so dapat lah harga tu untuk seorang, tak termasuk add-ons baggage,seat selected,meal on flight etc... Yang tu terpulang pada individu.. Kalau nak jimat, tak payah beli seat, tak payah beli baggage (just hand carry) and tak payah beli makanan atas flight (tidooo jee) Hahahaha... Macam kes iza, of course makan WAJIB dalam flight, luggage pun WAJIB ! and actually pilih seat TAK WAJIB, tp disebabkan perjalanan 7 Jam +- so nak selesa.. Kena lah pilih seat.. Hahaha..





Korang kalau beli tiket awal tu, jangan terus nak beli luggage,meal,seat time tu jugak.. Nanti terasa sangat tiket flight tu mahal ! and in case tiba-tiba ada masalah apa ke kan, tak dapat fly... So, better yang add-ons ni beli sebulan sebelum nak fly! Tapi kalau time beli tiket flight tu dah ada duit lebih nak beli terus seat, meal semua tu.. Silakan... Hehehe..




Advanced Seat : RM48 + Returned = RM96 (RM192 untuk dua orang)
Meal : RM15 + Returned = RM30 (RM60 untuk dua orang)
Luggage 25Kg : RM130 (Pergi)
Luggage 30Kg : RM160 (Balik)


Total Flight = RM825.00 + RM825.00 + RM192 + RM60 + RM130 + RM160 = RM 2,192.00 (Dua Orang and Returned)





2. Hotel/Tempat Penginapan

Disebabkan kami hanya pergi berdua, and flight kami sampai ke Sapporo awal pagi... So kami decide untuk memilih menginap di Hotel instead of airBnb or guesthouse etc... Why?.. Sebabnya, hotel ni mudah dalam kita nak check-in awal (Kalau ada bilik kosong time tu) ATAU mudah bila kita sampai awal, kita cakap nak drop luggage kat hotel dia and dia tolong simpankan bag kita kat ruangan khas bilik di hotel tu.. So kat situ kita dah jimat locker yang kita kena sewa kalau kita sampai Sapporo awal, tak boleh nak simpan beg kat airBnb sebab rumah tu maybe tengah ada orang guna... Atau owner belum kemas rumah lagi.. and insecure nak simpan luggage kat rumah orang, tp kita belum masuk official check in lagi kat rumah tu kan.. So, iza malas nak fikir banyak.. book hotel je.. lagipun trip kali ni memang tak ada nak masak masak sangat! Plus, kami berdua memang dah biasa makan makanan Jepun, so mudah je bagi kita makan makanan kat sini.. Janji cari yang HALAL and muslim friendly... Tak susah pun, sekarang dah ada apps halal navi Japan, install je...





Sesetengah orang sangat pentingkan dapur! Travel mana-mana kena cari yang ada dapur, sebab nak masak! So korang boleh sewa airBnb lah.. Bagi iza, Hotel ni cukup dah ada microwave pun dah syukur !! Iza request nak bilik yang dekat dengan microwave and city view.. Nahh hambikk hotel tu betul betul tunaikan permintaan iza.. Dia letak bilik kami depan depan bilik microwave and view dari tingkat 11 tu memang sangat cantik ! Thank You Vessel Inn Nakajima Park !!..

BILIK MICROWAVE/VENDING MACHINE DEPAN BILIK HOTEL

VIEW DARI LEVEL 11, SALJI MEMUTIH... CANTIK SGT !


One more thing sebelum nak pilih tempat penginapan, korang kena make sure hotel atau airBnb tu dekat dengan station SUBWAY/Public Transport. Tolong yea, korang akan menyesal kalau sewa tempat penginapan yang jauh dari public transport.. Dah lah penat berjalan seharian, then dapat subway jauh dengan hotel.. Nak balik hotel kena jalan lagii sebatuu.. Fuhh sedihh !! So ini sangat iza titik beratkan setiap kali travel sendiri.. Untuk hotel yang iza stay ni, hanya 2-3 minit je jalan kaki dengan Station Subway Nakajima Koen, seronok sangat! Hahaha... siap ada lift dari subway nak naik ke jalan, so senang lah bawak luggage besar besar ada lift.. Bayangkan kalau tak ada? kau kena angkut beg besar besar tu naik tangga?? whattt?... Huhuhu... (Sorry lah, ni feeling diva traveler :P )





Owh yaa... untuk trip ke sapporo ni, iza ambik 2 Hotel.. Satu kat SAPPORO, 3 malam and satu lagi kat CHITOSE 1 malam sebelum depart balik Malaysia.. Why ambik 2 Hotel?? Kenapa tak dari Sapporo teruss ke airport esoknya??... (Boleh tak cerita ni iza selit kat setiap entry itinerary iza satu satu nanti? Hahaha, sebab ni entry budget.. Nanti panjang sangat nak sembang.. Hahaha)






Kami book hotel di Agoda.Com... Untuk 3 malam di Vessel Inn Nakajima Park total spend RM904.65 untuk satu bilik double bed small room and 1 malam di Hotel Wing International  Chitose total spend RM277.29. Total semua ni dah termasuk services charge Agoda and Tax... Hotel kat Chitose tu last minute beli (Padan Muka) so agak pricy sikit.. Huu.. Disebabkan kami stay kat Hotel.. then dua hotel pulak tuh !! Jadinya, trip ni bukan trip budget traveler yea.. ni kira trip mewah jugak nih! Hahaha...  Dari backpackers terus switch to Diva Traveler budget disebabkan Hotel.. huu.. Tapi korang try lah search.. Hotel Hotel kat Sapporo tu, semua mencekik tawu?? Grrr.. malas pikir banyak.. booking jee mana yang rasa facility dia terbaik.. (Okay untuk tips yang ni jangan follow yee bagi yang utamakan bajet.. Hahaha)


Total Penginapan di Sapporo + Chitose : RM904.65 + RM277.29 = RM 1,181.94 (Satu Bilik 2 Hotel)





3. Kos Pengangkutan

Bila dah kata travel sendiri, of course transport utama kami mestilah Public Transport. Subway dia adalah transport utama kami! Mana mana nak pergi mesti dengan subway.. So macam mana nak tahu perancangan berapa bajet kena asingkan khas untuk transport je?.. Cara dia, korang kena siapkan itinerary dulu.. Dah siap itinerary baru boleh bajet berapa kos transport korang.. So bila dah tahu kos, senang nak letak berapa amount topup untuk kad Kitaca (Macam Touch n' Go)

BELAKANG TU TRAM, SEJENIS TREN YG KONGSI LALUAN DGN KERETA




Iza memang mengaku lah, nak study pasal tren kat Jepun ni.. jenis jenis kad dia semua tu.. aduhh memang susah sangat! Kena banyak sabar and kena banyak research serta rajin membaca! Mujur husben iza dia sangat membantu dalam research pasal transport di Hokkaido ni.. Kalau tak kita rugi banyak tau... Yang banyak membantu kita nak kemana and kemana nak turun station etc semuaa tu... adalah Google Maps ! Kita buat macam ni, contoh nak ke Sapporo Tv Tower.. So kita letak location kita dari mana then nak ke mana, then google maps akan tunjuk sepatutnya turun station mana.. Nahh dari situ lah siapnya itinerary kami.. Hahaha.. (Nak dapat exact cara pergi semua tu susah, kat blog blog tak ramai yang cerita pasal Sapporo lagi) 




MESIN ADA ENGLISH YA, JGN RISAU SENANG JE NAK BELI !

NI KAT DONICHIKA, SAH 1 HARI SAHAJA.. KAMI PAKAI MASA 12 FEB TIME TU SAPPORO TENGAH PUBLIC HOLIDAYS


Kat sana kami naik semua public transport... JR Lines, Subway, Street Car (Tram), Bas, Taxi... Sila beli kad Kitaca bila berada di Hokkaido yaa.. sebab sangat memudahkan urusan naik public transport.. Touch touch je!..


2,000 ¥  = Beli kad Kitaca (Boleh guna 1,500 Yen Sahaja)
5,000 ¥  = Topup Kad Kitaca
520 ¥  = Beli Kad 1 Day Unlimited Pass (Donichika) *Weekend & Public Holidays Sahaja* + Subway Line Sahaja...


Kami tak ada topup apa-apa dah dari hari 1st kami topup pertama 5,000¥  tu.. Siap ada baki lagi kad tu dalam 370¥ .. Okay lah tu ngam ngam! Owh hari nak balik tu kita boleh dapat refund balik baki yang ada dalam kad tu yea.. Dont worry!..

Pakai cash masa naik Taxi sekali = 470¥


Total Transport = (2,000¥  + 5,000¥  + 520¥) X 2 Orang + 470¥  = 15,510¥  : RM 558.36 (Dua Orang)





4. Sim Card/Pocket Wifi

Actually this time punya trip, kami laki bini nie kaki instastory! (boleh tgk IG story highlight kat IG iza ada save) Kaki update tak henti.. Hahaha.. Lain sangat masa kami pergi Korea dulu! Tak ade nak insta story sgt.. Lebih kepada record dulu and post kemudian.. Hahaha.. So last time kami bergantung pada FREE WIFI di bandar2 korea.. Tapi this time kami survey and beli sendiri sim card semasa di jepun..

Kenapa kami prefer sim card?.. Sebabnyaa kami pergi berdua je, kalau group better nak jimat ambil pocket wifi... Jangan tak tahu yea, kami beli sim card ni dari Malaysia lagi.. Haa mudah kan?.. Sampai sana pasang je sim card yg dpt ni.. Thanks to RTJ sebab dari situ lah kami dpt info nih!!.. 




HUSBEN TENGAH NAK SETUP KAT HP, TIME LAGI 30 MIN NAK LANDING...


Husben iza yang study pasal simcard ni.. Kami beli simcard Hello 1010, 3GB and 5GB = RM 126.90 include postage! Hari ni register kat website dia, esok dah sampai depan rumah ! Lajuu... And simcard ni memang khas utk internet sahaja yea.. Sah selama 7 Hari je.. so bila dah dapat tu.. tunggu dah sampai sana baru masuk sim card tu.. Jangan gatal dari malaysia dah siap pasang! Once dia dah activated, maka dah berjalan lah 7 hari tu....



5. Travel Insurance

Untuk trip kali ni.. Well yes! Kami ambil travel insurance... sebab kita nak pergi negara yang salji tebal ni, risiko macam macam.. lagi lagi nak pergi main SKI pulak?! Kot patah riuk ape kee, dah berkos kos disitu... Mintakkk jauhh lah... Tapi persediaan perlu ade sebelum jadi apa apa kan... Sediakan payung sebelum hujan org cakap... Sayang duit memang sayang! Kalau tak jadi apa apa kira burn lah insurance tu kan... huhu..

Tapiii lagi sayang duitt kalau terjadi apa apa then kita tak ada travel insurance?.. Lagi banyakk duit akan habiss... so think twice ya uolss untuk apply travel insurance nih.. Malang tak berbau... Sila lah apply untuk rasa diri dilindungi... Tak mahal pun ! Kami dapat info dari group RTJ jugak.. Kami apply AXA Travel Insurance ! RM 78 sahaja utk 2 orang package smart traveler... Perlindungan sepanjang tarikh kita travel...

Alhamdulillah... sepanjang kami di Sapporo tak ada perkara buruk terjadi kepada kami... Main Ski pun jatuh jatuh manja jee.. Hehehe.. 



TOURIST CENTRE @ SAPPORO STATION


6. Entrance Fee 

Ni tips nak bagi kat korang... Nak masuk mana mana tempat pelancongan sapporo dengan harga diskaun??.. Lebih murah berbanding biasa?.. Haa korang kena rajin pergi dekat tourist guide centre di Sapporo Station masa hari sampai tu, minta kat centre tu semua diskaun masuk tempat korang nak pergi! Make sure itinerary dah tahu nak pergi mana eh, so tourist guide tu akan bagi kita kupon tiket entrance diskaun mana yang kita minta...





Diskaun murah 200-300 ¥ pun sgt bersyukur sebab besar jugak diskaun tu kalau pergi ramai2 kan... So ni antara tempat yang kami pergi perlukan tiket masuk..


- OTARU AQUARIUM : 900 ¥ seorang
- SKI SET : 3,620 ¥ seorang
- MT. MOIWA : 1,500 ¥ seorang




SET SKI KAT TAKINO SUZURAN, SIAPA TAK NAK MAIN SKI.. TAK ADA KOS LAH, FREE JEE NAK MAIN TUBE SLIDE KE, SNOW SHOEING ETC...






MT.MOIWA, 2 GONDOLA KENA NAIK UTK SAMPAI KE PUNCAK !!


NAK JUMPA PENGUIN?? KENA DATANG OTARU AQUARIUM... 

OTARU AQUARIUM... SERONOK DAPAT TGK HAIWAN2 MUSIM SEJUK!!


Kat Sapporo time salji ni memang best, kebanyakan tempat pelancongan dia entrance fee banyak yang FREE and kebanyakan nya lebih kepada sightseen jee.. So jimat sgt duit! Hahaha.. beberapa tempat je kami pergi yang perlukan tiket bayaran masuk.. Area lain lain yang kami pergi sightseen tu semua FREE.. Contoh pergi Snow Festival dia FREE, Takino Suzuran FREE cuma siapa main Ski je kena bayar.. Area Otaru pun FREE.. Masuk museum Music Box pun FREE.. 


FORMER GOV OFFICE, JLN2 SEKITAR BANGUNAN NI..

SAPPORO CLOCK TOWER, NAK MASUK ADA CAJ.. KITA AMBIK GMBR JE..

SAPPORO TV TOWER, MERCU TANDA SAPPORO, NAK NAIK TOWER ADA CAJ.. KITA TAK NAIK..

SAPPORO SNOW FESTIVAL, FREE SEPANJANG ODORI PARK ! (1 WEEK EVENT ONLY)

OTARU CANAL, SIGHTSEEN JER..

OTARU MUSIC BOX MUSEUM, MASUK FREE.... 



Ada lagi tempat pelancongan lain yang korang pergi Sapporo, boleh visit.. Tapi kami tak pergi, sebab kekangan masa and hari.. Sapporo siang sangat sekejap! Sehari nak pergi 2/3 bandar memang tak boleh... Pukul 4.30pm dah nak gelap... Tak puas rasa! 

Tapi bila dah sampai Sapporo ni, dapat main salji tepi jalan pun dah seronok sangat! Dah rasa tak payah la visit tempat main salji... tepi jalan pun boleh.. ahahaha... Tepi jalan pun salji sangat tebal !!..


Total Entrance Fee = (900¥ + 3,620¥ + 1,500¥ ) X 2 orang = 12,040¥ : RM 433.44 (Dua Orang)





7. Souvenir / Ole Ole

Sejujurnyaa nak bagitahu... Souvenir di Jepun ni mahal weyh!!.. Tercari cari jugak kedai dia ala ala pasar malam ke.. TAK ADA okay!. T-shirt Hokkaido pun satu RM50+ -... Tak jumpa macam kat Korea seronok sikit shopping souvenir.. Tapi kat jepun ni, untuk orang yang bukan ada ada macam kami ni, agak berkira sikit nak shopping kat sini.. hahaha..



Tempat shopping yang kami pergi 3x Tanukikoji yang terletak di Susukino... Sini lah pusat shopping dia, segala drug store semua sini... Kita shopping coklat je banyak sini ! Kami dah research coklat apa yang boleh kita beli and halal... Sapporo famous dengan Coklat coklat tau!! Sila borong yeaa, coklat dia sedap sedap! Yang penting make sure halal and yakin untuk di makan... Then, utk family selain coklat iza beli buah melon tu sebijik and buah2 yang memang from Hokkaido.. Manis and sedapp giler buah melon dia, apple dia, jagung diaa.. fuhh! Tak boleh lupaa tauuu... Korang beli la hari nak last balik tu, baru dia segar lama sikit sampai malaysia.. 

NIJO MARKET, KAWASAN SHOPPING BUAH2 AND SEAFOOD !!

COKE NIE BOLEH JADI SOUVENIR, SBB DIA SPECIAL EDITION HOKKAIDO...


ANTARA COKLAT2 YANG KAMI SHOPPING KAT SAPPORO... 


Total shopping and belanja souvenir : 16,073¥ = RM 578.63





8. Makan - Makan / Convenience Shop

Makan di Sapporo ni agak sukar sedikit memandangkan jumlah muslim di Hokkaido tak ramai.. Muslim yang melancong ke Hokkaido pun belum ramai lagi berbanding di Tokyo/Osaka dimana tempat tumpuan utama orang akan melancong bila ke Jepun!.. Tapi jangan risau, dengan adanya Apps Halal Navi, kita mudah sangat nak cari tempat makan yang HALAL / Muslim Friendly.


Semasa kami di Sapporo, dapat jugak makan di beberapa tempat makan disini.. Agak rugi kalau korang sampai di negara orang tetapi tak merasa makan di sini.. Kami pergi 4 kedai makan di sini, and kami tahu tempat makan di pun hasil dari research di group RTJ !




TIGA DARI ATAS NI, GAMBAR KAMI MAKAN DI SNOW FESTIVAL..

INI DI DONBURI CHAYA, OTARU..  TERBAYANG2 SCALLOP DIA SEDAP SGT !

KING CRAB DI NIJO MARKET, AMBIK HALF JEE. TU PUN SEMPUT NAK HABISKAN BERDUA!! 

IKAN MACKEREL KAT LAUT SEJUK MEMANG SEDAP KE? KAT KOREA DULU PUN SEDAP JUGAK ! BUAT KAT MALAYSIA TAK JUMPA RASA IKAN SAMA.. HAHA..

RAMEN HOURYU, SUSUKINO



Convenience Shop macam 7 Eleven, Family Mart, Lawson and Seico Mart adalah tempat cari makan kedua kalau korang sesak sangat tak tahu nak makan apa, pergi lah sini.. And macam iza and husben, kita okay je makan sushi/onigiri semua tu.. So bila rasa lapar nak alas perut, pergi je masuk kedai ni and cari onigiri ! Make sure yang isinya bukan dari daging yaa.. Huhu.. Cari kopi ke air coklat ke semua kat kedai ni, bila masuk rasa heaven! Lagi best dari convenience shop kat malaysia! Hahaha.. Cuma masa nak membeli tu kena tapis lah ye tengok yakin halal and selamat di makan ke tak.. HAHAHA...

BELI KAT 7 ELEVEN, PANASKAN KAT MICROWAVE.. 

KOPI/AIR COKLAT DIA HEAVEN SINI.. NAK BAWAK BALIK, BERAT LUGGAGE! 

MINERAL WATER RASA AIR BUAH.. ALAA MCM TINGE KALAU KAT MALAYSIA..

HUARRHHH NI SEDAPP !!! TAK PUAS MINUM KAT SANA.. 

NAK RASA MAKAN AIS KRIM TAK CAIR? JOM MAKAN KAT TEMPAT ADA SNOW, YUMMEEHH.. 

HUSBEN SAJE NAK TRY COKE PEACH, GAS DIA MENUSUK KE HIDUNG !.. 

FAVOURITE KAMI, ONIGIRI...  


Tempat makan kami di Sapporo :-

Donburi Chaya, Otaru =   4,120¥
Fugetsu Okonomiyaki, Tanukikoji Street = 1,177¥
Ramen Hour-yu, Susukino = 1,424¥
King Crab, Nijo Market = 8,580¥


Total belanja kami di Convenience Shop + Ice Cream Hokkaido = 2,295 ¥ + 350¥ : 2,645¥ 
Total makan makan di Sapporo Snow Festival = 1,300¥ 


Total Keseluruhan = 4,120¥ + 1,177¥ + 1,424¥ + 8,580¥ + 2,645¥  + 1,300¥ = 19,246¥ : RM 692.86






Berapa total keseluruhan kami laki bini ke Sapporo nih?.. Yang iza kira kat atas semua ni belanja untuk dua orang ye, so kalau kita pecah kan kepada dua orang jadi kecil lah amount dia.. Okay now iza nak buat secara ringkasan pembelanjaan kami sebelum dan sepanjang di Sapporo....


Tiket Flight & Add-Ons = RM 2,192.00
Hotel (2 Hotel 4 Malam) = RM 1,181.94
Public Transport = RM 558.36
Sim Card = RM 126.90
Travel Insurance = RM 78.00
Any Entrance Fee = RM 433.44
Souvenir = RM 578.63
Kedai Makan & Convenience Shop = RM 692.86


SUPER GRAND TOTAL : RM 5,842.13 (Untuk 2 Orang)

GRAND TOTAL SEORANG : RM 2,922 (All In for 6 Days 4 Nights including FOOD,SHOPPING at Sapporo,Hokkaido,Japan)



[Beza lebih kurang RM680+ - lebih dari pergi Korea untuk seorang.. So betul lah tu kan Jepun mahal sikit dari Korea.. Hahaha..]



Ada orang tanya... KOREA ke JEPUN mahal iza??.. So, jawapannyaa ?.... Of course JAPAN is more expensive than Korea !.. Tapiii.... Kalau tanya iza, kalau dapat repeat travel, nak pergi Korea ke Jepun?.. My answer is.. JAPAN !.... This country was so nice and masyarakat mereka sangat sangat baik dan sopan berbanding di Korea... Datang sini tak payah shopping lah! Lagi boleh jimat banyak.. Hahaha... Korea pun I still tak boleh MOVE ON lagi... Hahaha.. dua dua negara ni best !! So nak repeat dua dua boleh tak? Hihihi..



Tambah lagi satu experience kita travel negara asia timur.. Alhamdulillah, so far perjalanan smooth and seperti dijadualkan dalam itinerary yang kami laki bini buat.. Tak sesat, cuma ada sikit salah faham dengan JR LINES time nak balik ke Chitose.. Huhu.. Overall semua lancar.. alhamdulillah... Seronok and puas travel sendiri.. Yeyy !!


Insyaallah kalau ada kelapangan, iza akan share entry day by day aktiviti kami di SAPPORO... Siapa nak itinerary, boleh request kat iza.. Drop email kat komen bawah ni yea.. and Click Follow this Blog kat Bar kanan ni --->

ATAU email dulu kat iza untuk request : izanalia@gmail.com




Thank You sudi membaca sampai habis !.... Semoga korang yang baca ni, akan jejak kaki di Sapporo satu hari nanti, and cipta kenangan yang lagi best dari kami.. Amiin... Jom Travel sendiri ! :)


Salam Sayang,

IZA.NALIA

LOVE ~ SAPPORO, HOKKAIDO,JAPAN (FEB'2018)






37 comments:

Izanalia said...

Leave Your Comment Here or any Question.. Insyaallah iza akan cuba reply...

Hans Hanis said...

bila lah nak merasa main salji
best nya tengok gambar2 nih

AM said...

Menarik baca cerita Iza ke Sapporo. Tiket pun murah sangat. Bole bagi itinerari ke sapporo. Nk buat rujukan kalu ada rezeki kesana nanti.

Izanalia said...

Insyaallah one some day boleh pergi !! Hari hari cakap nak pergi, nanti sampai lah tu.. hehehe...

Izanalia said...

hi.. thank you sudi baca.. sebenarnya boleh dapat lagi murah dari tu.. kalau nak itinerary email sy dulu ya.. izanalia@gmail.com tq..

lina said...

Best baca iza nyer cerita...insyaallah kami nak ke soporo jan 2019😍 boleh syer itinerary tak...bleh jadikan panduan masa kat sana nnti

Izanalia said...

Wahh!!! Seronoknyaa... yeyy... saljii lebat tuee kena prepare byk perkara... insyaallah boleh share itinerary.. email iza dlu yea.. tq..

Unknown said...

bestt nyaa salji tebal hehe..tq kak share info..seronok ��
Doakn kita smpai sana feb thun depan bawa ibu mertua & ayah sy & anak2. klu ada rezeki hehe, doakn kita jejak kesana�� Hehe hari2 dok sebut simpan bajet
Boleh shre itinerary kak��

Unknown said...

bestt nyaa salji tebal hehe..tq kak share info..seronok ��
Doakn kita smpai sana thun depan bawa ibu mertua & ayah sy & anak2. klu ada rezeki hehe, doakn kita jejak kesana�� ..Hehe hari2 dok sebut simpan bajet ..
boleh shre itinerary kak

Ir Mek said...

Salam pn nak minta iternery sebab nak pi 20 june 24 di sapporo, kalau dpt pn email ke email saya noorulhafilah@gmail.com

Unknown said...

nak ittinerary sis
drazizah86@gmail.com
Tq

efyainaa said...

salam iza..
nak minta itinerary ke sapporo boleh? TQ!
afiqahainaa259@gmail.com

Rynn12 said...

Setuju dgn awk....sy dah ke korea thn 2015 dan ke tokyo-osaka pada 2016, tp jika diberi peluang sy nak ripit ke jepun...jepun sgt best...negara y bersih and org2 dia sgt nice...doakan saya ya yg plan ke sapporo hokkaido pd feb 2019 nti...btw entri awk ni sgt best..sgt membantu sy yg prepare nk ke sana nti...thanx a lot...

Radhia Razali said...

seronoknya travel japan pada musim salji..teringin nak sampai sana

azlizamuhammed said...

Salam. Sy nak itenary boleh?azlizamuhammed@gmail.com

Unknown said...

Blh x email.iti sapporo..saya nk.kesana disember ni..cumieciki@yahoo.com..tq

Unknown said...

Blh x email.iti sapporo..saya nk.kesana disember ni..cumieciki@yahoo.com..tq

Anonymous said...

Seronoknya… share iternary blh zianaismail@yahoo.com.my. recommend hotel yg dekat dgn station. tkasih

Unknown said...

Kak boleh tolong emailkan itinerary akk Nurfatihahteknikmudah@gmail.com

Izanalia said...

Salam sayang semua yang minta itinerary...
Seperti yang saya mention di post.. Sesiapa yang nak itinerary saya, minta email request dulu pada saya yaa di izanalia@gmail.com
Nanti senang saya reply satu per satu...

Terima Kasih...

Unknown said...

Salam Pn....seronok baca pengalaman Puan dan Suami di Sapporo...InsyaAllah bulan Jan 2019 ni saya akan ke sana packpackers je...Tak sabar rasanya...
Tkasih atas maklumat ini

sYaza said...

Salam hi..excited nye baca pengalaman hokkaido!!kite punya flight 22-28 jan 2019 ni...seronok baca n x sbr nk main salji tebal!!heheheh thank you info best ni..kalau puan tak kisah boleh ke sy minta contoh rancangan perjalanan puan??ni email sy farah.syaza89@gmail.com terima kasih ....

sue said...

assalam iza....nk tnya mcm mn kita nk pastikan hotel tu dkt dgn subway/train...n ok x klu bwak budak dlm umur 7y, 4y & 2.5y
travel mcm iza..ke perlu amik pakej..tq

Izanalia said...

Salam semua, bagi yang nak itinerary.. Sila email saya dulu ya, seperti mana saya mention ni entry.. TQ..

Izanalia said...

@Sue,
Nak pastikan dekat dengan subway/train.. Kena google map lepas dah tengok hotel tu.. Kalau bawa budak, kena stanby warmer semua keperluan dia dengan cukup, sebab memang sejuk kalau pergi time winter. Kalau tak nak fikir, boleh ambil pakej, tapi make sure pakej yang ada transport by van/car sebab ada anak kecik senang nak masuk terus tak payah nak bersesak dalam train. Terpulang.

Aqilah Alam said...

Salam hi Iza, i nk request itinerary you boley .. i dah email you dah .. TQ. :)

Anita said...

Salam Iza,
Berapa lama persiapan before you fly ke sana? Sebab biasanya masa snow festival ni, hotel rooms cepat aje fully booked.

Thanks.

liz said...

salam saya nk tny utk hari terakhir nk balik malaysia tu dr airport puan bergerak pukul berapa dan menaiki apa?

Unknown said...

Salam Iza. Ya Allah baca ni pun dah melompat lompat. mmg xsabar sgt nak pegi sekali dgn family semua ni. Blh tlg share itinerary? Plan nak pegi hujung taun ni. baru sibuk nak buat research :) :) hahaaa
trima kasih.
Email : deadcuanyin@gmail.com

shimacma said...

Assalamualaikum sis iza, wah mcm tak percaya budget gi hokaido tak sampai rm3k...sgt menarik...saya memang suka pergi travel sendiri cuma Klu ke negara yg ada masaalah bahasa ni mcm kurang keyakinan...Tapi uoll berdua memang ter terbaik....

Anonymous said...

Salam.... Baru terjumpa blog SAPPORO AKAK.... waduh.... Siok nya. Very infomatif. Padat dengan info2 berguna. Thank you.

Unknown said...

Terasa nk ke sapporo jgk la.. Klau x keberatan Bleh share itinerary x. Masrunsalleh@gmail.com.

mastura said...

menarik dan jelas . boleh share intry. hehe

Anonymous said...

insyaAllah sy otw 1feb ni ke sana sesiapa g nanti jumpa kt airport chitose

Anonymous said...

tq atas pencerahan tu

Anonymous said...

mohon share. tq

Anonymous said...

Saya keSaporro 2019 secara backpakers family.Januari 2020 Seoul tapi saya lebih suka Saporro.Insyallah tahun 2021 ke sapporow lagi,