Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Feb 26, 2018

[KOREA] CARA BELI TIKET EVERLAND & CARA NAK PERGI EVERLAND[3rd Day]

BERSAMA AGENT YG KITA JUMPA UTK TUKAR KE TIKET ORIGINAL DARI TIKET YANG BELI DI 11 STREET..


Untuk hari ketiga kami di Korea, simple je.. Kami hanya habiskan masa di Everland Theme Park. Everland ni agak jauh sedikit dari bandar Seoul, dalam perjalanan 1 jam setengah untuk kita sampai ke sana. Tapi tak rasa jauh pun sebab kita tukar-tukar public transport kan. Everland ni satu theme park macam Genting Highland lah kalau kat Malaysia.. Ada satu lagi kat Korea ni dekat sikit dengan bandar Seoul namanya Lotte World. Tapi kalau nak lagi best kena pergi Everland lah.

Memang pada awalnya nak enjoy la main game kat sini, tapi sebab winter, banyak yang dia tak buka and kita tak berani nak main sebabnya sejukkk weyy !! Hahaha.. So naik yang biasa biasa je.. So macam mana nak pergi Everland ni? and macam mana nak dapatkan tiket Everland ni murah dari Malaysia je?.. Jom sambung baca...

Liya yang asalnya jumpa dulu tiket masuk Everland kat 11street so nampak lagi murah sangat dari kita beli kat sana. Tapi asalnya boleh percaya ke? macam mana procedure dia? ermm.. Takut sampai sana tak valid.. bla..blaa..blaa... So! kalau tak cuba tak tahu kan... Kami decide untuk beli jugak dekat 11street sebabnya?? Jauh lebih murah dari biasa.. kita kena lah berani mencuba kalau sesuatu tu menguntungkan alhamdulillah.. kalau kena tipu? anggap lah tak ada rezeki and pengajaran untuk kita.. Tapi so far alhamdulillah boleh percaya beli kat 11 street ni.. 



Lepas kami beli tiket di 11street tu, tengok lah nak berapa orang.. Kalau 4 orang beli 4 tiket la.. Then kita kena email syarikat yang jual kat 11 street tu, macam kami ambil TRIBA EAST TRAVEL. Triba East ni yang jual tiket Everland tu tapi dia jual di 11street. So kita deal dengan dia lepas ni, lepas payment semua dah settled dekat 11street. Kita email dia maklumat yang dia nak macam nama, passport tarikh bercadang nak ke Everland etc.. ni semua dia akan minta info once kita dah beli. Then lepas kita dah email dia semua tu, dia akan check payment cleared, dia reply email kita mengatakan tiket kita dah confirm. Wait ! ni bukan tiket lagi yaa.. Dia just bagi tahu tiket sementara akan dapat 3 hari sebelum hari kita departure ke Korea. So kena rajin tengok email tau 3 hari sebelum nak bertolak, sebab nak kena print tiket sementara sebelum kita tebus tiket sebenar dia di Everland nanti.

Sampai je tarikh kita nak pergi Everland tu, kita akan ber"wechat" dengan unnie korea sorang ni.. Hahaha dia kira travel agent pihak TRIBA EAST di korea, dia deal dengan kita nak jumpa kat pintu masuk mana untuk dia bagi tiket masuk Everland. So sampai sana, kita deal gan dia pukul berapa kat mana.. then dia minta kita tiket sementara tu yang mereka email, then kita akan dapat tiket masuk yang original. So macam tu lah procedure pembelian tiket Everland kami..  Mudah je and jimat banyak !!.


Kat atas ni cara macam mana nak pergi sampai ke Everland by public transport. Kami memang follow step ni and alhamdulillah berjaya sampai Everland dalam masa yang kami rancang.. Siapa faham syabas! Siapa tak faham, meh iza explain sikit... 

So, total transport yang kami ambil adalah 3. Pertama subway and kena transit di Seoul National Univercity station LINE 3 untuk pergi ke LINE 2 ke Gangnam Station. Turun di Gangnam Station kena cari EXIT 6/7 untuk kita jumpa station bas yang berada di tengah-tengah jalan. Station bas tu yang akan bawa kita ke Everland. Sampai je kat station bas lepas keluar dari station Gangnam tu, cari Bas no 5002, bas ni akan bawa kita terus ke Everland Theme Park tapi bukan sampai depan pintu theme park tau.. Haa dia hanya kat bustop shuttle Theme Park tu je.. perjalana dalam 50minit jugak untuk sampai ke Bustop Shuttle tu, kena alert lah yea.. Dia akan bagi tahu lokasi kita kat mana melalui screen TV dalam bas, so kalau nak tertidur tu make sure buat alarm kat hp bangun selepas 30 minit. Hahaha.. Sampai je kat station shuttle dia, kami menaiki bas shuttle FREE terus ke pintu masuk Everland. So itulah 3 transport yang kami naik untuk sampai ke Everland. 





Hari kami main kat Everland tu, tiba tiba time tu salji turun dengan lebatnyaa... Weee excited lah salji turun siang hari time kita tengah bermain.. So, tak main sangat lah ride kat situ.. Kami more kepada main salji ! Ambik gambar and video.. Paling best experience main slide tube kat sana! Time musim salji je dia buka.. Masa kat atas tu lah salji turun lebat, dapat lah 1st time feeling2 merasa hujan salji.. Banyak ride kami tak main, sebab too scary! Hahaha and lebih excited dengan salji.. kikiki.. Ada jugak yang kita masuk macam game2 dia yang light2 jee.. Kat Everland ni ada disediakan surau tau, so mudah nak solat bila berjalan.. Kami pergi zoo dia kat dalam ni, dapat jumpa harimau putih, beruang kutub.. Naik bas dia, and dia bawak kita pusing jalan... 


HUSBEN IZA JE YG BERANI MAIN MENATANG NI... HAHA..


MELATARBELAKANGKAN RIDE PALING EXTREME DI EVERLAND


TEMPAT SOLAT DISEDIAKAN DI EVERLAND NI.. BEST KAN?..


MUKA GAYAT DUA ORG NI.. HAHAHA..


BENDA NI SANGAT KAMI CARI KAT SANA !! HEATER.. 


WEEE EXCITED 1ST TIME MAIN TUBE SLIDE...




Kami stay di Everland hampir lewat petang jugak, memang dah plan seharian nak habiskan masa untuk main kat sini.. Then kami balik, route balik kami lain yea, sampai ni gangnam station subway, kami direct turun di Yeoksam Line 2 Exit 6. Haa nak pergi mana Exit 6 tu?.. Kita nak pergi cari kedai makan laa.. Katanya famous orang malaysia pergi sini kalau nak makan daging fresh and korean style bbq yang halal...

KELUAR DARI TREN UTK CARI EXIT 6 NI, KORANG KENA MENDAKI TANGGA NI... FUHH !!


THEN KELUAR DARI MENDAKI TANGGA TU, NAMPAK LAH JALAN BESAR BELAH KANAN NI.. 

NAMPAK JALAN BERBUKIT MACAM NI BETUL LA TU...

KEDAI DIA SEBELAH KIRI BERBUKIT...

RUGI SIAPA DATANG SEOUL, TAK MAKAN KAT KEDAI NI ! SEDAPPP.. !



Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant, dia buka pukul 4 ptg sampai 2 pagi.. So kalau berhajat nak makan lunch di sini, lupakan yaa.. sebab dia buka petang!.. Lamb kat sini memang sedap sangat! Dia imported dari Australia juga katanya, and harga dia okay lah untuk makan 4 orang kan.. Puas hati sebab layanan pun okay.. Kalau masuk restaurant ni dapat tengok ramai gambar2 orang malaysia dia tunjuk situ, sebabnya nak tarik kita untuk yakin makan kat kedai dia.. Eh memang yakin pun! Sebab besar besar dia letak HALAL kat kedai dia.. Cara nak pergi kedai ni agak susah sikit nak bercerita, tapi kawasan dia memang berbukit, iza sarankan korang google map and click by walking, nanti dia akan tunjuk direction. Dalam 10 minit jer jalan kaki dari station subway tu.. 


Hari pun dah lewat malam, badan pun dah penat... So time to balik hotel and rest... 


Terima Kasih sudi membaca.... 



Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :


14 comments:

Anonymous said...

kat mana nak tgk hari 4 dan seterusnya sis

Izanalia said...

Seterusnyaa insyaallah akan update lg...

Anonymous said...

Assalam brape harga tiket yg awk beli kt 11 street tu ye? ��

Izanalia said...

RM 112.00 untuk seorang masa awal Jan'2017..

Anonymous said...

Yang Good BBQ restaurant tu ada ayam tak ?

Unknown said...

SIS. MCMNA PULANG CARA PULANG DR EVERLAND TO KE INCHEON/SEOUL? KNE NAIK BAS DGN CRA SMA KE ?

Izanalia said...

BBQ ni tak ada ayam...

Izanalia said...

Cara pulang dari Everland ke sEOUL, sama macam cara pergi.. awak reversed kan sahaja..

Unknown said...


Salam...tiket masuk everland tu sekali include semua ke..?ke harga lain2 mcm zoo masuk lain harga..?

Izanalia said...

Wasalam, tiket everland tu sekali bayar masuk semua boleh...

Unknown said...

berapa harga makan di kedai bbq tu ye ?

nurul nadea said...

Salam sis nak tanya memandangkan saya dah baca blog sis.. Sis dah penah pergi korea n Melbourne kan which one lagi best ya? Anak nak main salji.. Pada pendapat sis yg mana lagi sis prefer utk pergi ya

nurul nadea said...

Sis which one lagi better ya korea or Melbourne? Anak nak main salji,memandangkan dua² tempat boleh cari salji tapi mana lagi best ya?

Izanalia said...

Terpulang.. bagi saya kalau ada anak kecil, better pergi korea. Kalau pergi melbourne, salji hanya ada di pergunungan tapi kat bandar dia tak ada. Pergi korea pula, kalau nak main salji make sure kena pergi tarikh yang salji dia akan turun, takut sampai2 nanti salji kering dah/belum turun lagi dekat city.