Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Feb 19, 2018

[KOREA] ITINERARY di Seoul Musim Salji [2nd Day]

Malam hari pertama kami di Seoul, iza ada cakap dengan husben.. Ermm tak da salji pun? Bila salji nak turun ni?.. Sedihh lahh kalau kita datang tapi salji tak ada... (Masa ni memang tak tahu yang kami ke Korea ni rupanya bukan sentiasa ada salji, ikut nasib) So, lepas dah merungut macam tu dengan husben, kami pun tidur lah.. Charge battery diri sebelum esoknya kami nak start journey di Korea ni.. Bangun pagi tu memang terasa sejuk sangat, even heater kita dah pasang masa tidur.. Tapi memang rasa sejuk dia lain macam.. (Tak ada nak tengok luar tingkap ke apa) sebab nak cepat bersiap kan.. Dah siap breakfast sendiri jee roti yang bawa dari Malaysia.. Then kita pun ready nak keluar bilik and start perjalanan... By the time kita keluar bilik je lagi terasa sejuk sangat ! Masa ni iza and husben dah siap dulu and menunggu liya and shasha untuk keluar bilik pulak..




Sementara menunggu tu.. si husben ni pergi lah menjenguk tingkap dekat depan bilik hotel ni... Tahu apa ayat pertama dia cakap?.. "Yanggg, salji lah!" me like.. iyeerr kee?? (tak nak kena tipu sbb dia ni kdg2 suka main2 nak kenakan kita, nnt dia bg harapan palsu jee.. so kita tak percaya lagi) Then dalam tak percaya tak percaya tu.. iza pun jalan lah jugak pergi kat tingkap yang dia tengok tu.. Subhanaallah !!!! Bumbung semua memutih di selebungi salji !!.. Patut malam tadi sejuk sangat rupanya hujan salji masa kami tidur... Macam tak percaya sebab ni lah salji pertama yang iza jumpa sejak hidup! Hahaha.. So excited... Allah dengar keluhan iza malam tadi sebelum tidur.. Hehehe... 

SALJI DI ROOFTOP HOTEL


Lepas dah nampak salji memutih kan bumbung rumah orang semua tu, husben pun buka pintu rooftop (sebelah bilik kami) untuk tengok and sentuh sendiri salji !! Ya allah time tu memang terus jeritt kat liya and shasha.. "Koranggg!! Salji...." Hahahaha dorang yang dah ngam-ngam siap tu pun teruss bergegas naik atas and tengok kat rooftop tu.. Muka memasing excited giler and happy sangat sebab pertama kali jumpa salji.. Sesi photography lah kat sini dulu kan sebelum keluar, time ni excited sangat habis dah lari dah masa dari itinerary yang kami plan..So bergambar kat rooftop ni saja dah dalam 30-40 minit.. Hahaha... Sukar nak cerita perasaan seronok sangat dapat pegang salji masa tu.. Hehehe..







Dah puas semua main salji sekejap kat rooftop tu, dah bergambar and upload kat FB/INSTA.. Kami pun mulakan perjalanan ke destinasi pertama dalam itinerary kami hari kedua.. Iaitu ke Namsan Hanok Village..Village ni belakang hotel kami je.. Jalan kaki 5 minit je.. Niat ke sini sebab nak tengok culture perkampungan orang korea, so tengok bangunan dia bersejarah.. bentuk bangunan dia seperti perkampungan lama yang dah dijadikan tempat pelancongan. Memang cantik village ni... And dari sini kita akan nampak Namsan Tower. Sampai je kami kat sini, kami bukan excited tengok stuktur bangunan perkampungan ni... Tapi teruja tengok salji memutih luas terbentang di seluruh kawasan ni.. Hahahaha... Tempat ni sangat cantik di selubungi salji ! Menyesal banyak buang masa kat rooftop tu main salji, padahal tempat ni lagi banyak salji dia.. Hahahaha...So macam biasa lah, kita bergambar dengan pelbagai gaya and pegang salji sepuasnya.. Kami tak jelajah habis tempat ni, sebab kawasan dia macam berbukit untuk kita teroka dan kami ni time ni lebih teruja dengan salji berbanding perkampungan dia.. hahaha..

NAMPAK TAK BELAKANG TU NAMSAN TOWER






SALJI MENYELUBUNGI DEDAUN.. CANTIK SGT !



Seterusnya kami ke Gyeongbokgung Palace, ni kira istana bersejarah yang wajib dilawati bila sampai Korea. Istana ni dah jadi museum, so decide lah korang nak masuk dalam ke atau nak tengok sekitar luar je.. Macam kami, kami memilih untuk tengok sekitar luar je so tiket masuk dalam 3,000 won and kalau nak jelajah seluruh tempat dalam istana ni tiket harga lain 10,000 won macam tu.. So bila sampai sini, korang kena make sure untuk kejar nak tengok waktu pertukaran shift penjaga istana ni.. Memang seronok tengok mereka berkawad semua tu kan, so rugi kalau korang terlepas. Tak silap, dalam sehari ada 3 kali je waktu dia.. Pukul 10pg,1ptg and 3ptg. Time pertukaran shift ni dapat lah kita tengok something new and kita dapat ambik gambar dengan pegawai penjaga istana full berpakaian rasmi istana. Tak rugi melawat tempat ni, bila lagi nak tengok istana mereka kan, asyik tengok kat Drama je.. huu...






On the way nak keluar dari istana tu, kami berjalan kaki nak ke station subway.. Kita akan jumpa dengan patung King Sejong and Admiral Yi Sun Sin bergambar lah korang dengan patung ni.. Mercu tanda dah sampai korea and istana dia.. Gitueww.. straight je kedepan dari pintu masuk istana tu memang akan jumpa dua patung ni, settled jumpa dua patung ni jumpa lah station subway.






Perjalanan diteruskan lagi... sesi petang ape lagi... Shopping time !! Namdemun Market.. Wee... ni nak bagitahu korang.. mana yang kaki shopping tu kan, yang dah ada senarai nak kena beli souvenir.. Korang tak payah pikir panjang dah.. beli jee kat Namdemun ni, sebab harga dia sangat murah berbanding tempat lain.. Kira kalau kat malaysia, Namdemun ni macam Masjid Jamek.. gitueeww.. Kalau korang dah pergi Myeondong sebelumnya, tolong jangan beli souvenir kat sana sebab mahal ! Iza suka sangat pergi Namdemun ni, rasa tak puas membeli.. Hahaha.. T-shirt2 Korea ke, kosmetik ke keychain2 ke sebagainya cari lah di pasar Namdemun ni okay? Percayalahh kelak korang akan menyesal kalau tak shopping betul-betul kat sini.. Hahaha.. Tapi ! Kena cepat tau.. dalam kul 9 mlm macam tu dia nak tutup dah.. Kalau nak tengah malam shopping kat area Myeondong/Dongdaemun lah..




Untuk hari ni, kami makan malam di Ikan Bakar Ahjuma! Wey seriuss lahh tempat ni sedap sangat... best gilerr.. Rugi lah siapa tak datang sini.. Kebanyakan orang kita dah ramai datang makan kat kedai ikan bakar Ahjuma ni.. Sampai dah famous dah ahjuma ni.. Hahaha.. kedai dia kecik je.. and korang kena pandai mencari kedai ni dengan melihat Google Map ye sebagai bantuan... Kedai ni kat area Pasar-Pasar macam tu.. and kul 9 malam dia dah tutup, so kena cepat tau.. Dia ada 2 menu jee yang utama, ikan bakar mackerel and sotong! Feeehhh ikan bakar mackerel tu tak payah cakap laa, memang sedappp and sotong diaa besar sangat portion !... Makan 4 orang memang puas sangat.. Berbaloi-baloi.. Cara nak ke sini? kena turun subway Dongdaemun cari Exit 8 sbb ade escalator.. Hahaha.. So keluar je, akan nampak JW MARRIOT hotel kat belah kanan kita.. Straight sampai jalan besar tu, belok kanan so Sungai Cheongstream tu akan ada di sebelah kiri kita sekarang... straight melepasi JW MARRIOT and akan melalui pasar jual jual kain tuala di dongdaemun, kena melepasi ni jugak.. Jumpa simpang untuk lintas, korang kena belok kanan.. and straight sikit je.. so akan nampak belah kiri nanti ada lorong kecil je macam masuk pasar (selepas bangunan cafe warna coklat) so masuk lorong kecik tu.. (macam kwasan chow kit).. So straight je dalam kedai kedua/ketiga tak silap, dah jumpa kedai makan ahjuma tu.. Tengok owner yang bakar ikan tu perempuan tua, haa tu lah kedai dia.. 







Lepas dah makan tu, kita belum nak balik lagi tau.. Haa misi mencari LED ROSE pulak.. hahaha.. time winter kan, so ada lah LED ROSE ni sekitar bangunan pelik Dongdaemun Plaza tuh.. Cabaran betul nak mencari LED ROSE ni siap tanya orang lagi.. Kami jalan kaki je dari kedai ahjuma tu, sebab bila tengok balik rasa tak jauh mana pun.. Susah nak decribe cara nak ke sini, korang dari jauh nanti nampak dah bangunan Dongdaemun Plaza yang macam kapal UFO ni dari jauh, korang berjalan je ke arah dia ok.. So ambil lah gambar kat sini sebagai mercu tanda dah sampai Korea.. Hahahaha.. Kami tak ada shopping apa apa kat dongdaemun ni sebab barang dia ada yang pricy jugak, and ada jugak dia buat jualan secara belian borong.




Malam masih muda lagi, sebelum balik Hotel, kami pergi cari dulu favourite dessert korea ! Famouss sangat iaitu Bingsu.. ni kalau kita panggil ABC lah kalau kat malaysia.. Bingsu ni kat Malaysia lagi kita dah rasa dah, ada kedai kat IOI CITY tu nama Hanbing.. So bila sampai Korea kami mencari kedai dessert famous dia ni namanya SULBING. Kalau datang area Myeondong tak susah nak cari.. ada jee Sulbing ni di mana-mana.. Yang kami pergi ni di Myeondong Street tingkat atas, korang google map lah untuk mencari.. Tapi sebenarnya dekat dengan hotel kami area Chungmuro Station tu pun ada jugak.. Hahaha.. Sedap memang sedap ! Tapi lagi sedap yang kat malaysia.. sebab maniss.. kat korea ni dia kurang manis sikit and kalau pilih mangga, bukan manis.. tapi masammm ohhoii... Hahaha.. Tamak halobaa nak sorang satu, hambikkk brain freeze tak habiss bingsuu tu.. hahaha.. Tapi seriuss sedapp ais diaa memang macam salji lain dari yang lain.. Korang kena CUBA !!.




Settled itinerary kita untuk hari kedua ni, kaki penat? memang tak payah cakap lah.. Nak berjalan kan, kena lah bertahan.. Tapi berjalan time winter lain tau dari time panas.. Seronok je rasa sebab tak berpeluh. Hahaha.. So esoknya kita nak pergi jauh sikit dari bandar Seoul and nak pergi theme park dia... Tahu apa best tak kat sini? Haa kami bukan main sangat theme park dia.. nak tahu kami main apa?? tungguuu next entry... kikiki..


Terima Kasih sudi membaca.... 




Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??






Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


JOM BACA ENTRY KOREA YANG LAIN? :



2 comments:

Bibie Karim said...

Rindunya Seoul!!!

Radhia Razali said...

bestnya bercuti di Korea..anyway, done follow ur blog.