Okay! Untuk yang nak ke korea, atau yang sekarang ada di Korea.. Ada berita baik untuk korang nih! Haaa.... Siapa yang tercari-cari Nasi Lemak di Korea?... Sekarang tak payah susah-susah dah nak cari bahan nak masak sendiri bila travel ke Korea tuh! Siapa yang study dekat korea ke yang kerja dekat sana rindu dengan Nasi Lemak Malaysia ni.. Haa ni Iza nak share info sikit.. Korang dah boleh makan Nasi Lemak dekat Korea tau!! Weeee.... Bestnyaaa! Tak payah nak teringin-teringin lagi eh sebab Nasi Lemak pure hasil tangan orang melayu kita dah ada di Korea!!
Korang melancong dekat Korea?? Nak order Nasi Lemak ni pun boleh.. Weyh! Tengok gambar pun dah terliur sangat... apatah lagi rasanya! Kalau korang stay dekat Itaewon.. Haaa memang langkah kanan lah sebab Kak Sri owner kepada Nasi Lemak D'Seoul ni based dia di Itaewon.. So korang nak beli 1 pun Kak Sri hantar (Serius lah, orang nak hantar kaw nak order 1 je? cukup kee?? Please lah korang akan menyesal! Paling2 pun order lah 2/3 untuk makan sorang! Hahaha).... Tapi misal kata korang stay luar dari kawasan Itaewon, minimum pembelian kena 4-5 bungkus yea.. Kalau jauh?... Perjalanan nak ke tempat korang tu dalam 1-2 Jam menaiki Subway? Haa minimum kena ambil 15 bungkus simpan makan sampai esok okay? ^_^ win win situation.. Kalau nak kuantiti sedikit je boleh lah korang pick up sendiri dengan Kak Sri dekat Itaewon.. Tak ada masalah, cumanya kena lah whatsapp dulu Kak Sri yea.. Takut Nasi Lemak dah habis atau tak provide hari tu..
Sedang nak delivery Nasi Lemak, ni bukan geng plastik hitam tau! Memang plastik korea macam tu, Hahahahaha.. Bukan sebab seludup makanan bulan puasa :P
Nasi Lemak D'Seoul ni ada jugak agent agent di sekitar bandar korea ni, cuma kalau korang nak lebih details area agent yang ada di kawasan tertentu, boleh refer dengan Kak Sri sendiri yea.. Dia akan bagi korang info agent area mana yang berdekatan dengan tempat stay korang.. Memudahkan kerja korang nak beli Nasi Lemak ni...Tapi untuk trip-trip yang nak datang bawak rombongan and nak order Nasi Lemak ni dalam 40-60 bungkus, boleh direct terus dengan owner Kak Sri yea, mudah nak bincang harga.. Insyaallah, puas hati rombongan korang pasti happy dapat makan nasi lemak di korea !!
Harga untuk sebungkus Nasi Lemak D'Seoul ni dalam 8,000 won sebungkus sekali di provide sudu untuk terus ngap.. Lauk?? Macam biasa lauk nasi lemak, cuma specialnya ada ayam crispy bagi setiap pembelian Nasi Lemak.. Wahhh sekali ayam tau ! Kenyangg.... tengok gambar pun dah terliur, time tulis ni pun dah berbunyi perutt!! argghhh macam nak dapatkan sekarang jee.. Hahahaha...
Sambal selalunya diasingkan, supaya nasi lemak tahan lebih lama & korang yang tak suka pedas boleh letak sendiri banyak mana sambal nak.. So mudah kan?..
Untuk special order atau apa apa boleh booking order dengan Kak Sri, insyaallah Nasi Lemak ni tak akan mengecewakan korang yang berada di Korea.. tak kisah lah tengah bercuti ke, tengah study atau bekerja... Selamat Makan Nasi Lemak.... Kalau nak order kena bagitahu Kak Sri, dapat info pasal Nasi Lemak ni dari dari Blog Iza, insyallah sambal lebih :P Hahahaha... ( Marah Kak Sri nanti :P )
Ini lah Ownernya Kak Sri dan anak-anak
Artikel penuh kisah Kak Sri ni ada ditulis oleh Harian Metro, korang boleh baca dekat web tu kalau nak kenal lebih rapat dengan Kak Sri.. Ye lah mana tahu korang ni ragu-ragu nak order Nasi Lemak dengan Kak Sri, haa boleh baca artikel tu untuk info lanjut...
Contact Kak Sri melalui whatsapp : +821076489897
Follow Instagram Nasi Lemak D'Seoul : @nasilemak_dseoul
UPDATE : 13 Oct 2018, Untuk pengetahuan semua, Nasi Lemak D'Seoul telah mempunyai restoran sendiri di sekitar Myeondong, jadi kalau korang nak walk in dan terus makan makanan Malaysia, selain Nasi Lemak... Korang boleh terus datang ke Kedai Nasi Lemak D'Seoul ni ya, boleh contact nombor Kak Sri dan minta location kedai dia semasa korang dah di sana... Lebih mudah lah sekarang travel ke Korea! Makanan Malaysia pun dah ada restoran.....
CREDIT INFO : Kak Sri IG @nasilemak_dseoul , Harian Metro
Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??
Salam Sayang,
IZA.NALIA
Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal
Follow FB : Izanalia Zainal
6 comments:
The best nasi lemak in seoul. Seriously kalau rindu masakan malaysia, boleh order nasi lemak dsoul. Rasa nasi lemak ni mcm masakan dari air tangan mak2. Harga pun berpatutan. Next time datang korea mesti nk cari nasi lemak dsoul ni lg. Menu wajib! 🤤🤤
Nasi lemak kak sri sdp, rasa skli psti nk lg.mana yg blm try, mari try psti x rugi..
Do Follow her IG okay :)
Baguslah ada nasi lemak kat sana, biasalah kan perut orang Malaysia..mesti juga nak cari masakan melayu ni.
nasi lemak korea tue..mesti sedap ni
Kedai di myeongdong bukak pukul brapa?
Post a Comment