Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jul 31, 2018

Kami Ke LOMBOK !! [PART 1]


Wah tahun ni bukan main yer, berjalan sakan.... Tahun ni sahaja dah 2 kali ke Indonesia, syukur... Huhuhu... So kali ni kita ke mana? Haa.. Tempat yang digilai ramai couples2, destinasi Berbulan madu gituee... Cewahhh!.. Finally dapat pun kami pergi... Tapi, pantai lagi?.. Eh couples dua orang ni, asyik honeymoon je mesti pantai.. honeymoon je mesti pantai.. last time kami ke Krabi,Thailand... This time ke Lombok,Indonesia... Ntah lah tak tahu kenapa mesti pantai? sampai dah warning siap-siap.. Lepas ni nak plan trip couples jangan pilih pantai dah tauu tauu.. Hahahaha....


Sebenarnya plan nak ke Lombok ni, iza je yang plan.. Haa dalam banyak banyak trip yang iza travel sendiri.. trip ke Lombok ni yang iza beli tiket awal lebih dari setahun tauu! Hahaha... Beli tiket masa tu 5hb June 2017 haa nak fly nya 22hb Julai 2018 !! Time ni beli tiket Lombok dulu, baru beli tiket ke Sapporo.. Giler kan?.. Okay nak dijadikan cerita, semuanya sebab Air Asia Open Free Seat masa June 2017 hari tu laa, pastu gatal tangan nak pergi Lombok sebab teringat pantai dia cantik macam maldives.. Tapi nak pergi maldives macam mahal.. So?.. Beli je laa Lombok..


Haa book la 2 ticket ke lombok dengan harga RM280 seorang return... Okay, nak dijadikan cerita lagi... suami haku TAK TAHU okay pasal pembelian tiket ke Lombok ni.. Haa.. Saje nak simpan rahsia! Sebab kononnya nak surprise birthday dia tahun 2018 ni kat Lombok.. Sebab tarikh kita pergi tu, tarikh birthday dia... So yes, memang simpan rahsia ni.. sampai lah 2 bulan sebelum nak fly.. Dia dapat tahu and dia kena tahu! Kenapa?.. Haaa ada lahh.... family matters, terpaksa bagitahu sebab family ada nak buat event so kena bagitahu siap siap tarikh sekian ni kami tak ada di malaysia.. So dari situ dah terkantoi.. Grrr... Time beli tiket ni booking 2 orang je, lepas beberapa hari tu... Kakngah cakap dia nak ikut laa, so dia beli sendiri tiket dia berdua and husband dia.. So daripada plan pergi berdua je, jadilah kami pergi berempat.. Yeyy...


Okay, settled mukhadimah pasal macam mana boleh ke Lombok? Huhuhu... 


Jom teruskan cerita perjalanan kami di Lombok selama 4 Hari 3 Malam... Yeayyy !!..





Kami bertolak ke Lombok pada 22hb July 2018 flight Air Asia pukul 8.35am.. So dalam pukul 4 pagi kami dah ambik bas dari TBS untuk ke KLIA2.. Alhamdulillah semua smooth jee.. tak ada kelam-kabut apa-apa.. Perjalanan nak ke Lombok dalam 3 Jam macam tu, tak terasa jauh sangat sebab masuk flight after dia bagi meal, kami tidur... Zzzzzz qadar tidur yang tak cukup tu dalam flight.. Masa pergi ni selesa sangat! Sebab sebelah kita kosong.. seronok tidur julur kaki laa bersila laa.. Hahaha...





Kami tiba di airport 11.30am waktu lombok (Actually waktu lombok and malaysia SAMA) terkejut jugak dapat tahu waktu Lombok and Malaysia SAMA?? Masa pergi Padang hari tu, waktu tak sama lewat sejam dari malaysia.. Okay, sampai-sampai macam biasa lah settled immigration semua.. Tahu tak?? immigresen lombok ni dia mintak tengok tiket balik tau?!! Haaa suspect nak overstay ke hapee??... Macam nak masuk Australia pulak, nevess kita! Tapi tak kesah la, tiket balik memang ada.. tunjuk je laa.. dia tanya kita stay kat mana laa.. memang ada sedikit soal siasat sebelum dia chop kebenaran masuk time tu.. Settled semua, kita pun keluar lah menuju ke pintu ketibaan.. ramainya orang.. ramai supir mencari client mereka.. ada yang tengah mencari customer.. Tapi kami dah book supir dari KL lagi, so keluar jee... terus cari supir yang pegang nama kita! Dia dah tunggu, sebab dah janji dalam jam 12.00tghari macam tu kami keluar airport.. And dia memang tunggu.. 



Korang kalau nak ke Lombok, boleh ambik servis Mas Wawan nih IG: @wawan006.. Harga boleh nego, sebab dia bukan under company.. dia buat bisnes dia sendiri.. So okay lah, proper dia uruskan apa yang kita nak semua, dia bawa tempat yang kita nak pergi.. Paling baik dia ni, kita minta nak beli simcard yang sesuai untuk kami yang tourist ni.. Dia pergi sama-sama kami kedai kecil jual simcard ni.. dia tak puas hati dia tengok simcard kedai ni jual mahal and bukan yang sesuai untuk kami... Dia direct cakap dengan kami, sini mahal and simcard tak sesuai.. So dia suggest ke kedai lain ! Woww time tu rasa bagus nyaa dia ni, tak penat pun nak bawak pergi kedai lain.. Okay jee tolong carikan lagi, siap jujur cakap kedai tu mahal and jom cari kedai lain... Dari situ dah 1st impression rasa mas wawan ni bagus dalam layanan kepada client tourist dia.. Terima Kasih Mas Wawan... MyBFF norhasliya yang suggest supir ni, sebab masa dia ke Lombok, dia pakai servis Mas Wawan ni jugak.. Hehehe.. So, iza tak nak fikir apa, ambil jugak supir ni.. senang!

Kenapa ambik supir?.. Ni bukan korea bang! ada subway kaw boleh survive sendiri... ada public transport yang kaw rasa boleh jimat lagi.. NO..NO.. Kalau pergi indonesia, bagi iza cari supir is a MUST !!.. Kalau tak korang akan senang kena tipu dengan harga tambang korang ke mana-mana.. trust me !... Nak drive sendiri di lombok? Boleh jee.. Tapi travel ni, kalau drive mata tak dapat lah nak tengok permandangan kiri kanan tu.. Huhu... Terpulang pada bajet masing-masing..









Dah naik kereta dengan mas wawan ni, terus kita cakap kita nak lunch dulu! Sebab dalam itinerary kami, bila sampai airport kami terus nak ke Gili Trawangan! Ganas kan... orang ramai datang dia lepak dekat sengigi/mentaram dulu.. tapi kami takkk.. Kami terus nak stay pulau! Hari nak balik nanti baru kami akan stay dekat sengigi.. Hehehe, lebih kepada nak tengok pulau gituee... Korang jangan tak tahu ye, Lombok ni makanan dia mahal jugak boleh tahan.. Hari 1st kami makan Nasi Ayam Taliwang 4 orang makan dah kena dalam RM90 tau.. Fuhh! Kedai biasa jee.. tak pe, tak terkejut sangat sebab myBFF hasliya dah bagitahu awal awal Lombok ni mahal mahal.. So mind set dah ready untuk itu.. Hehehe..




Perjalanan dari airport nak ke jetty untuk ke gili trawangan dalam 1 jam 30 min jugak.. So, sambil nak ke jetty tu lah siap dah makan, lepas tu tengok permandangan laut membiru subhanallah! macam tak percaya mata sendiri tengok keindahan pantai lombok nih.... perjalanan nak ke jetty jalan pusing pusing macam pergi cameron! Siapa mabuk, siap siap lah asam ke apa  yaa.. atau tidurrr lah.. huhu.. Sebab dia kan pulau, dia mengelilingi bukit, tu yang jalan bengkang bengkok.. Tapi bila mata dah dijamu dengan keindahan lautan membiru tu, tak rasa mabuk pun.. Hehehe..







Tak tahan tengok lautan biru cantik sangat! Mas wawan berhentikan kami kat tepi jalan ni haa, bergambar dulu...kemain kuat tau anginNyaa.... terbang terbang tudung guee.. Hahaha.. tapi memang cantikkk ! Tak sabar nak tengok air dekat Gili Trawangan..





Kami sampai di Jetty boat nak ke Gili Trawangan, Mas Wawan tiggalkan kami... Kira terpisah lah sebab kami nak ke Pulau sana tak perlu supir sebab tak ada transport pun plus pulau tu kecik je kaw jalan kaki/naik basikal/cidomo (kuda)... So, jumpa Mas Wawan lepas 2 hari, bila kami nak balik ke daratan.... Perjalanan dalam 15-20minit je nak ke Gili Trawangan ni.. Korang kalau travel sendiri & nak murah boleh je nak mintak naik ferri public di bangsal.. Tapi kami tak nak lah, sebab kalau public ferri dia ada timing and korang kena berhimpit dengan orang awam yang bawak ayam itik naik sekali.. weyy local sangat ! Hahahaha...






Sampai je dekat Gili Trawangan... Ya Allah cantiknyaaa laut yang menghempas pantai ni... warna dia biru clear !! Dapat tengok ikan dalam tu berenang berkumpulan.. Happy sangat mata ni tengok keindahakan semua ni.... Tak sabar nak tengok sunset !.. Sebelum tu, kena pergi check-in hotel dulu.. Hotel kami stay dekat Gili Trawangan ni namanya Bintang Darmawan Villa (BDV) Hotel kami book sendiri di Agoda.. Okay lah not bad, nak dapat hotel tepi pantai, mahal wey! Hotel ni pun mahal dah bagi kami.. Sebab Hotel dekat Gili ni memang mahal maybe sebab dia pulau kot! Redhoo laaa... Dah last minute booking, dapat lah kaw bilik katil single, caner nak honeymoon nih?.. Kihkihkih... Sampai je kat jetty Gili Trawangan tu, dah blank ! Weyy macam mana nak cari hotel ni?.. Haa sudahh jalan dia memang tak ada motor ke, kereta ke atau apa apa kenderaan berpetrol ! No No No... kaw boleh choose nak jalan kaki/naik basikal (tak kan nak bawak basikal bag luggage macam mana?) ATAU nak naik cidomo (pengangkutan berkuda) yang ni okay.. tapi mahal setiap kali perjalanan RP100K (RM30+-) Pehhh... perjalanan 10 min jerr.. So myAbe tengok google maps, macam biasa... dia cakap kalau jalan kaki dalam 5-7minit.. So kami semua macam okay lahh jalann je laa... Maka, jalan kaki lah kami menuju ke hotel.. Fuhh mencabar tau jalan kaki.. sebab Gili ni jalan dia tak rata, berlopak and ada kotor sikit... Tapi gigih lah sikit lagi nak sampai.. jalan lagi jalan lagi... alhamdulillah sampai... Fuhh! Berpeluh jugakk....







Kami sampai hotel, berehat sekejap.. solat and mandi sikit... Then pukul 5 ptg macam tu kami decide untuk keluar ke pantai tengok sunset and misi mencari buaian atas air tue... (trademark lombok) Time ni kami tak tahu pulak hotel boleh call kan cidomo, kemain lahh tunggu depan hotel tu.. tunggu kuda cidomo datang! Tapi kesudahnyaa jalan je laa nak ke sunset beach.. jauh tauuu 20minit jalan kaki !! Akhirnyaa sampai jugak.. ye laa gigih nak tunggu sunset.. kalau lambat nanti tak dapat tengok...





Kecewa wey, sampai sampai The Exile Gili tue, spot buaian atas air tue... Air Laut Surut !! T___T Air laut surut area laut sunset ni, sedihhhh... sebab tak nampak kebiruan tapi nampak coral banyak sangat sebab air surut kan... Huargghhh.... tak dapat lah nak ada gambar buaian lombok tu dengan laut membiru, dapat gambar.. tapi nampak air surut laa... Still cantik sebab nampak sunset tu, tapi tak puas hati.. Hahaha... Tak pe la nak buat macam mana kan, janji dapat bergambar dengan buaian tu.. kikiki...










Settled bergambar and layan sunset.. Kami ambil cidomo ke Pasar Malam Gili.. Pasar malam dia kecik je, and makanan semua sama jee makan nasi berlauk banyak jenis and seafood... Setiap hari Pasar Malam ni ada, so jangan risau okay.. makanan dekat pasar malam ni okay sikit lah harga dia, and dapat rasa makanan local indonesia.. Sebab kebanyakan di Gili ni makanan restoran dia more to western food.. maybe sebab tempat ni memang majoriti pelancong dia mat salleh.. merata mat salleh and malam clubbing dorang je bising sini.. orang kita memang boleh kira je berapa kerat.. tak ramai !!









Lepas dinner kami cari package untuk snorkeling esoknya ke 3 gili.. Tapi kami macam dah malas nak cari and nak percaya orang lain, kebetulan supir kami ada bagitahu kalau nak pakej dia pun dia ada buat pergi ke 3 gili naik boat private RP900K sahaja, kami survey sendiri kebanyakan dalam RP100K untuk private and berkaca.. Malas nak berjalan and cari lagi, kami pun minta pakej dengan mas wawan je lah.. so dia uruskan semua esok pagi tunggu je dekat jetty orang boat dia datang ambil and kita snorkeling.. Yeyy ! Jimat RM30+- ambik pakej dgn wawan.. 






.:: Sebelum balik Hotel, pekena ais krim Gili Gelato dulu.. Sedapp !! ::.


Dah penat seharian berjalan, kami pun balik lah ke Hotel.. jalan kaki lagi ok... Fuhh duduk lombok ni memang boleh kurus and sihat tubuh badan sebab banyak berjalan/kayuh basikal.. Hahaha.. Turun kilo duduk Gili ni.. hahaha.. So, sampai hari ni sahaja aktiviti kami hari pertama.. Esok aktiviti di laut bermula, so malam ni kena rehat cukup and tidur....






Summary Itinerary DAY 1 -
- Depart KLIA 2 ke Lombok (Flight Pagi)
- Sampai Lombok International Airport
- Pakai khidmat supir @wawan006
- Makan Lunch di Mataram
- Beli SimCard area Mataram
- Berhenti tepi jalan ambil gambar di Bukit Malimbu
- Naik private boat ke Gili Trawangan
- Check in Hotel Bintang Darmawan Villa (BDV) (2 Malam)
- Jalan Jalan ke The Exile untuk tengok Sunset + Bergamba di Buaian Mercu Tanda pantai Lombok.
- Makan Malam di Pasar Malam Gili Trawangan
- Makan Dessert di Gili Gelato
- Book pakej Snorkeling dengan Supir Wawan (3 Gili)
- Balik Hotel berehat dan tidur..



Untuk trip ke Lombok, iza tak buat bajet belanja yaa, sebab negara indonesia duit kecil, insyaallah semua mudah nak pergi... tapi secara overall boleh cakap iza dan suami habis dalam RM1,200+-termasuk bayaran supir, makan, snorkeling, souvenir, snack2 makan di sana... So, biasa lah indonesia bajet memang macam tu je... Kami tukar duit RM1,500 je rate masa tu IDR 1 Juta @ RM 283.00




Jom sambung PART 2 pulak di mana hari kami seharian di laut...




Terima Kasih sudi membaca.....




Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 

3 comments:

Siti Yang Menaip said...

menarik Lombok.. cantik2 pantai di Indonesia tapi belum tergerak hati nak kesana. insyallah one day. hehe kena pi pantai2 kot kan romantic sesuai untuk couples =D

Izanalia said...

Jom laa ke Lombok, feeling2 maldives gitueww...

Abam BoOM said...

Saya sudah berkali2 ke LOMBOK...Supir sama Mas Wawan memanng terbaik!