Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jul 19, 2018

[KOREA] ITINERARY di Seoul Musim Salji [5th Day] LAST



Mungkin ini adalah entry terakhir untuk cerita tentang perjalanan kami bercuti di Seoul, Korea pada Jan'2017 yang lalu.. Even kami stay di Korea 6 Hari 5 Malam, tetapi aktiviti kami hanya 5 Hari sahaja, sebab esoknya hari last tu dah kena balik Malaysia.... Tak ada aktiviti, melainkan packing back dan cari bas ke Icheon & pulang ke Malaysia...





So, untuk hari ke-Lima ni... Kami pilih untuk ke Nami Islands, kawasan tarikan pelancong yang jauh dari bandar Seoul, dan banyak public transport kena naik untuk sampai ke sini ! Siapa datang Korea, tak datang Nami Island? Hayy ibarat korang tak habis jalan laa.. Tak lengkap la perjalanan korang di Korea macam tu.. Hihihi... Tempat ni memang sangat famous, lagi lagi sebab dulu kawasan ni tempat pengambaran cerita Winter Sonata ! Kalau tengok pokok-pokok tue, haa landmark Nami Island + cerita Winter Sonata.. So, siapa datang sini yang couples laki bini tu, boleh laa nak buat gambar ala-ala romantis winter sonata... gitueww.. Siapa pergi musim winter lagi feeling laa.. Hehehe..






Okay, macam mana nak ke sini? Ramai jugak yang direct email iza/pm di FB tanya.. Cara iza dan kawan-kawan pergi ke Nami Island?.. Kami naik subway & shuttle bas untuk sampai ke sini dalam perjalanan 1 Jam 30 min dari bandar Seoul. So kami bertolak jam 6.30pagi dari Hotel.. Kami keluar paling awal, jalan gelap lagi... Sebab kami nak kejar bas shuttle jam 9 pagi tu di area Gapyeong Station. And alhamdulillah perjalanan smooth, dan berjaya sampai awal and dapat naik shuttle bas pukul 9 pagi... Kita akan 2 kali transfer line subway untuk sampai ke Gapyeong Station, jauh juga perjalanan dalam subway siap boleh tertidur-tidur.. Husband iza and beselang dengan hasliya jaga perjalanan takut terlepas station.. Hehehe.. Sambil dalam perjalanan tu, sambil tu dapat tengok matahari terbit di bumi korea.. Tengok kesibukan orang nak pergi kerja.. Subway nak ke Nami ni dia dah bukan bawah tanah, so nampak lah bandar Seoul ni sesak pagi-pagi macam mana... Kehidupan sama je macam di KL.. Dah kata bandar kan..






Kami sampai je di Gapyeong Station, kena jalan sikit lintas ada stesen bas depan station subway tu... Tunggu shuttle bas, ingat tau cari shuttle bas Nami Islands... Kenapa?.. Sebab shuttle bas ni, korang perlu bayar sekali je untuk sehari perjalanan.. Sebab biasanya orang yang akan ke Nami Island ni akan melawat beberapa kawasan yang sekitarnya seperti Petite France, Garden Of Morning Calm... Jadinya bas ni akan berhenti di check point ni.. So korang tunjuk je tiket yang beli masa 1st datang pakai shuttle bas ni.. dan boleh je naik bas tu untuk ke destinasi yang berdekatan selepas Nami Island.. Jangan hilang tiket sudah, kalau hilang kena beli lagi... Tiket bas shuttle ni dalam 6,000 won seorang dan boleh pakai seharian di kawasan Naminara dan sampai pulang semula ke station subway ni...

Dah naik je bas ni, time ni masih awal pagi lagi.. orang pun tak ramai lagi.. Bas akan turunkan kita di pintu masuk nak naik feri ke Nami Island.. Perjalanan dengan bas dari station subway Gapyeong tu dalam 15 minit jugak laa.. Kalau tak pasti bas ni akan pergi ke Nami Island atau tau, bas ni bas shuttle atau tak, before naik kena tanya driver.. Orasoo?? 




Okay, pintu masuk Nami island di kawasan Feri.. sebenarnya nak ke Nami island seberang sana tu boleh pilih nak naik Feri atau nak naik macam Flying Fox tue.. (Tak ramai naik ni sebab menakutkann) Hahaha.. Siapa nak kan cabaran boleh cuba naik tu, tapi time winter better jangan laa.. sampai-sampai nanti kejung muka korang kesejukan.. Hahahaha..  Tiket masuk + Ferry ke Nami Island ni 8,000 won.. Perjalanan atas Feri dalam 15 minit sahaja.. Lepas tu sampai lah ke Pulau Naminara.... 






Sampai-sampai je rasa teruja dengan pintu gerbang ukiran AIS nie.. posing dulu kat sini sebab cantik sangat memutih je rasa.. Teruja !!.. Lepas tu bermula lah adengan feeling-feeling winter sonata... Hahaha.. Jumpa pokok wajib posing sebab pokok ni je ada yang dia punya syarat wajib bukti dah sampai Nami Island.. Hahaha.. Kami berjalan-jalan tengok kawasan penggambaran cerita Winter Sonata dia buat dekat sini..







Makan nasi goncang! Haa.. Nasi ni famous lah kat Nami ni, so kami pun cuba.. cari kedai yang halal yea.. Kedai ni kami dah survey dari Malaysia lagi nama restoran tu Restoran Drama Cafe di Nami Island, restoran ni dalam dia ada banyak gambar-gambar tentang penggambaran cerita Winter Sonata.. Haa Kedai ni tak ada dalam sangat, senang je cari.. Biasa je nasi goncang ni, macam nasi goreng yang digaul.. Hahaha, maybe sebab dia kena goncang panas-panas tu yang menarik perhatian kot..








Kami spend dalam 3 Jam juga di Nami Island, lepas tu puas bergambar dekat situ.. Salji tak tebal sangat tapi salji ada tepi jalan.. Kira boleh lagi la kalau nak baling baling salji, cuma ada kotor sikit kalau bercampur dgn tanah/rumput. Bergambar dekat tasik membeku dia, cantik sangat ! Nak main basikal yang dua orang tu.. malangnya time tu dia belum buka lagi, kami tak nak tunggu.. sebab target 3 jam je kat sini.. Kena bajet timing kalau tak tak boleh pergi tempat lain, dah la ni kira aktiviti last di seoul.. So kami decide untuk teruskan perjalanan pulang keluar dari Nami Island ni dengan menaiki Feri yang sama masa hantar kami datang hari tue....




Kami tunggu shuttle bas di kawasan Station Feri tu, untuk ke Petite France.. Time ni lah kene tunjuk tiket yang korang beli masa 1st tadi, supaya tak perlu charge lagi.. Pejalanan nak ke Petite France dalam 35 minit jauh juga, dengan jalan yang bengkang bengkok macam cameron highland tu.. Boleh pening !.. Dekat Petite France ni sekadar bergambar sahaja, tempat ni dia kira macam dia buat bandar perancis!.. ada mini Eiffel Tower lagi.. Hahahaha... Bayaran masuk ke sini 8,000 won. Tempat ni Running Man pernah datang buat pengambaran, sebab tu tempat ni jadi famous.. Selain buidling dia memang buat style eropah.. Bergambar sahaja kat sini, siapa rajin naik atas atas lagi...




Misi di teruskan, asalnya nak ke Morning Calm, tapi katanya tempat tu kalau malam baru cantik lampu-lampu.. kalau siang ni dia biasa je.. So kami pun macam dah penat, rasa nak habiskan masa masa terakhir ni di bandar seoul.. So kami tak jadi untuk ke Morning Calm, situ pun sama kalau pergi sekadar untuk bergambar sahaja... Kawasan dia cantik kalau pergi waktu malam, tapi time tu pukul 3 petang, tak akan nak tunggu situ sampai malam kan? So, kami decide untuk pulang semula ke bandar Seoul, perjalanan balik sama seperti kami datang pagi tadi...






Rasanya kami tak pulang ke Hotel, dari Nami tu kami terus shoot ke Myeondong Street lagi, malam last kan.. nak pergi minum-minum di Hello Kitty Cafe then last night makan street food dia di Myeondong and beli souvenir terakhir sebelum esok pagi dah nak berangkat ke Airport...  Malam ni dapat merasa ice-cream korea yang famous panjang tuh! pehh ingat habis kee? Hahaha.. bazir je, dah sejuk makan ice-cream.. memang tak cair, tapi con dia dah nak patah sebab berat ice-cream tu panjang sangat! Hahaha.. kesudahnya buang.. alaa saje je nak try try rasa.. Hehehe.. last night beli skincare yang dari hari 1st dok survey je.. Hahaha.. So, malam tu last kami di bandar Seoul.... sedihnyaa rasa dah last night.. rasa macam baru je lagi sampai time tu.. Dah nak balik.. uargghhhh sobb sobb...



Esok paginya, kami breakfast di Hotel sahaja, buat sendiri... sambil kena kemas barang slow slow... Dalam jam 11 pagi dah kena check out sebab nak ke Airport Icheon dah, perjalanan 1Jam30Min, so kena cepat sampai untuk proses check in luggage semua.. Uargghhh sedihnyaa hati time ni, naik bas limousine yang sama masa datang tu, nak balik dah... hukhukhuk... Ingat masa awal datang, kami sesat cari hotel.. dalam keadaan sejuk! ingat masa pagi pagi bangun jumpa salji atas bumbung.. alahai 1st experience and moments yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila... Thanks Allah for giving me chance to feel all this feeling...


Iza harap korang yang mengikuti blog iza dari awal cerita pasal budget korea ni, sampai lah gigih menunggu habisnya entry day by day... Insyaallah korang akan merasai sendiri pengalaman main salji di Korea malah lebih manis dan seronok... Amiinn.... Semoga niat pengembaraan korang tu adalah kerana allah, dan allah berkati serta permudahkan urusan kalian... Last word, Happy Holidays to Korea !! and... Kalau dah berjaya pergi Korea sebab dari bantuan blog iza ni, korang drop comment yaa.. much appreciate.. muahhxxx..





My Soul Left At Seoul...............




Sebelum berakhir, iza nak bagitahu korang yang nak travel sendiri, tapiiii... korang rasa tak yakin and takut sesat?.. Meh sini iza tolong.. Sangat recomended dekat korang, try beli kad ni masa korang travel ke korea.. Bukan di Seoul je tau.. Busan ada Jeju ada.. Kad ni sangat membantu korang untuk guide sendiri di sana.. Info lanjut korang click lah gambar bawah ni.. Ada cara and testimoni pelanggan yang dah pernah guna servis ni.. Jom try??

 NaraCards ke Korea
Click Here 




Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow FB : Izanalia Zainal 


6 comments:

Anonymous said...

hai sis. baru lepak sini sebab rindu kenangan winter di korea. sekali tengok tarikh, sama la plak. hehehe. saya n bff pun p korea 19-24 jan 2017. flight kita sama. balik je kami flight pg. kami pun backpacker. seronok kan. baca entri sis boleh bayang keadaan dan cuaca tu, sebab ada kat sana juga time tu. rindu snow. rindu winter. next time insyallah nak repeat lagi.

shieypinky@yahoo.com

Siti Yang Menaip said...

seronoknyaa Korea rasa nak repeat lagi. tak puas jalan2 kesana. btw CT masukkan link blog ni dalam bloglist kaki jalan di blog CT =)

Anonymous said...

Tiket bas limousine masa pulang tu beli kat airport masa first day sampai ke?

Izanalia said...

Siapa yang pergi ke Korea, mesti akan rasa nak pergi and pergi lagi kan.. Hehehe wah! bestnyaaa kita pergi tarikh sama rupanya kan! mesti jumpa salji pun tarikh yg sama.. hehehe...

Izanalia said...

Tiket bas pulang, bayar masa nak naik bas tu laa.. macam biasa kita naik bas.. sebab dia tak de terminal, dia ada bustop je..

Izanalia said...

Siti Yang Menaip... Thank You awk.. nanti kita blog walking...