Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jan 24, 2019

EXPO HALAL JEPUN 2019 di MALAYSIA






Seperti semua sedia maklum, tentang posting iza sebelum ni tentang HALAL di JEPUN, haa.. korang dah baca ke belum entry tu? Hehehe, selain cerita tentang pengalaman macam mana iza mencari makanan HALAL di jepun, iza juga ada ceritakan tentang Expo Halal Jepun 2019 yang akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi.


Bagi sesiapa yang tak tahu lagi, Sukan Olimpik 2020 akan di adakan di Tokyo,Jepun. Jadi, secara tidak langsung pasti ramai rakyat Malaysia turut menjadi pengunjung di negara matahari terbit itu. Tapi biasalah, bila kita ke negara orang, pasti nak mencari makanan yang Halal itu agak sukar kan?.. Kesudahnya, makan maggi je di bilik.. Alaa, bosan lah macam tu!..  korang semua tak perlu susah hati dah nanti, kerana Usahawan Malaysia bakal meluaskan perniagaan mereka di Jepun nanti sempena sukan Olimpik Tahun 2020.







Pada 8 Januari 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.  Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensi SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) bakal menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. 






Satu dunia sudah tahu bahawa Malaysia adalah antara negara yang mementingkan aspek Halal dalam setiap perkara, bukan sahaja pada makanan malah dari segi pemprosesan serta penyediaan. Maka melalui acara Ekspo Halal Malaysia 2019 yang bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" dengan misi memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. Acara yang julung kali di adakan ini bakal menyediakan platform untuk PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020). Ia merupakan peluang keemasan untuk komuniti PKS tempatan merebut peluang perdagangan dan membina rangkaian yang luas berkembang yang terdapat di pasaran Halal Jepun.








Antara program yang menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 yang akan diadakan nanti ialah sebanyak 320 booth pameran yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik. Selain itu, expo ini juga membuat perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing) yang terdiri daripada lima sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, dua sesi singgah santai selebriti. Ditambah pula, Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award yang memberikan penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal. Paling di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan lebih 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Selain itu,sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.





Jom ramai-ramai kita jumpa di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 24 hingga 26 Januari. Acara ini juga akan di meriahkan dengan artis dan pengacara terkenal iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail ! 



Ekspo MHE 2019 akan dibuka kepada semua mulai 24 hingga 26 Januari 2019 dari 10.00 pagi - 6.00 petang (Khamis-Sabtu) . Jumpa anda semua disana…


Untuk maklumat lanjut layari lawan web rasmi Ekspo Halal Malaysia 2019

2 comments:

Ai said...

Banyak makanan. Seronok.

Nadia Johari said...

tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih