Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Jan 6, 2019

Kami Ke Melbourne Day 5 [Last Day Tour]



Lamanya nak masuk ke entry last day yer? Hahahaha... Maaf bagi yang menunggu... Untuk last day ni, kami FREE AND EASY tak ada terikat dengan mana-mana agency! Kiranya semalamnya ke Philip Island, itulah last trip kami bersama Extragreen tu.. Then untuk hari ni kami memang plan sendiri hanya menaiki tram dan tren sahaja... Tour leader untuk hari ni hasliya.. Dia yang banyak research and cari jalan untuk ke mana-mana...So, kami ikut jer sambil menikmati keindahan pinggir bandar melbourne. Seronok sangat bila bergerak sendiri, kita dapat tengok sendiri tempat orang..









Untuk hari ni, seawal pagi kami dah keluar untuk ke Flinder Street Railway Station. Kami nak dapatkan 1st train untuk ke Brighton Beach Railway Station. Kami nak cepat, sebab nak cover untuk ke tempat lain lagi, so pukul 5.30pagi kami dah keluar untuk ke station ni. Alhamdulillah, semua smooth and okay. Agak mencabar sebab kami bergerak sendiri, tanpa guide then nak naik tren! Takut salah platform atau ke mana-mana train bawak kita nanti kan.. Hehehe.. Tapi sebab myAbe and hasliya dah check dekat google map semua okay and yakin platform yang kami tunggu tu.. Alhamdulillah tak sesat and okay jer..









Selepas 30 minit macam tu, kami sampai di Middle Brighton Railway Station. Hasliya decide untuk turun ke station ni sebab lebih dekat untuk ke Brighton Bathing Boxes tu melalui pejalan kaki bila turun di station ni, instead of turun direct di Brighton Beach Railway Station tu. Dah sampai station, kami kena jalan dalam 15 minit macam tu untuk ke bathing boxes ni. Sepanjang perjalanan nak ke pantai tu, tak rasa penat atau jauh pun sebab mata ni di jamu dengan permandangan yang cantik dan persekitaran bersih! Kawasan perumahan elit yang sangat tenang, bersih dan sunyi je pagi hari.. Seronok tengok taman perumahan dekat sini, sampai sambil berjalan tu berangan kejap. Hahaha... Tahu-tahu dah sampai dekat pantai then jalan sikit jumpa dah bathing boxes yang famous tu bila orang datang Melbourne mesti nak pergi sini. Alaa yang warna-warni box ni.. Hehehe..





Kami tak lama pun dekat sini, sebab nak kejar untuk ke Puffing Billy pulak.. Masa kami sampai Brighton bathing boxes ni, masih pagi dan ditambah dengan hari ahad pula, mungkin ramai yang masih berehat di rumah sebab hari cuti kan. Jadinya, happy sangat sebab gambar gambar dekat bathing boxes ni tak ada yang photo bombing ! cantik hokay... puas hati sangat sebab tak ada orang.. so gambar pun cantik lah sepanjang tu tak ada badan orang lain.. ada gambar kita je.. Hehehe... So, tips nak pergi sini gambar lawa tak ada orang.. Kena pergi seawal pagi okay? Hahaha...






Next destination kami adalah ke Puffing Billy Railway, ala yang kereta api steam tu.. Ni salah satu tarikan pelacong jugak bila ke Melbourne! Masa nak naik train dari Brighton, time balik kami naik station Brighton Beach Railway Station sebab bila penghujung jalan bathing boxes tu, station ni lagi dekat... tapi bila di tengok semula, sebenarnya time pergi and time balik korang nak ikut mana-mana station pun boleh perjalanan yang membezakan dia adalah kalau turun dekat middle brighton korang akan berjalan melalui pekan kecil dan kawasan perumahan.. tapi kalau turun di station brighton beach, korang akan berjalan kaki melalui tepi pantai... Sila google map and tengok mana lebih korang selesa.





Perjalanan nak ke puffing billy dari brighton beach dalam 1 Jam 30 minit jugak! Waaa jauh kan?... Itu lah perjalanan kami duduk lah dalam train tu, tidur.... hahahaha... Mana taknya jauh, dari hujung ke hujung kot! Hehehe... untuk ke puffing billy kena cari station turun di Belgrave yea. Sampai je station ni dah terus sampai ke puffing billy sebelah tu, senang jer... Oh ya! sebelum nak ke puffing billy ni, korang kena tengok dulu website dia, jadual keretapi steam ni pukul berapa.. Dia bukan setiap masa, ada timing dia.. mujur kami sempat naik trip yang kedua time tu, dalam pukul 11.10pg, kami naik sampai ke Menzies Creek sahaja sebab nak beli tiket yang paling murah dan kami patah balik.. Kami tak teruskan perjalanan sebab niat sekadar nak merasai naik kereta api steam tu je, geng geng Thomas & Friends. Hahaha... Tiket untuk ke Menzies Creek and return $37, siapa yang bawa anak-anak tu seronok naik train ni, sambil tu menikmati keindahan kedamaian kehijauan di pinggir bandar ni.





Selesai dah perjalanan jauh kami hari ni, so kami pun balik lah ke bandar semula. Kami jalan-jalan bandar Melbourne untuk hari-hari terakhir ni.. Hehehe antara tempat yang sempat kami pergi Hosier Lane, State Library, Flagstaff Garden. Masa nak senja tu dapat lah tengok permandangan terakhir senja di Melbourne di flagstaff garden.. Cantik garden ni, dengan pokok-pokok penghabis winter. Seronoknya Melbourne! Insyaallah panjang umur kita datang lagi.. Tak boleh move on, pokok-pokok ranting tu.. Hahaha..









Before balik apartment, kami habiskan duit yang mana masih ada and settlekan order yang nak beli barang dekat Chemist tu and beli coklat dekat Coles untuk last shopping.. Hehehe.. Malam tu kami tak pergi mana-mana dah.. balik apartment and packing barang-barang untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur dah esok paginya, 6.00pagi check out airBnb... Airport yang time kami pergi ni masih airport Tullamarine untuk Air Asia, tapi dah dengar sekarang Air Asia dah tak turun Tullamarine, dia turun Avalon Airport dah... Bawah ni iza share pasal di airport tullamarine ada servis wraping bag, kot untuk korang yang nak jaga bag tu kan dari koyak/kemek/calar... Tapi di Avalon iza tak pasti ada ke tak.





Terima Kasih korang yang sudi baca perjalanan percutian kami di Melbourne ni dari Day 1 sampai hari balik... Insyaallah korang boleh pergi juga nanti ! Plan elok-elok kasi jadi okay?.. Seronok Melbourne !!!

Melbourne! I already missed you..... Till we meet again.. 





Special thanks to myBff hasliya and shasha sebab kita sama-sama make it happend ! Insyaallah, next kita road to?____ ;P



Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 


*** Read more about our Melbourne Trip :
DAY 1 : Kami Ke Melbourne Day 1
DAY 2 : Kami Ke Melbourne Day 2
DAY 3 : Kami Ke Melbourne Day 3
DAY 4 : Kami Ke Melbourne Day 4 



Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin




6 comments:

Siti Yang Menaip said...

awalnyaa gerak ke Brighton tapi iyela faham nak kejar schedule lain. dengarnya skrang da xleh duduk juntai kaki ye kat Puffing Billy tu ? ke still boleh ? susah nak move on dengan Melbourne. masih ada rindu yang tebal.. insyallah ada rezeki nak kesana lagi. kumpul dulu rinduuu biar menggunung =D

Izanalia said...

Agak lah awal sangat.. Hehehe, tapi puas hati sebab gambar elok tak ada orang kacau nak photo bomb.. hehehe.. Yup, betul dekat puffing billy, dah tak boleh juntai kaki.. Kalau boleh, kami dah buat.. hukhukhuk.. ada kes, tu dia tak benarkan dah... Semoga dapat pergi lagi ke Melbourne.. jom kumpul duit..

Anonymous said...

hi. nak tanya, ticket puffing billy beli bila dah sampai sana kan? maksud sampai ke menzies creek sahaja? so kena beli ticket sampai situ or mcm mna? and ticket tu return ke sekali beli? thank you. harap dapat membantu.

Izanalia said...

Tiket puffing billy, kena beli dekat kaunter dia sahaja. Kalau ada bajet lebih boleh beli tiket stop atas lagi. Boleh beli tiket return terus, tak ada masalah. Anything boleh direct email/DM me di IG/FB.

Unknown said...

nak tanya checkout around 6am tu. sis ke airport naik apa ye?

Marina Omar said...

Tqsm iza share tips😍 khatam dah baca swmua 🤣 bru lps booked tiket melbourne td 😂 lg 3 bulan nk p, lega ade tour yg best, sbb bawak parents, malas nk penat2 drive sendiri 😂