Logo KBBA

Naracards Seoul Set

Oct 9, 2018

Kami Ke Melbourne Day 4 [Shopping + Philip Island]



Wah dah hari keempat di Melbourne ye, diam tak diam ada berbaki lagi 2 hari je di Melbourne dan esoknya last aktivi kami di Melbourne, hmm sedihnya!! sekejap je rasa bercuti di Melbourne ni.. Untuk trip hari ni, kami dah start untuk shopping! Hehehe 3 hari aktiviti padat jamu mata tengok keindahan alam, hari ni kita jamu mata untuk membeli-belah pulak! Yeayyy.... Australia, duit dia memang mahal, tapi barang shopping dia murah lah! Harga barangan shopping dia berbaloi, berkualiti dan murah! Tak puas rasanya shopping.. Hahahaha, sebab aktiviti kami hari ni selain shopping, kami akan berjumpa dengan haiwan-haiwan signature kepada negara Australia, iaitu Kangaroo dan Koala... So nak tahu kami kemana untuk hari day 4 kami di Melbourne ni? Jom stay baca sampai habis okay...





Untuk trip hari keempat ni, kami keluar awal untuk ke Queen Victoria Market, tempat ni memang famous kalau sesiapa datang ke Melbourne mesti wajib singgah sini untuk cari souvenir dan beli buah-buahan segar Australia!!.. Yes, victoria market !! korang boleh datang sini seawal 6.00pagi ya.. Dia dah buka, tapi untuk kedai area jualan souvenir buka dalam jam 8.00pagi macam tu, so korang boleh datang awal dan breakfast dulu dekat American Doughnut yang famous ni!!.. Perjalanan nak ke Queen Victoria Market ni dari apartment kami dalam 10 minit sahaja, ala dekat sangat!! Best sangat tak perlu nak jalan jauh atau nak kena naik tram ke kan.. Oh ya! untuk pengetahuan semua pasar ni TUTUP pada hari Isnin dan Rabu tau, so korang jangan datang time hari yang dia tutup, nanti kecewa menangis tak berlagu.. Huhuhu.... Operation hour dia hari biasa 6.00pagi sehingga 2.00ptg sahaja, dan pada hari Jumaat dia tutup pukul 5.00pm dan Ahad 4.00pm... Sorry ya, kalau datang waktu malam tempat ni dah tak hidup.. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya..





Memandangkan trip kami untuk ke Philip Island pada pukul 11.30pagi berkumpul di pejabat tour kami iaitu Extragreen. Jadi, kami decide untuk ke Victoria Market seawal 6.30pagi.. Kenapa awal sangat? ye lahh nanti kena kejar masa, 11.30 kena ada dekat office tour tu kan, nanti shopping kelam kabut pulak.. Hahaha, nak pergi petang? alamatnya tutup dah kedai.. sebab tour kami sampai malam hari ni... So, kami kena plan masa baik baik untuk shopping di victoria market dan untuk pergi ke Chemist Warehouse.. Haa apa tu Chemist?.. Hehehe nanti iza cerita ya.. 








Pagi tu kami santai je berjalan ke victoria market, kami breakfast donut american yang macam food truck ni.. Famous lah American Doughnut ni!! Macam satu signature pulak bila sampai market ni kena ambil gambar dengan lori donut ni.. Hehehe... sambil menunggu kedai souvenir buka, kami breakfast dulu dan kami tengok jualan buah-buahan segar australia di pasar dia, bersih dan tenang!...










Dah selesai breakfast, bermula lah misi mencari souvenir untuk keluarga dan kenalan rapat.. kita pegi kedai jualan keychain, bag, fridge magnet ni dulu.. Bangla jugak yang jual !! bukan orang local dia.. Hahaha, so selagi boleh minta murah.. minta lah murah ya!... Best harga dia memang murah... So jangan risau untuk membeli souvenir di victoria market ini ya.. Dah settled beli barangan souvenir kecil-kecil ni kami pergi pula mencari kedai souvenir T-shirt lambang Melbourne atau Australia.. Haa ni best sangat !!.. Nak tahu siapa penjual dia? Okay, orang indonesia.... Memang lagi best lah boleh cakap melayu lepas tu kaw goreng lah nak murah kan! Boleh dapat punya, janji ayat kena manis.. Hahahaha... So, iza suggest untuk nak cari Tshirt boleh dekat kedai kakak indonesia ni yaa...Kalau siapa jumpa kakak ni, tunjuk gambar iza dengan dia tu, lepas tu cakap dekat dia... iza pesan suruh kakak ni"wa epp wa epp" (whatsapp) hahaha... nanti cakap korang kenalan iza, nanti minta murah lagi tauu!!! Hahahaha...





Dah selesai semua beli souvenir, tiba masa beli souvenir untuk diri sendiri pulak.. HAHAHA... Kami tak lama pun dekat victoria market, sebab dah ada target kan nak beli apa... So, dah dapat semua yang nak.. kami pun berjalan untuk ke Chemist Warehouse, iaitu kalau di Malaysia kedai ni macam Guardian/Watson lah.. tapi jauh lagi best hokayyyy..... Kat sini boleh dikatakan, shopping utama dia adalah minyak wangi original.. yang harga kalau dekat Malaysia ni beratus dan beribu tapi dekat Australia ni murahhhhhhh...... Nasib baik iza bukan hantu minyak wangi, sekadar beli untuk souvenir diri sendiri jer.. Tempat ni, selain perfume ada juga benda lain macam make up, lotion-lotion, vitamin-vitamin.. Sempat juga iza beli vitamin order dari family, sebab suggestion dari shasha... Hahaha, sini ada macam-macam jenis vitamin dan harga dia sangat berpatutan.. Ada barang harga dia kalau hujung minggu, half price ada yang harga promosi.. Mana tak giler kan?! Kami pergi Chemist ni dua kali tau, esoknya iza request nak pergi lagi.. Hehehe... Patut lah ada dengar orang cakap seronok shopping dekat Australia !!.. Hehehe.. Ni belum lagi shopping coklat-coklat dia..







Jam pun dah pukul 10.30pagi, kami kena balik ke apartment kami dah untuk drop barang-barang beli ni sebab nak standby untuk bergerak ke Philip Island dan ini trip terakhir dengan Extragreen.. Hehehe... Settled persiapkan diri, kami tunggu di depan pejabat Extragreen pukul 11.20pagi, untuk trip ni kami tak tengok ada ramai orang macam trip semalam pergi GOR ramai, sampai 2 bas kan.. untuk hari ni trip rasanya setengah bas je, tak penuh pun... Kenapa kami decide pergi Philip Island dengan trip dan bukan pergi sendiri?.. Sebabnya, harga tiket masuk kawasan tengok haiwan-haiwan ni pun dah mahal dari bayar trip ni yang dah include entrance fee, so kami memang akan ambil bajet harga murah lah.. Extragreen sekali lagi antara yang murah.. so sangat berbaloi ambil dengan pakej Extragreen.. Kami dapat pergi tengok kangaroo, Koala dan penguin parade serta menikmati permandangan cantik sepanjang nak sampai ke Philip Island... (Click sini untuk info trip bersama Extragreen)


















Perjalanan dari Melbourne City untuk sampai ke first stop kami, iaitu Maru Koala and Animal Park dalam 1 Jam setengah macam tu.. tak jauh trip kita hari ni... Excited nak jumpa kangaroo untuk pertama kali.. Hehehe.. masuk park ni untuk dewasa $20 dan kanak-kanak $11 itu kalau drive sendiri ke sini dan beli tiket sendiri ya.. Kalau nak kata berbaloi tak tempat ni? Of cause sangat berbaloi, sebab korang dapat pegang kangaroo direct !!.. Kangaroo sini sangat jinak!.. Korang boleh beli makanan kangaroo ni dekat kaunter entrance fee ni dalam $2 sebekas then korang suap lah kangaroo ni makan.. Mula-mula takut, dan geli.. lepas tu.. Haaa.. Memang seronok, pengalaman pertama jumpa kangaroo.. kasi kangaroo makan.. alahaiiii tak boleh lupa moment ni... Kami memang spend masa lama dekat area kangaroo ni, ambil gambar dia, usap-usap dan bagi makan kat dia... Kangaroo ni memang comel !! Subhanaallah dapat tengok depan-depan kantung dia letak anak tu... selalu tengok dekat TV je.. hahaha... Memang puas main kangaroo dekat sini, tak sia-sia untuk datang sini...






Selain kangaroo, ada juga show untuk Koala, tapi kami tak sempat nak tengok sebab kami nak pergi next checkpoint pulak, checkpoint khas untuk jumpa koala!.. Sebelum kami berangkat, kami sempat tengok show cara-cara mereka cukur bulu biri-biri di sini.. Ini pun salah satu pengalaman pertama iza, dapat tengok depan-depan macam mana dia cukur biri biri tu sampai tak ada bulu dah! Hahahaha.. tebal bulu dia, menarik show ni.. sekejap je dia cukup pakai mesin dia tuh!..






Dah settled dekat sini, kami pun berangkat untuk ke Koala Conservation Centre !! Perjalanan dalam setengah jam je dari tempat tadi.. Kat sini, kita dapat tengok kehidupan koala sebenar dan dapat mengenali lebih dekat koala di sini. Koala kat sini dia bebas hidup tapi dikawal, aduhh awalnya rasa stress sikit sebab, sampai sampai masuk kawasan dia ni tak jumpa 1 pun koala, pokok tinggi tinggi... Bak kata tour kami, koala ni sebenarnya sifat dia agresif dan dia tak suka jumpa manusia, dia akan sorok dan dia malas.. Hahaha.. Kita tengok je macam beruang comel manja kan, tak sebenarnya dia ganas! Cuma yang dapat tengok dia di dukung tu, ada dekat sebahagian zoo ada buat tu kan.. yang tu memang dari kecil dia dah bela untuk dijinakkan dan untuk dijadikan tontonan...







Bila antara kami jumpa je koala, mula lah menjerit... Haaa tu satu.. Haaa tu atas pokok.. Hahahaha macam jakun sikit !! Eh, memang jakun pun eh.. sebab mana pernah jumpa ! 1st time jumpa kot, cuma yang ni tak friendly macam kangaroo tu.. so kena sangat gigih mencari koala yang main area bawah bawah sebab nak gambar dia... bukan senang okay! gigih sangat.. huuuhh... nasib dapat lah jugak.. walau tak seberapa.. Hehehehe... Comel macam bear! Tapi sombong.. Hahahaha...




















Next, last checkpoint kami... Kami sampai di Philip Island iaitu di Penguin Parade... Yeyy, kat sini kena stay sampai lepas senja tau.. sebab kat sini semua berkumpul pukul 6.00pm macam tu sebelum senja sebab nak duduk di area depan pantai sebab nak tengok penguin naik ke laut setelah siang harinya kehidupan di dalam laut... Untuk penguin ni, iza kurang lah jakun sangat macam kangaroo dan koala tu sebab untuk penguin ni dah pernah jumpa masa pergi Sapporo Japan awal tahun hari tu.... Tapi still tak boleh tahan tengok penguin ni jalan terkedek-kedek bila dia naik ke pantai.. Hehehehe.... Lama nak tunggu dia naik, dah lah gelap lepas tu kawasan tu staff dia tak benarkan kita ambil gambar and no flash.. So, memang tak boleh ambil gambar sebab dia nak jaga penguin-penguin tu... Tapi, iza ada jugak curi curi ambil, masa on the way kami nak balik tu, terjumpa tepi tepi tu.. hahaha... (camera samsung galaxy note 8)... Bila penguin tu naik kan, mesti berkumpulan... sama-sama naik.. ada tu nampak dia naik lepas tu dia patah balik, sebab dia takut! Hahaha, ada lah tu antara penonton buat apa-apa yang buat dia patah balik ke pantai.. Hahahaha, tapi lawak lah sebab dia kecik je tapi jalan laju... Hehehehe....ni pengalaman baru, dapat tengok realiti kehidupan penguin macam mana...







Jam pun dah pukul 7.30malam, so kami semua berangkat balik ke Melbourne City... berakhir trip kami ke Philip Island hari ni... Kira trip ni, trip tengok haiwan-haiwan lah... seronok memang seronok!! lagi-lagi yang pertama kali macam kami ni kan... Hehehe... sampai di city, kami sempat singgah ke Lot Of  The Fries dan tapau makan, bawa balik apartment... itulah dinner kami... kenyang!!  banyak portion kentang dia, plus iza beli lagi sushi hub tu sebab tak boleh tahan... best sangat sushi dia gemuk-gemuk... Hahahaha...



Habis dah perjalan kami di hari keempat ni di Melbourne.... esok last aktiviti kami.. hukhuk, sedihnyaaa dah last... kiranya esok dah tak ada trip tour dengan company Extragreen... esoknya kami survive sendiri!! Yeayy, so esok trip kami bermula lah dengan naik train dan guna myki kad tu... Haaa dah nak hari last last baru pakai tau.. Hahaha... Jauh jugak perjalanan esok! Tapi kami survive sendiri.. nak tahu pergi mana hari last kami di Melbourne?.. Tungguuuu next entry yaa... 


For now, thank you for reading.....







Salam Sayang,
IZA.NALIA

Follow ig: @iza.nalia
Follow ig : @faiza.vacation
Follow FB : Izanalia Zainal 


*** Read more about our Melbourne Trip :
DAY 1 : Kami Ke Melbourne Day 1
DAY 2 : Kami Ke Melbourne Day 2
DAY 3 : Kami Ke Melbourne Day 3



Credit Photo : Norhasliya, Faiz Izzuddin


2 comments:

Nina Mirza said...

Belum pernah sampai sini tapi bagus nya perkongsian awak!
Padat dan lengkap. Good IT dan info untuk kaki travel 👍👍

Emarieys said...

jauh pergi holiday...cantiknya kat sana..